Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Tuesday, November 30, 2010

Ayat Emas

In The Name Of Allah.

Salam.

Beta sendiri pun tidak tahu apa yang harus beta tulis sebenarnya. Otak beta kosong...kosong...dan terus kosong. 3 dan 4 haribulan 12 ni ada exam Pengurusan Jualan dan Akaun. 

Otak ku kelu untuk berkata-kata. Kelu tanpa suara.

Tetapi beta berjanji pada diri beta sendiri, demi keluarga, nusa, agama, dan bangsa, akan beta kuatkan semangat beta untuk anda semua. 

Walaupun beta jatuh, beta akan suruh dayang-dayang beta carikan tongkat emas untuk berjalan.

-Tamat-
* * *

Bulan 12 ni sangat sibuk rasanya. Selepas hari ini, ada 4 paper lagi untuk exam. Tapi, Alhamdulillah. Semuanya akan berakhir dengan baik. Insyaallah dengan izin-Nya. 

Hari ini saya telah memunggah isi dalam laptop saya ni. Terjumpa satu ayat menarik yang telah lama saya simpan. Tetapi dalam English lar ya. Kang saya translate maknanya tak mendalam plak.

Inilah ayat emasnya.


Betul saya cakap, tadi warna emas dalam laptop saya. Tapi bila dah upload, warna lain plak timbul. Mungkin ini kesan yang telah ditimbulkan oleh blog. Bukan saya.

Betulkan kata-katanya. Saya pun tak pernah terfikir sebelum ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Beta beransur dulu. Terima kasih beta ucapkan kerana tuan hamba dan dayang-dayang sudi membaca secubit rasa titah beta.

Salam.

Saturday, November 27, 2010

Telah Tiba Masanya

In The Name Of Allah.

Salam.

Saya tengah amat dan amat bersemangat nak study sebab esok exam Pembangunan Produk Baru. Hih2. Best betol study last2 minute macam ni.

Saya ada cerita sedih hari ni. Roomate saya masa semester 1 telah kehilangan adik kesayangan tengah hari tadi semasa tidur. Adiknya salah seorang OKU. Adik tu juga adalah adik yang paling dia sayang.

Tapi mak dia tak bagitau dia tengah hari tadi sebab petang tu dia exam. Lepas balik exam baru mak dia bagitau dia. Saya dapat merasai kesedihannya.

Siapa yang tak sayang adik sendiri kan? Walaupun saya suka marah adik-adik saya dan kadang-kadang betul saya cakap, benci betul ada adik macam ni. Tetapi, jauh di sudut hati seorang kakak yang baik seperti saya, huhu, saya sayang adik saya dan ahli keluarga saya.

Mak bekas roomate saya tak bagi balik sebab tengah exam kan. Mesti sedih. Nak nangis rasanya bila terkenang takdirnya. Dah lar jauh. Entahlah. Kalau saya, saya nak balik jugak. Tak kira!!!!!!!!

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepadanya untuk menempuhi semua ini dan menempatkan adiknya dalam kalangan solehah. Dan saya sendiri pasti, arwah berada dalam keadaan yang baik.


Kepada yang masih hidup, tingkatkanlah amalan anda setiap hari. Semoga semua hamba-Nya kembali dalam keadaan Iman. Amin.

Salam.

Thursday, November 25, 2010

Malas + MALAS

In The Name Of Allah.

Salam.

Dah banyak kali saya buat entry pasal malas ni. Tensionnya. Macam mana nak rajin nih?? Tak tau nak buat apa dah. Hari tu ada dengar kawan saya cakap. Dia tanya kenapa selalu ja dengar 'rajinnya budak Cina tu study' tapi tak pernah lagi dengar 'rajinnya budak Melayu tu study'.

Macam nak tergelak plak dengar kawan saya cakap gitu. Tiap-tiap hari daku malas. And I don't know why???



Kalau nak study macam-macam hal datang. Study lar lebih kurang 5-8 minit. Lepas tu, teringat nak basuh baju lar, nak sapu sampah, nak kemas buku, kemas katil, susun sana susun sini dan lain-lain. Cuba tengok, banyak sungguh kerja lain yang nak kena buat.

Tak tau nak kata apa lagi. Kalau study tak pernah lekat kat meja 1-2 jam. Tangan dan kaki secara automatiknya pergi daripada situ.

