Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, May 15, 2011

Otakku Ligat

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sekarang musim exam. Nak kata tension tak juga. Tapi, selalu yang menggangu fikiran ku ini adalah lesen.

Aku nak kata menyesal boleh tak?? Ish3... Ni lah manusia. Penyesalan yang tak berguna.

Ternyata lebih susah daripada nak ambil exam. Benci aku.

Tapi bak kata Jep Sepah "Barang Yang Lepas Jangan Dikenang". Tapi, otakku ligat berfikir. Takda benda lain dah nak fikir. Gi mana ini???

Aku sedang menanti hikmah disebalik semua ini. Adakah hikmah itu. Aku pun tak pasti. Biar masa dan Allah SWT yang menentukan segalanya.

Aku hanya mampu bertawakkal.

Okeh.

As Salam.

Friday, May 6, 2011

Cara Study Yang Berkesan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Okeh. Heh2.. Tajuk yang baik rasanya untuk entry aku pada malam sabtu hari jumaat ini. Jangan marah bagi sesiapa yang betul-betul nak cari tip untuk study. Keh2..



Ni lah cara aku study untuk semester ni. Amat mengarut. Sila lar korang...tolong...tolong...and tolong jangan tiru macam aku kalau korang nak berjaya.

Kat situ ada slide power point, ada google translate, ada site iluvislam, ada blog aku, and ada sembang kosong punya blog. Dan tak lupa kepada UUM TV di situ. TV3 tu, cerita English tajuk apa ntah. Tak sempat tengok tajuk. Sibuk study kan. Hah2.

Aku pemalas tahap apa ntah lar ni. Kalau korang nak semangat study. Pergi lar call adik ka, kengkawan yang korang rasa betul-betul rapat. Tak pun mesej ja.

Minta nasihat diorang. Memang berkesan. Tambah-tambah plak adik aku yang gegeh bagi nasihat. Hatiku terus terusik. Sebut plak pasal mak bapak. Aku simpan lagi mesej tu untuk tatapan masa hadapan.

Kat blog aku ada ruangan motivasi punya label. Kalau teringin nak baca, baca lar. Aku hanya berkongsi. Yang lain letak kat tangan korang sendiri. Anda penentu masa depan negara, bangsa, dan nusa. Hoh2.

Hah2... Study2... Nak exam final dah ni. Go2...

As Salam.

Nota : Study tu kena fokus... Macam mana nak masuk otak kalau tak fokus. Syuh2... Kuar cepat, and study. 
Good Luck!!!

Thursday, May 5, 2011

Kampungku menarik???

In The Name Of Allah.

As Salam.

Ini ja kerja aku sekarang kalau aku tak study. Malasnya. Hish! Benci betul aku dengan sikap ni. Takpa2. Kita update blog kejap.

Ni ja picture yang aku ada masa balik kampung.



Sapa tau ini kat mana? Hah2... Mengarut ja aku ni. Okeh. Ni Pantai Merdeka. Tak sempat nak tangkap gambar bebanyak sebab banyak orang. Almaklumlah cuti umum. So, ramai orang. Mana lagi yang tengah memancing. Menyibuk ja lepa semua ni. Time aku nak mandi-manda, time tu jugak lepa nak adakan pertandingan memancing ni semua. Huh.



Ni sedikit tentang persekitarannya. Heh2.



Ha... Ini persekitaran Pulau Sayak. Yang ni restoran untuk makan Mee Udang. Tak power sangat sebab aku pernah makan lagi sedap daripada yang ni. Sayangnya dah ditutup.



Ini Mee Udangnya. Terliurkah??? Hah2.. Gi cari sendiri. Aku just nak menunjuk ja.




Yang ni mak aku cari belakang rumah. Aku just balik kampung tolong kopek and masak ja. Aku tak tau nama komersial apa. Kami panggil Lokan ja.

Okeh. Teringat satu cerita lawak. Hah2. Kan kawan aku ikut pergi rumah. Korang tau kan asal usul asam keping. Ayah aku bawa balik buah ni daripada bukit and kawan aku pun tengok.


Bantuan Google

Ni buah Asam Gelugor untuk buat asam keping. Heh2.. Kawan aku ingat asam keping tu memang ada atas pokok and petik ja. Hah2. Okeh2. Mesti dia marah kalo baca nih. Kah5... Takpa. Selagi hidup selagi tu kita belajar. Ya tak.

Nanti kalau aku jenjalan kat kampung aku letak lagi. Sebab dah biasa tinggal dekat situ, so semua macam biasa. Tak de yang menarik. Kawan datang, baru tau kata tempat aku menarik. He2. Tapi, tak sempat round sampai habis.

Ada lagi yang nak ditunjuk. Takpa2. Insyaallah lain kali deh.

Okeh. As Salam.

Wednesday, May 4, 2011

Just lepaskan rindu

In The Name Of Allah.

As Salam.

Cuti study week ni balik rumah kejap. So, blog aku tidak dapat diupdate. Terima kasih sesapa yang sudi jadi follower blog aku yang cantik ni. Hah2... Nanti aku free aku buka blog korang and follow balik ya. Kalau aku tak da, kemungkinan aku tersesat.

Ye lah kan. Dunia siber sangat luas. Aku dah beberapa kali tersesat pergi laman web lain. Hu2.

Aku balik bercuti kat kampung 3 hari 2 malam. Nanti aku uploadkan gambar-gambar yang ada. Bukan aku gedik ya. Nak balik kampung pun nak tangkap gambar.

Takda lah. Kawan aku ikut aku balik. So, aku melancong round-round kampung. Tapi, tak lar buat pusingan sampai habis. Tak sempat.

Kami pergi beberapa tempat ja.

Aku off dulu. Heh2.. Nak gi tengok cita Marimar jap.

Zaijian.

As Salam.