:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Thursday, April 23, 2015

Tajuk Apa Ntah???

In The Name Of Allah.

Serius lama aku tak masuk blog ni. Nak menaip pun dah tak tau nak menaip macam mana. Tengok lama-lama punya post, nampak sangat budak-budak yang menaip. And now I'm 16 years old already. Hua3!!!!

After GEMS hari tu. Lepas praktikal kat C-mart. I'm still kat C-mart lagi. Berapa kali dah nak berhenti. Tapi aku tetap berdiri di sini. Why??????????????????

Pejam celik, dah 2 tahun aku kerja kat C-mart. Dah macam sebati dah dengan pengurusan and selok-belok dia.

BI telah lar. Hancus. Lingkop. Lama kot tak cakap. Foreigner  mai ja aku lari. Sebab lepa ni banyak songeh. Custeomer Melayu pun banyak songeh kot. Senang cakap semua customer banyak songeh.

2/3 ja boleh cakap elok. Lebih tu tau nak gaduh ja dengan kita. Tolong jaga deparment je pun. Bukan aku yang proses barang tu. Tu pun kena juga. Tension!!!! Bila cakap balik, kena plak "customer is always right". Please lar sesapa research sat pasal title ni. Sekarang ni tak dah kot. Nak ikut customer lingkop bisnes. But in certain2 things boleh lar.

Sampai bila tak tau aku nak menapak kat utara Kedah ni. Rezeki belajar pun kat UUM, then rezeki kerja pun kat UUM. Haish!!! Orang kata tak baik mengeluh. Mengeluh juga. Marah juga.

Keh, nak bersiap. 

Salam.

Monday, January 13, 2014

KERJA

As Salam.

In The Name Of Allah S.W.T.

Seriously dah lama aku tak masuk blog. Tu pun sejak aku bekerja kat C-mart as a Manager dalam mimpi. Cuti satu hari. Mana nak cukup nak log-in, menaip, and post semua nih.

ALASAN!!!!

As you know, biasalah mak bapak kan. Mesti nak yang terbaik untuk anak diorang. Apatah lagi aku ni. Mesti aku lagi nak tahap terbaik untuk diri aku.

Mak bapak I suruh cari kerja lain. Tapi, sebaik aku buka ja laman web jawatan kosong ni semua, hati aku tak terpaut pun dengan jawatan tu semua. 

Sememangnya aku tak berminat dengan kerja-kerja tu semua. Aku minat kerja aku sekarang. Tak kisah lah kerja kat mana, asalkan kerja yang aku minat.

Siapa yang tak stress kerja. Aku dah berapa kali nak berhenti kerja ni sebab stress dengan orang atasan aku. Dah banyak kali menangis sebab sakit hati. Haish!!!!!

Tapi, time aku semangat nak berhenti. Diorang pujuk aku jangan berhenti plak. Lagipun aku sayang dengan gaji sekarang ni. Bukan senang nak dapat apa yg aku ada sekarang nih. ALHAMDULILLAH.

So, aku nak kumpul duit buat modal bisnes sendiri. Nanti aku nak goyang badan ja. Malas nak kerja dah. Tension kerja dengan orang nih. Kerja sendiri senang.

Will be continue...

As Salam.

Tuesday, February 26, 2013

Ntah

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sebenarnya diriku malas untuk menaip. Tapi, disebabkan aku boring, terpaksalah nampaknya.

Hari ni aku cuti deh. Then kawanku ajak gi UUM. Aku pun on ja. Nak keluar sendiri pun, hujan lebat. Malasnya.

Sekarang aku tengah praktikal after GEMS Program. Alih-alih, kat Changlun gak aku mai. Tak dak tempat lain dah ke eh dalam dunia aku. Haippp!!!

Tapi aku suka sebab tak jauh. Hik2.

Dah lar. Tak larat nak menaip. Mood tak dok.

Keh, As Salam.

Wednesday, January 16, 2013

GEMS 07C

In The Name Of Allah.

As Salam.

It is a long time that I do not post anything. Hurm. Tired. Lazy. Do not have time and wireless.

Now, I am in Mersing, Johor. Attend GEMS program. If you want to know more about it, just google it. I'm sleepy and not in mood today. Hah3!!!


Here, our company picture.

I will typing again next time. Need to study.

