In The Name Of Allah.
Salam.
Dah lama tak mengeluarkan entry baru. Dan entry hari ini adalah pasal cuti. Bestkan cuti-cuti Malaysia ni. Okeh... Saya baru dapat makluman bahawa Menteri Pendidikan Tinggi buat perubahan dekat kalendar akademik.
Cuti semester pada tahun depan dipanjangkan menjadi 3 bulan. Kalau tak, cuti 2 bulan ja. Entah kenapa perubahan ini berlaku. 9 September 2011 baru mula balik kemasukan pelajar baru.
Mesti Menteri Pendidikan Tinggi nak buat apa-apa kan. Entah lar. Kena tunggu dan lihat ja. Makluman ini semua saya ambil daripada facebook MPP UUM. Takkan diorang tipu plak.
Sekarang musim peperiksaan bagi UUM. Disebabkan banjir jadual waktu peperiksaan dilanjutkan. Nak kata seronok tu, boleh lar jugak. Tapi balik lambat sangat yang tak suka tu.
Cerita pasal periksa ni kan. Saya bukan orang yang suka belajar awal ni. Sebab susah nak ingat awal-awal ni, dah lar malas nak study. Tension jugak lar dengan kemalasan yang ada pada diri ni. Tapi sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan anak yang solehah, akan ku gagahi dan tempuhi semua halangan yang ada. Hai'yah!!! Huh!!
K lah. Saya rasa ayat entry ni amatlah formal. Saya pun tak lalu nak taip lagi. Nak termuntah tengok semua ni.
Salam.
No comments:
Post a Comment