In The Name Of Allah
As Salam.
Dah lama tak menaip entry terbaru untuk blog. Bakal CEO tersangatlah buzy. Letih. Asyik ada saja acara setiap masa. Tak sempat nak bermanja dengan blog sendiri. Ho2.
Line kat kampung amat slow. So, aku pun slow lah nak membuka laptopku untuk menaip ini semua. Tapi, ada suatu kuasa rajin ketika ini. Beta redah je lah.
Okeh. Sebenarnya beta baru habiskan program anak angkat selama seminggu. Selepas seminggu tu terus duduk dalam bas ke Melaka. Cuti-cuti Malaysia lah katakan. Seperti yang telah diperkatakan pada entry yang lepas.
Anak angkat dekat Daerah Padang Terap. Beta kena dekat Pedu. Best jugak. Dapat family sporting semuanya. Bukan buat program sangat. Just kena banci penduduk miskin tegar ja. Masa lain semua free. Bapa angkat asyik bawa pergi kenduri ja. Tak pernah lapar dok sana. Tension jugak aku. Hoh2.
Tambah-tambah plak kat Kubang Kenyeng atau pun Kenyang. Perut memang tersangat full. Asyik dijamu makan ja. Terima kasih untuk penduduk kat sana. Kat sini kami buat bantu orang kenduri kawin. Best!!!.
Melaka plak gi rumah akak sebab nak jumpa anak-anak buah yang comel macam aku masa kecik-kecik dulu. Gi mandi pantai dan jalan-jalan sana. Hah.. Coconut Shake kat Pantai Puteri amat sedap. Kalau tak salah RM2.20 satu. Sekali cuba pasti nak lagi.
Kenapa aku punya entry lain daripada tajuk nih?? Takpe2.. Orang Melayu selalu cakap Sambil Menyelam Minum Air.
Yelah. Aku ucapkan Selamat Tahun Baru =>> 2011. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu untuk kita semua. Saya doakan kita semua berjaya di dunia mahupun Akhirat di bawah Rahmat serta Hidayah-Nya. Amin.
As Salam.
Nota : Line amat lembab.. Beta amat malas menunggu untuk gambar diupload. Nanti kalo line kuat dan beta rasa rajin, beta letakkan.
No comments:
Post a Comment