Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, December 12, 2010

Wo de Gege

In The Name Of Allah.

As Salam.

Okeh. Hari ini aku nak cerita pasal abang aku. Semalam aku nak taip entry nih. Tapi abang beta plak menggunakannya. Dia tu pun menggedik. Tetiba nak buat FB. Ngarot.

Cerita dari mula ya. Aku ada 3 orang abang. Tapi yang sulung dah meninggal dalam kemalangan jalan raya masa aku darjah 2. Abang kedua plak aku OKU. Tak teruk sangat sebab masih nampak normal. Yang ketiga ni fully normal cuma ketegaq. Huh.

Kedua-dua abang aku ada semalam. Tapi aku nak cerita pasal yang ketiga ni. Semalam sebelum keluar beli barang dia tetiba ja nak buat FB macam aku cakap tu. Nama plak tak bleh blah. Nama sekerat ja daripada nama asal. Nama nampak macam hensem lar orangnya. Tapi sebenarnya boleh lar tahan. Perangai ja buruk.

Semalam plak dia mengeluarkan satu kata-kata yang aku rasa boleh tahan. 'Orang perempuan senang nampak jahat. Lelaki susah nak nampak dia jahat.' Maksudnya sejahat mana pun lelaki orang tak anggap dia jahat. Biasa lar kan. Lelaki.

Kata-kata tu keluar sebab adik aku pergi cari kerja kat Bandar Putra kat Seberang Jaya nuh. Amat jauh daripada rumah. So, abang aku tak bagi. Tengok zaman r. Aku memang percaya adik aku. Tapi aku tak percaya dengan orang yang kawan dengan adik aku.

Adik aku plak lain daripada yang lain sikit. Jenis suka keluar berjalan. Orang lain jarang. Dia ja suka. Aku tak tau lah kenapa. Mesti ada something masa mak aku melahirkan dia. Ho2.

Dengan yakinnya aku nak cakap. Semakin dewasa, abangku semakin sihat. Kih2. Oklah. Dia semakin baik. Betul orang cakap. Masa yang mengubah segala-galanya.

Siapa yang sanggup jadi bini abang aku boleh apply di sini. Hah2. Aku nak orang yang penyabar dan yakin boleh mengubah abang aku ke arah yang lebih baik. Nak apply untuk tuan punya blog pun boleh jugak. Tak da masalah. Kih2.

Aku harap keluarga aku sentiasa diberkati oleh-Nya di Dunia mahupun Akhirat. Amin.

Zaijian. As Salam.

Saturday, December 11, 2010

Jatuh Cinta Lagi...Lagi3x Ku..

In The Name Of Allah.

As Salam.

Terasa nak menggunakan bahasa aku hari ini. Kasar ka? Tak kot eh. Kalo kasar nak ja guna beta. Ho2... Aku baru balik semalam.

Perkara yang paling mengembirakan terjadi selepas exam semalam. Hah2.. Aku jumpa Pak Arab paling hensem, paling kacak, paling cute, paling dan paling hebat lah. Hensemnya dia..

Kawan aku pun cakap dia hensem. Dia nak lamar aku, tapi aku tolak. Sebab aku tak minat. Kesian dia kan. Tak sanggup aku menolaknya. Tapi apakan daya. Antara dia dan beta terlalu jauh.

Walaupun aku dan dia bagai pinang dibelah 10. Sama cantik dan kacak. Tapi asalnya terlalu jauh. Beta tidak sanggup meninggalkan tanah tumpah darahku sendiri.

Aku terpaksa meninggalkannya tanpa berpaling. Beta lihat dia terus menitiskan air mata daripada jauh. Tetapi, aku melangkah lebih jauh tanpa perasaan sedih.

Aku lebih menyayangi ibu bapaku daripada Pak Arab hensem itu. Ahhhhhhhhhhh... Hensem!!!

Putih, hidung mancung sikit, tegap, berbudi bahasa, kacak.... Huh.. Aku jatuh cinta pandang pertama. Mata aku tak boleh bergerak ke arah lain dah. Balik dalam bas pun teringat lagi.

Ciptaan Allah SWT yang sungguh baik.

Aku memerlukan sedikit masa melupakannya. Hoh2.. Cerita ini palsu belaka. Tapi ciri-cirinya aku tak tipu. Memang amat hensem. Sampai aku yang tak berapa suka terpikat dengan lelaki pun boleh terpikat. Nasib baik aku pemalu orangnya. Hak2.

Kalo tak dah lama ku pi bagi nombor telefon bapak aku. Suh dia call bapak aku, meminang terus. Tak payah berkenalan dah. Bercinta lepas kawin ja.

Oh... Minggu depan aku pergi Padang Terap. Ada program anak angkat selama seminggu. Mula-mula nak pergi Langkawi. Tapi dah penuh. So, tercampak kat Padang Terap. Korang tau kan Padang Terap kat mana??