As Salam.


Sunday, August 26, 2012

My Customers!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Disebabkan bos aku ada kenduri, aku kena kerja hari ini. Memang tak patut. Tapi, semenjak tadi baru aku rasa aku tak menyesal jaga kedai hari ni.

Korang tau kenapa?? Hah2!! Bukan sebab aku jumpa kayu balak yang hensem ya. Sebabkan ada pak cik puji tadi. Dia kata tuan punya blog nih cantik, sopan santun, dan yang seangkatan dengannya. AMIN. Kih3!!!

Okeh. Fine. Aku tipu ja.

Di kata pengcahayaan kedai ni ok, kedai pun bersih. Tu maknanya aku yang jaga. Nak harap orang lelaki. Berabuk lah nampaknya.

Tapi satu aku tak suka tentang pelanggan aku. Pasal duit. Aku ni punyalah baik hati ambil duit yang diorang bagi walaupun terkoyak sikit ya. Ni sebab aku tak sampai hati nak tolak.

Tapi bila aku bagi dekat pelanggan yang lain plak, pandai plak mereka tolak.

Okeh fine. Mulai hari ini aku bertekad dengan sepenuh hati, aku tak akan sesekali menerima duit yang terkoyak. Walaupun secebis. Nak main-main dengan aku!!! Tak pa. Just wait and see my dear customers.

* * *
10 minutes later

Untuk kesekian 10 minit ni, aku blah sebab pelanggan masuk. And you know what?? Aku terima duit terkoyak lagi. Kenapa hati aku ini. Kenapa ia terlalu lembut dan tak reti nak mempertahankan sesuatu.

CIS!!!

Tak pa lah. Aku ambil ia sebagai pengajaran untuk aku. Insyaalah, kot-kot nanti aku buka kedai sendiri. Ye tak.  :Ini ayat untuk menyedapkan hati:

I will try to ignore that money slowly-mowly. Itu kata ganda yang tak bertauliah ya. Jangan ikut.

Ok'kih. As Salam.

Saturday, August 11, 2012

KOLAM Bapakku

In The Name Of Allah.

As Salam.

Macam-macam yang aku nak cerita ni. Heh3. Idea datang mencurah-curah.

Emmmm. Tapi sekarang dah tak tau nak cerita apa. Hilang semuanya sejak aku sign in masuk. Emm. Tak pa lah. Cerita pasal kolam ikan bapakku nak?? Hah2. Tak mau tak payah baca.

Kan aku dah cakap yang bapak aku bela ikan siakap. Tapi ikan siakap tu banyak songeh nak mampus dan tak berbaloi bela sampai besaq panjang semata-mata nak bagi aku makan. So sasaran pun berubah.

Kolam bapak aku kan dekat dengan sungai. And then macam-macam makhluk sungai lah yang masuk. First ikan apa ntah. Aku tak kenal sangat. Kemudian plak udang. Udang kecil ada, besar pun ada.

And now ikan talapia pulak. Rezeki daripada Allah S.W.T kan. So, tangan aku tadah sebesar yang boleh.

Insyaallah kalau aku sempat, nanti aku ambil gambar dengan handset aku yang paling canggih di dunia. Hu2.

Ikan ni asyik timbul dekat permukaan air ja. Geram aku tengok.

Aku tak selesa r taip bahasa Malaysia yang fluent ni. Aku taip bahasa Kedah negeriku boleh tak eh?? Boleh. Okeh. Wa no hal.

Aku harus memartabatkan bahasa negeriku yang tercinta ini. Huh!!!

Anak-anak ikan talapia ni pun banyak. Aku yang tengok ni pun geqam. Siap dengan oboq-oboq skali. Besaq lar jugak oboq-oboq dia. Tapi dah kaih dah.

Bila tengok bahasa Kedah aku ni, macam orang tak pernah masuk U lar plak. Tapi tak pa lah. Len kali aku pakai bahasa paling standard ni Malaysia.

As Salam.

Tomorrow I will put that pic okeh. Insyaallah kalo aku qajin mai qeja. Nak topup BB malas. Guna yang bos punyalah. Free kot. Membazir ja kalau tak guna. Allah S.W.T tak suka orang yang membazir nih.

