Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Friday, January 28, 2011

Semester 6

As Salam.

In The Name Of Allah.

Dah lama tak menaip sebab tak boleh login my dashboard sendiri. Daripada start study, sampai sekarang baru boleh login. Sekarang dah masuk semester 6. Kejap ja rasanya. Masih ingat lagi masa daku kecik-kecik dulu.

Setiap semester plak mesti kita ada masalah dengan rakan-rakan terdekat. Memang dah lumrah kehidupan. Semakin lama mengenali semakin terserlah apa yang dah sebati dengan diorang. Begitu juga dengan aku.

Aku tak nafikan. Ada sesetengah orang tak suka dengan kita. Kita sendiri tak boleh memuaskan hati semua orang. Beta benci hidup begini. Amat menyesakkan dada.

Beta percaya setiap orang ada situasi, pandangan, sikap dan apa sahaja yang berbeza. Sesetengah orang boleh terima kita dan setengah daripadanya tidak.

Beta lebih suka orang yang berterus-terang tetapi dalam keadaan yang biasa-biasa. Lebih kurang dalam situasi yang senang hati. Entah macam mana nak terang. Tetapi, ada sesetengah orang yang boleh tegur tanpa mengguriskan hati. I like that. Like me. Kih2.

So, tuan puan serta dayang-dayang, jaga perangai elok-elok ya. Jaga sikit silaturrahim yang terbina antara anda.



Kalau tak suka, saya rasa lebih baik berterus-terang. Tapi kalau anda rasa menyakitkan hati ja, baik anda diam ja ek. Kalau kita cakap, dan dia bidas balik, lepas tu rasa macam nak penampar ja muka buruk tu, baik tak payah cakap.

Dalam hal lain plak. Saya tak sabar nak keluar daripada UUM. Ah ,bukan nak mengutuk atau nak memburukkan UUM. Memang bagus dia punya undang-undang, aktiviti, dan target dia sekarang. 

Tapi daripada segi saya seorang pelajar yang tak kaya raya macam orang lain. Saya rasa amat menyeksakan. Saya rasa............................... Huh..........Fikirlah sendiri. Sebab nanti saya dipersalahkan.

Tapi kalau ada yang nak tanya pasal semua ni sebab dia rasa penting dia nak tau semua ini. Just tell me.

Lagi satu, saya ada ambil kelas Jualan Perorangan dan jual HPA produk. 



Kalau berkenan dihati atau nak jadi ahli bagitau ya. Ho2... Saya baru nak berjinak-jinak. Dengar kata barangnya bagus. So, nak cuba jugak. Meh cuba ramai-ramai.

Tu tu. As salam.

Monday, January 3, 2011

Sekolah Bermula

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hari ni dah 3 Januari 2011. Cepatnya masa berlalu. Masih teringat bulan 12 yang lepas. Hari ni budak-budak kecik dan besar dah pergi sekolah.

Termasuk anak saudara aku yang cute macam aku ni. Bapak dia hantar kat Taska Jabatan Agama Islam Melaka. Dengar kata malam tadi dah siap cuba baju sekolah dia.

Tapi malas nak bangun plak pagi tadi. Nasib baik nak gi sekolah gak. Anak buah aku ni dah lar peramah orangnya. Aku pun tak larat layan. Penat bercakap dengan dia.


Ni lah anak buah beta. Come macam beta kan. Kih2...

Dengar kata, budak-budak lain semua senyap ja dok dalam taska tu. Cuma dia ja bising. Sampaikan songkok dia pun dia jadikan bola. Ngarut ja. Aku tak tau pada tahap manakah kesabaran cikgu tu.

Aku rasa dialah budak paling bising dalam kelas tu. Nasib cikgu lah ya..

Adik-adik aku yang lain tengah tunggu keputusan. Sorang tunggu STPM. Sorang lagi tunggu SPM. yang lagi sorang baru pi sekolah pagi tadi Tingkatan 3.

Wokeh. Saya dengan hati yang baik hati dan ikhlas ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah. Semoga anda berjaya di dunia mahupun akhirat.

Lupa plak, harga sayuran naik lagi. Huh. kena buat kebun sendiri nih. Kena tanam bawang, cabai, sawi dan sewaktu dengannya banyak-banyak.

Ta ta..

As Salam.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru ->> 2011

In The Name Of Allah

As Salam.

Dah lama tak menaip entry terbaru untuk blog. Bakal CEO tersangatlah buzy. Letih. Asyik ada saja acara setiap masa. Tak sempat nak bermanja dengan blog sendiri. Ho2.

Line kat kampung amat slow. So, aku pun slow lah nak membuka laptopku untuk menaip ini semua. Tapi, ada suatu kuasa rajin ketika ini. Beta redah je lah.

Okeh. Sebenarnya beta baru habiskan program anak angkat selama seminggu. Selepas seminggu tu terus duduk dalam bas ke Melaka. Cuti-cuti Malaysia lah katakan. Seperti yang telah diperkatakan pada entry yang lepas.

Anak angkat dekat Daerah Padang Terap. Beta kena dekat Pedu. Best jugak. Dapat family sporting semuanya. Bukan buat program sangat. Just kena banci penduduk miskin tegar ja. Masa lain semua free. Bapa angkat asyik bawa pergi kenduri ja. Tak pernah lapar dok sana. Tension jugak aku. Hoh2.

Tambah-tambah plak kat Kubang Kenyeng atau pun Kenyang. Perut memang tersangat full. Asyik dijamu makan ja. Terima kasih untuk penduduk kat sana. Kat sini kami buat bantu orang kenduri kawin. Best!!!.

Melaka plak gi rumah akak sebab nak jumpa anak-anak buah yang comel macam aku masa kecik-kecik dulu. Gi mandi pantai dan jalan-jalan sana. Hah.. Coconut Shake kat Pantai Puteri amat sedap. Kalau tak salah RM2.20 satu. Sekali cuba pasti nak lagi.

Kenapa aku punya entry lain daripada tajuk nih?? Takpe2.. Orang Melayu selalu cakap Sambil Menyelam Minum Air.

Yelah. Aku ucapkan Selamat Tahun Baru =>> 2011. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu untuk kita semua. Saya doakan kita semua berjaya di dunia mahupun Akhirat di bawah Rahmat serta Hidayah-Nya. Amin.

As Salam.

Nota : Line amat lembab.. Beta amat malas menunggu untuk gambar diupload. Nanti kalo line kuat dan beta rasa rajin, beta letakkan.