Sebab dah 2 orang tak tau kat mana tempat tu. Amat mengarot diorang tu. Orang Kedah saja tapi tak tau Padang Terap kat mana. Aku rasa aku lebih buta pasal tempat daripada mereka. Pdang Terap kat Kedah. Sekitar Pendang gitulah. Aku bukan tau sangat. Tapi aku tau lar kat Kedah.

Diorang tu tau tempat popular ja. Tak popular tak tau. Okeh.

As Salam.

Thursday, December 9, 2010

Hari Kerja Sedunia

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sekarang dok tengah study. Tapi terganggu oleh suara elektronik berteknologi masa kini yang sungguh indah plak. So kita harus ambil peluang yang tidak mungkin ini. Ho2.

Bukan senang nak rehat bila dah start study ni. Bila study nampak buku, kertas, pen, pensil, dan pemadam ja. Dah tak boleh buat kerja lain. Study harus fokus. Gatal tekakku... Alangkah sejuk perut ibuku mengandung kalau saya macam ni. Arghhhh!!!

Saya tak tau lar kenapa mereka pilih hari ini sebagai hari kerja sedunia. Masa orang nak study lah lepa ni nak buat. Geram betol. Nak baca pun susah, nak faham lagi susah. Tambah plak dengan kerja-kerja buruh kasar ni.

Yang depan bilik pasang apa ntah atas siling tu. Kat luar orang mesin rumput dan orang tengah letah jalan tar.

Meluat sungguh rasanya. Tak dak hari lain dah ka? kenapa hari ini? Tak boleh tunggu cuti semester dah. Kalot ja.. Harum mewangi sungguh.

Banyak sungguh qeja nak kena buat sebelum cuti lepa ni. 

Okeh.. Nak pi beli makan sat.

As Salam.

Tuesday, December 7, 2010

Doa Rajin

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hari tu saya dah janji nak letak doa supaya kita rajin. Tambah-tambah plak orang macam saya. Musim exam, sibuk lagi nak pegang laptop. Doa ni diberi oleh jiran sebelah bilikku yang diambil daripada orang kuat UUM. He2..

Terjebak dengan orang kuat tu sebab dia tak bayar yuran. Tapi, kalau dia bayar. Mesti doa ni tak dapat. So, bagus juga dia tak bayar. >_<

Dalam rumi ja ya, jawi punya tak da software lar. Lagipun korang bukan pandai baca pun tulisan jawi ni. Orang cute macam saya ja boleh.

Dah!!! Kita mulakan. Mulakan dengan tertib untuk berdoa dulu. Nak kena bagitau juga ka? Yelah, saya tau saya baik. Tadah tangan sambil mulakan dengan bacaan Bismillah terlebih dahulu. Dengan hati yang ikhlas.

Gerakkan mulut anda atau bahasa sopan bibir anda seperi bacaan di bawah :

Allahhumma inna nau'zubika minal hammi walhazan, wanau'zubika minal aj'zi walkasali, wanau'zubika minal jubni wal bug'li, wanau'zubika minal qa'la batid'daini wa qah rirrijal.

Ertinya : Wahai Allah! Sesungguhnya kami berlindung dengan Engkau daripada duka nestapa, lemah dan malas, bersifat pengecut, bebanan hutang serta daripada penindasan sekalian manusia yang melakukan kekerasan.

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Kawan saya cakap, baca setiap kali selepas solat. Ikut lah nak khatam berapa kali pun. Saya baca sekali. Yang tanda ' baca dengung ya.

Siapa yang suruh saintis buat ubat untuk dia rajin tak payah lah. Dah lar mahal, belum tentu terbukti. Doa ni percuma. Sekupang pun saya tak cas. Malah terbukti dalam sejak zaman dulu lagi.

Selamat mencuba. Insyaallah anda akan rajin tapi kena tambah dengan niat murni anda dulu.

As Salam.

Terlupa plak. Salam Maal Hijrah. Semoga amalan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang telah lalu buat umat Nabi Muhammad S.A.W semua. Amin.

Sunday, December 5, 2010

Musim Periksa

In The Name Of Allah..

As Salam.

Selamat pagi. Mengantuk betul lar sejuk-sejuk ni. Tambah plak langit mendung. Membuatkan mataku layu dengan sendirinya tanpa dipinta.

Tak tau nak update apa tapi teringin nak post entry. Cerita pasal kejadian musim-musim exam lah ye. Hah2.

Exam ni, tak tau lah nak kata apa. Bukannya tak best. Sangat best sebab nak menguji otakku yang bijak sejurus sahaja saya lahir ni. Tak percaya pergi tanya mak bapak saya. Bijak tau. Keluar ja dah pandai menangis. Mana ada orang ajar pun masa tu. You see. Bijak kan.