Saturday, August 4, 2012

FOBIA!!!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Agak-agak tengok tajuk, aku fobia apa eh??? Hish!!! Aku sangat benci. Tak tenang hidup aku sekarang ni. Aku fobia dengan kereta saga biru. Aku benci. Nak pi bunuh pun berkemampuan nih.

Gambar hiasan : Google


Tapi takkan aku yang cantik ni nak merengkok dalam penjara plak kan. So, aku bunuh dalam mimpi je lah. Even masuk dalam mimpi aku pun aku tolak mentah-mentah. Jangan harap!!!

What I mean by that. Dah tau muka tu tak macam Fahrin Ahmad, sedaq-sedaq lar sikit. Hah8x!!!!!!!!

Buat jejaka yang tak berapa nak hensem di luar sana, jangan kecik hati. Aku tak mengata kat korang pun. Aku bukan tak suka lelaki yang tak berapa kacak ni. Hah3!!!

Aku pun tak lar cantik mana. Macam Maya Karin ja.

Aku benci sebab laki tu bajet bagus dengan aku. Eleh!! Ingat aku heran. Kacak sekalipun kalau bajet bagus, tengok sebelah mata pun aku tak mau. Aku just jeling-jeling lebih kurang 20 kali ja. Hik2...

Aku just anggap dia sebagai kawan ja, tak lebih daripada itu. FAHAM!!!!

Sebagai perempuan, aku kadang-kadang tau siapa yang suka aku dan siapa yang tak. Uhuk3.

Laki yang tak hensem bajet bagus dengan aku tu...haish aku benci dengan dia. Boleh dia cerita kat aku, dia tak kisah pun isteri dia nanti nak kerja ke tak. Ikut hati aku, aku nak ja cakap ' Yang hang ceqita kat sini pehal?? Aku tak mau dengaq pun cerita pasal hang ka, bini hang ka, ada aku heqan dengan semua tu.'

Tapi disebabkan aku masih mengamalkan budaya ketimuran. Hak3. Aku just buat tak dengar ja.

Kenapa aku cakap dia bajet bagus?? Erm. Meh baca lagi apa aku nak taip.

Laki tak hensem bajet bagus tu cerita pasal kemewahan hidup dia, pasal kesempurnaan tanggungjawab dia sebagai seorang abang etc. Mula-mula aku tak benci pun, sebab semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tapi, sejak adik aku balik cerita pasal dia dan apa yang terjadi kepada aku, ia membuatkan aku semakin membenci orang yang hipokrit tu. Cakap pun tak boleh dipercayai.

Selama ni, dia cakap aku terima ja bulat-bulat sebab aku fikir positif. Tapi tak bermakna rupanya.

Dia cerita pasal jam dia yang harga seribu kot tak silap aku, pasal helmet adik dia yang RM1500, pasal dia beli kereta myvi baru untuk adik dia etc.

Aku malas nak mention bebanyak. Entry ni pun dah panjang nak mampus. Tak habis lagi ni aku cerita tentang kebencian aku pada dirinya.

Macam orang lain. Aku dah maafkan, tapi untuk melupakan tak mungkin. Sekarang jumpa dia pun aku buat tak nampak ja. Sakit hati kot. Haish!

Comel kan lembu atas tu. Hik2.

Okeh. As salam.

Thursday, July 26, 2012

My Parents!!!

In The Name Of Allah.

As Salam my readers.

Today i'm feel very excited. I don't know why. But I think it also come from my parents other than I have enough sleep.

Malas aku nak speaking. Speaking pun berterabur. Haish!!!

Nak kata baru tak juga lah. 16 Julai hari tu aku TERPAKSA ke ujian saringan bagi jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi.

I already call that organization coz keputusan exam akhir tak keluar lagi. So, dia kata tak boleh. Aku potpet2 lagi kat situ. Tapi dia tetap dengan keputusannya.

So dengan patah hatinya aku bagitau mak aku, aku tak mau pi. Lagipun aku malas nak cuti sebab aku kerja kampung ja sekarang. Kah2!!! Kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Sebab petang2 aku tak makan.

Tapi sehari sebelum ujian aku telah melihat keazaman kedua ibu-bapaku. Diorang tetap nak suruh aku pergi.

So, aku bertekad. Aku pi walaupun maybe diorang akan halau aku. Cea....

