Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Tuesday, February 22, 2011

Pulau Langkawi

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hari ini cuti, so boleh update blog sekejap. Setiap minggu ada niat untuk menaip blog. Tetapi disebabkan masa yang tidak mencukupi, terpaksa menahan seketika kemahuan ku ini.

Okeh. Selepas balik Pulau Langkawi semestinya ada gambar-gambar aku yang comel. So, aku nak upload supaya reader semua tengok. Bukan suruh tengok betapa comel dan cantiknya aku.

Tetapi aku nak suruh tengok betapa cantiknya Pulau Langkawi. Kalau orang yang dah biasa pergi tu, it's ok. Aku nak tunjuk dekat orang yang nak tengok ja.

It's start now!!!


Dataran Helang in Langkawi



 Sampingan yang indah untuk mata anda.. Ho2..Life must go on. Lalala.....





Sampingan yang kurang menarik sebab aku menghilang... 

Kraftanganku.



Ini dekat Pulau mana entah. Ada helang banyak-banyak kat sini



Ini dekat dengan airport. I don't know what the sea name is. Hoh2
Malas nak edit banyak-banyak. nanti cacat.






Scene from cable car



Tempat paling menarik in Langkawi. I like this!!!






 
Pulau Beras Basah 


Pulau Beras Basah


Dah penat aku upload. Letih. Rambang mata sebab gambar banyak sangat. Yang telah di edit telah bercampur aduk. Pening-pening.

That all for today. Maybe. Hoh2..

Nama tempat yang aku tak letak tu, aku kurang mengetahui apakah nama tempat itu. Hoh2.

Letih aku cari nama. Tapi tak jumpa. Malas dah aku.

As Salam.

Thursday, February 17, 2011

HO...HO...liday

In The Name Of Allah.

As Salam.

Heh2. Esok beta dah 29 orang rakan beta yang lain nak pergi bercuti. Bukan senang nak pergi bercuti ni. Time-time belajar ni lah nak pi makan angin pun. Kalau kat rumah mesti terperap punya.

Kami nak pergi Pulau Langkawi. Walaupun beta telah mengisytiharkan diri beta sendiri sebagai rakyat Kedah yang paling disegani pada era ini. Inilah first time beta nak pergi menjejak kaki beta ditanah yang popular dengan Mahsuri pada zaman dulu-dulu.

Nak kata excited, tak lar jugak. Sebab ada budak-budak yang tak sekepala nak pergi jugak. Tak kisah lar. Walaupun mata aku asyik nak tengok diorang ja. Hi2.

Mata aku memang tidak boleh berpaling ke arah yang lain setelah melihat sesuatu yang luar biasa dekat orang yang bergelar Melayu Islam nih. Tak pe kot kan? Aku perempuan .Hoh2. Yeyeh.....

Pergi sendiri. So, murah sikit. Siap ada tentatifnya lagi. Kalau tak, mesti semua qalit. Semuanya RM 100. Just makan and beli-belah kena lar pakai duit sendiri.



































Under-water-world mungkin tak pergi sebab tetiba ja van naik harga. Nak jimat kan. So tak payah pergi lah.

Kalau tak nak pergi 8 orang ja. Tetapi tetiba budak blok C nak pergi. So, terjun sekali lah. 

Nak pergi beli kain batik and coklat bebanyak. Hoh2.

So, marilah kita bercuti di Malaysia yang amat panas sekarang ini. Daku pun tidak tertahan. Asyik batuk-batuk ja sekarang ni.

A'ah...... Ha!!!! Jeng..............Jeng......................Jeng........................

Datuk Shah Rukh Khan nak mai Malaysia. Kot2 terserempak kan. Alangkah bahagianya hatiku ini tatkala melihat matanya dan ketika dia melihat daku yang rupawan ini dengan senyuman yang manis bak gula pasir yang mahal sekarang nih. Dengar kata nak pergi Langkawi n Melaka. 

Cis, sebut pasal Melaka ni, JELES aku.

Abang ipar aku kerja kat Jabatan Penjara Melaka kat Sungai Udang. DSRK nak gi sana. Huh!!! Aku kejelesan.

Okeh. As Salam rakyat jelata sekalian.

Saturday, February 12, 2011

Cuti Raya Cina

In The Name Of Allah.

As Salam.

Wah.. Aku tetiba rasa rindu kat blog aku. Dah lama tak mencurahkan idea-idea bernas Gred A++++ ni. Aku baru balik bercuti Raya Cina. Tak best. Tak dapat angpau. Tak dak pun orang mai ziarah rumah aku. Amat tak best. Aku dah buka pintu rumah aku luas-luas dah. Tapi masih tiada orang yang berani bertandang.

Okeh. Raya Cina aku buat apa ya. Makan, tidoq, tengok TV, jalan-jalan, dengar lagu, memasak, dan lain-lain lagi. Jap, aku gi ambil handphone. Heh2. Nak muat naik gambar..

Wait a minute ya.

Ambil masa yang agak lama bagi beta. Hu2.

 

Ini buah labu mak dan ayah aku tanam. Besar kan?? Aku dah timbang kelmarin. Beratnya 2.6 kg. Bestnya kalau tanam menjadi walaupun bukan aku yang tanamkan. Ada lagi atas pokok. 



Yang ni ambil sebab mak i nak buat lepat labu untuk anak dia yang come, cantik dan rajin makan. Sedap rasanya. Huh... Rugi sapa yang tak pernah makan.


Ni plak ketam bapak i bela. Huh2. Aku just ambil dan makan. Dah ada kan. Kesian plak kat bapak i kalau anak-anak dia tak suka makan apa yang dia bela.

So, tanpa mengecilkan lagi hati ayahanda beta. Beta tanpa sebarang keraguan. Ambil ikan, ikat, dan terus baling tangkoi masuk dalam kolam. Tidak berapa lama kemudian, mak i pergi angkat dan i just katok2 ketam tu.

Itu bukan kejam ya. Dah mati, aku katok-katok lar sebab kulit dia keras. Nanti bapak i tak boleh makan. Kan aku ni anak solehah. So, aku kupas lar sampai jari-jemari aku yang cantik dan mulus ni terluka.

Masak lemak cili padi. Puhhhh!!!! Sedap!!!! Meleleh air liur aku makan. Dah makan tak teringat plak aku nak ambil gambar. Kalau tak boleh aku bagi korang merasa sama. Aku just suruh merasa tengok-tengokkan aku punya masak lemak ja. Huh... Sedap!

Okeh. Aku nak gi mendownload cerita jap.

As Salam.