Tu baru bab mengemas. Tak bab mengonlinekan diri lagi. Jari jemariku yang gedik ni, asyik nak menyentuh laptop ja. Walaupun tak ada apa nak online, jari saya tetap berjalan dengan sendirinya tanpa dipinta.


Yang imej ni, saya ambil dekat google. Biasa lar tu, laman web paling popular di Malaysia. Tengok imej ni, sepertinya macam otakku saja. Pandai betul orang yang melukisnya. 

Walaupun tak dapat A+, tapi imej ni lah, imej yang paling comel pada hari ini. Tempat pertama jatuh kepada imej perempuan berkaca mata yang bertudung hijau di sebelah kiri anda tu. Yang tu sejak dulu lagi dan selamanya yang paling cantik dan comel. Amin.

Oklah, musim exam. Nak gi study dah. Ho2..

Salam ukhwah.

Wednesday, November 24, 2010

15 Seksaan Di Dunia, Akhirat Jika Tinggal SOLAT Dan Kisah Benar Seksaan Kubur

In The Name Of Allah

Salam.



RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." 

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: 

"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: 
"Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

  • Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
  • Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
  • Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
  • Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
  • Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
  • Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: 

“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."

Kemudian bertanya lagi sahabat: 
"Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:

  • Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
  • Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
  • Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: 
"Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: 
"Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: 
"Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: 
"Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: 
"Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; 
"Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).


 Kisah Benar

Foto ini adalah seorang anak berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di Oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali daripada kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya. Anak itu meninggal di rumah sakit dan setelah dimandikan dimakamkan di seorang Muslim pada hari yang sama.
 
Tetapi setelah pemakaman, ayahnya merasa ragu-ragu atas diagnosa doktor. Dia ingin mengenalpasti alasan sebenarnya kematian anaknya. Kerabat dan teman-teman sangat terkejut ketika mereka melihat keadaan mayat. Dia benar-benar berbeza dalam jangka waktu 3 jam. Dia dilihat keabu-abuan seperti orang sudah tua.
 
Dengan tanda jelas daripada penyiksaan dan pemukulan yang sangat keras dan dengan tulang kaki dan tangan yang hancur serta hujung yang begitu menekan badannya.

Seluruh tubuh dan wajahnya lebam. Matanya yang terbuka menunjukkan rasa takut, sakit dan putus asa. Darah yang begitu jelas menandakan bahawa pemuda itu mendapat hukuman yang berat.

Abu-Laits berkata: 
"Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

  • Menjaga sembahyang lima waktu 
  • Banyak bersedekah 
  • Banyak membaca al-quran 

Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah) 

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah
  • Dusta 
  • Kianat 
  • Adu-adu 
  • Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)


Sumber : Facebook Note Abu Hanifah

Salam.

Aku bukan hamba Allah SWT yang terbaik,
Tetapi aku ingin menjadi yang terbaik,

'Tiada apa yang mustahil kecuali Mati'

Monday, November 22, 2010

Cuti dan Exam

In The Name Of Allah.

Salam.

Dah lama tak mengeluarkan entry baru. Dan entry hari ini adalah pasal cuti. Bestkan cuti-cuti Malaysia ni. Okeh... Saya baru dapat makluman bahawa Menteri Pendidikan Tinggi buat perubahan dekat kalendar akademik.

Cuti semester pada tahun depan dipanjangkan menjadi 3 bulan. Kalau tak, cuti 2 bulan ja. Entah kenapa perubahan ini berlaku. 9 September 2011 baru mula balik kemasukan pelajar baru.

Mesti Menteri Pendidikan Tinggi nak buat apa-apa kan. Entah lar. Kena tunggu dan lihat ja. Makluman ini semua saya ambil daripada facebook MPP UUM. Takkan diorang tipu plak.

Sekarang musim peperiksaan bagi UUM. Disebabkan banjir jadual waktu peperiksaan dilanjutkan. Nak kata seronok tu, boleh lar jugak. Tapi balik lambat sangat yang tak suka tu.

Cerita pasal periksa ni kan. Saya bukan orang yang suka belajar awal ni. Sebab susah nak ingat awal-awal ni, dah lar malas nak study. Tension jugak lar dengan kemalasan yang ada pada diri ni. Tapi sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan anak yang solehah, akan ku gagahi dan tempuhi semua halangan yang ada. Hai'yah!!! Huh!!

K lah. Saya rasa ayat entry ni amatlah formal. Saya pun tak lalu nak taip lagi. Nak termuntah tengok semua ni.

Salam.