Aku bergerak ke Negeri Sembilan and take that examination. Ada ka patut dia tanya...'Kenapa datang??' aku pun cakap mak aku yang suh datang.

Aku nak cakap yang semangat aku memang luntur. Kalau boleh nak goyang kaki ja kat rumah. Tapi bila tengok mak bapak aku. Haip!!! I must succeed in my life even though it start from below, below than my feet.

Aku sebenarnya tak suka jual2 ni. Tapi nama pun budak marketing. Mana bleh lari daripada jualan ni. Sekarang pun tengah menjual kat kedai nih. Macam manalah orang bleh suka jualan eh.

K lah. I hope I will succeed in my life and I hope you get it too. Amin Ya Rabbal A'lamin.



As Salam.
Selamat Berpuasa dan Selamat Rmadan Al-Mubarak. May God Bless Us.Amin.

Saturday, July 7, 2012

Gangguan Dunia

In The Name Of Allah.

As Salam.

Lama tak menjengah di sini ya. Hari ini aku tension sebab masalah semalam. Aku benci masalah berkaitan dengan dunia ni.

Kenapa mereka tak bagi aku hidup dalam dunia aku sendiri dengan aman. Aku nak coret perjalanan aku sendiri. Aku tak mau orang lain. Tapi kenapa orang lain selalu menyibuk dengan dunia aku.

Sekarang aku setuju dengan pepatah, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Sebab salah seorang tak kan mengerti apa itu 'kawan'. Haishhhh!!!!!

All this things a stupid. Lebih baik berkurung kat rumah ja senang kalau tak mau kena ganggu eh. Tapi...bila plak aku nak tabah harungi semua dugaan dan rintangan sebagai hamba Allah S.W.T..

* * *

Sekarang aku kerja kat kedai top-up sambil pergi interview dan hantar resume. Tapi tak ada reaksi lagi. Aku tak kisah. Asalkan aku masih di samping Yang Esa.

Hidupku terasa kosong tanpa Dia. Dugaan yang terjadi hanya untuk mengingati-Nya.

I don't want to stay at my hometown. I want to go out from this city and maybe also state.

Ke tempat yang aku tak mengenali sesiapa. Mungkin itu lebih baik.

Teremosional lar plak. K lah. Semoga hidup aku hari ini lebih ceria daripada hari semalam. Amin. Amin. Amin Ya Rabbal A'lamin.

As Salam.


Tuesday, May 8, 2012

Kini dan Masa Depan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sekarang dah bulan 5. Bila aku tengok balik blog aku. Aik???? Makin lama makin kosong. Tak ada sebarang taipan pun di sini ya. Why this happened to the my cutest blog? Sebab tuan blog yang cantik ini amat rajin. Apa nak jadi dengan aku ya.

Cukuplah aku berleter sampai sini.

24 ni aku dah habis praktikal. Walaupun rasa seronok plak akhir-akhir ni sebab mereka semua semakin ramah-tamah, tetapi ada tugas lain yang menunggu aku di belakang.

Terasa berat plak tetiba. Kenapalah mak bapak aku bergantung harap kat aku. Hhhaaaaahhhhhhhhhh (sambil hirup udara sejuk)....... Nak nangis plak rasa. Kih2.

Kenapa aku yang ngarot ni jadi pilihan rakyat jelata. Haishhh!!! Banyaknya tanggungjawab yang aku perlu buat. Nak buat jahat sikit pun dah teringat my family. Gi mana nih???

Erm.......... Nak buat apa lepas ni??? Tanam cili??? Hah3!!! Cili semakin mahal tau.

Aku sendiri tak tau mana hala tuju aku selepas ini. Semoga mak bapak aku tak silap memilih ya. AMIN.

Kadang-kadang aku tersasar sikit, bukan senang nak tarik balik kepala otak aku yang biul nih. Hanya dengan bantuan Tuhan-ku Yang Maha Berkuasa, Baik Hati, Pemurah dan segala-galanya membuat diriku tersedar semula daripada angan-angan yang tidak pasti.

Life Must Go On. Ya tak?? Daku masih tidak dapat mengenal pasti apa yang bakal di hadapan ku kelak. Semoga aku boleh melaluinya. AMIN.

Jom keluar rehat. Pukul 1 sudah.

As Salam.