In The Name Of Allah.
As Salam.
Saya sendiri tak tau kenapa saya buat entry ini. Mungkin telah terpanggil oleh-Nya. Walaupun tengah study, keinginan nak buat entry ni semakin membuak-buak.
Semalam saya agak terkeliru apabila seorang kawan saya tanya satu soalan semasa kami tengah berbual. Lebih kurang macam ni lah ya. Dia cakap lepas kahwin nanti baru dia nak pakai tudung sebab tak mau suami dia tanggung dosa dia.
Habis tu saya cakap lar, habis sekarang ni dia tak kasihan dengan ayah dia ka? Dia tanya kenapa plak, dosa tu dia sendiri hadap selepas baligh. So, keliru. Cerita itu tertinggal begitu saja.
Hari ni saya nak pergi berhujah dengan dia. Mesti kata aku gedik kan? Ada aku kisah. Aku sayangkan dia. Ha, kan dah terkeluar 'aku' tu. Tak larat nak padam plak.
Amat sayang kalau orang solat cukup, ada ciri-ciri seorang perempuan yang baik, tapi tak pakai tudung kan. Ya, saya mengaku saya bukan baik sangat pun. Tapi saya hanya nak buka sedikit ja hati dia. So, lepas tu terpulang sama ada dia nak ikut atau tak.
Tugas saya sebagai seorang kawan, saudara sesama umat Islam, dan hamba-Nya dah selesai.
Insyaallah hari ni saya nak pergi bagitau dia yang saya dah cari bahan-bahannya.
Dosa tidak bertudung ditanggung oleh ayah kita sendiri walaupun selepas baligh. Anda tanya kenapa??? Sebab perkara ini telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada bapa-bapa anda termasuk solat 5 waktu.
Hanya yang tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka sahaja akan ditanggung oleh wanita itu sendiri selepas baligh. Pernah bapa kita cakap kata mencuri itu baik? Tidak kan. Pelbagai nasihat mungkin diberi kepada anda sebelum ini.
Tetapi, ketegaq nak buat jugak. Hah.. Tanggunglah sendiri.
Maklumat ini saya ambil dalam laman web ni, mungkin anda nak buat rujukan. Mana tau kan. Seru dah sampai. =>> mforum.cari.com.my dan mesra.net
Kalau ada soalan lain perginya ke laman Ustaz atau Ustazah kerana saya tidak layak menjawapnya. Ilmuku ditakat lutut sahaja. Masih mencari dan terus mencari dan akan mencari. Insyaallah dengan izinnya.
As Salam.
No comments:
Post a Comment