Yang masalahnya, susah sangat nak pi mengadap buku yang mahal-mahal harganya tu sampai habis duit PT saya seperti mana mengadap laptop ku yang serba cantik dan canggih ini.

Susahnya hanya Tuhan yang tahu. Tak boleh nak berlawan dah.

But, lately kawan saya bagi saya doa. Alhamdulillah sedikit berubah. Eh, kejap-kejap. Saya sebenarnya nak post entry pasal cd yang saya copy.

Saya cerita pasal cd dulu ya. Doa nanti saya buat entry lain. Tak elok plak campur aduk. Insyaallah, malam ni saya letak doa tu. Kalau ingat ya. Insyaallah.

Okeh. Time-time exam ni, bukan saja nak mengonlinekan diri. Tapi, tengok cerita dan copy mengepaste cerita pun ada. Budak-budak lain, siap boleh baca novel lagi. Entahlah.

Bila Malaysia nak maju macam ni. Ish2.. Harap korang berubah. Hoh2..

Ok. Dah banyak cd saya copy sampai dua bekas tu. Panggil apa ntah. Tak tau lah. Baru-baru ni tengok Avatar. Heh2. Wayang mahal. Tengok ni free of charge. Mesti kak ku akan kejelesan ni.





Ada yang ambil daripada kawan dan ada yang download sendiri. Dulu tak suka cerekarama pun jadi suka. Kadang-kadang menyampah juga tengok cerita Melayu ni. Tak menarik langsung. Macam tak tau cara nak menarik penonton. Pot pet ja lebih. Tak da hasil.

Tapi tak semua tak best. Ada yang best. Cerita zaman sekolah menengah lagi best. Tiap-tiap hari nak balik sekolah cepat semata-mata nak tengok tv.

Sekarang lambat pun tak pa. Tak dapat menarik saya yang semnagat nak belajar ni. Buku adalah segala-galanya. Amin. He...........

That all for today.
Mengarut pun ngarut lah. Teringin sangat nak update.

As Salam.

Semoga Tuhan Merahmati Anda Semua. Amin.

Thursday, December 2, 2010

Dosa yang ditanggung ayah

In The Name Of Allah.

As Salam.

Saya sendiri tak tau kenapa saya buat entry ini. Mungkin telah terpanggil oleh-Nya. Walaupun tengah study, keinginan nak buat entry ni semakin membuak-buak.

Semalam saya agak terkeliru apabila seorang kawan saya tanya satu soalan semasa kami tengah berbual. Lebih kurang macam ni lah ya. Dia cakap lepas kahwin nanti baru dia nak pakai tudung sebab tak mau suami dia tanggung dosa dia.

Habis tu saya cakap lar, habis sekarang ni dia tak kasihan dengan ayah dia ka? Dia tanya kenapa plak, dosa tu dia sendiri hadap selepas baligh. So, keliru. Cerita itu tertinggal begitu saja.

Hari ni saya nak pergi berhujah dengan dia. Mesti kata aku gedik kan? Ada aku kisah.  Aku sayangkan dia. Ha, kan dah terkeluar 'aku' tu. Tak larat nak padam plak.

Amat sayang kalau orang solat cukup, ada ciri-ciri seorang perempuan yang baik, tapi tak pakai tudung kan. Ya, saya mengaku saya bukan baik sangat pun. Tapi saya hanya nak buka sedikit ja hati dia. So, lepas tu terpulang sama ada dia nak ikut atau tak.

Tugas saya sebagai seorang kawan, saudara sesama umat Islam, dan hamba-Nya dah selesai.



Insyaallah hari ni saya nak pergi bagitau dia yang saya dah cari bahan-bahannya.

Dosa tidak bertudung ditanggung oleh ayah kita sendiri walaupun selepas baligh. Anda tanya kenapa??? Sebab perkara ini telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada bapa-bapa anda termasuk solat 5 waktu.

Hanya yang tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka sahaja akan ditanggung oleh wanita itu sendiri selepas baligh. Pernah bapa kita cakap kata mencuri itu baik? Tidak kan. Pelbagai nasihat mungkin diberi kepada anda sebelum ini.

Tetapi, ketegaq nak buat jugak. Hah.. Tanggunglah sendiri.

Maklumat ini saya ambil dalam laman web ni, mungkin anda nak buat rujukan. Mana tau kan. Seru dah sampai. =>>  mforum.cari.com.my dan mesra.net

Kalau ada soalan lain perginya ke laman Ustaz atau Ustazah kerana saya tidak layak menjawapnya. Ilmuku ditakat lutut sahaja. Masih mencari dan terus mencari dan akan mencari. Insyaallah dengan izinnya.

As Salam.