In The Name Of Allah.
As Salam.
Hari tu saya dah janji nak letak doa supaya kita rajin. Tambah-tambah plak orang macam saya. Musim exam, sibuk lagi nak pegang laptop. Doa ni diberi oleh jiran sebelah bilikku yang diambil daripada orang kuat UUM. He2..
Terjebak dengan orang kuat tu sebab dia tak bayar yuran. Tapi, kalau dia bayar. Mesti doa ni tak dapat. So, bagus juga dia tak bayar. >_<
Dalam rumi ja ya, jawi punya tak da software lar. Lagipun korang bukan pandai baca pun tulisan jawi ni. Orang cute macam saya ja boleh.
Dah!!! Kita mulakan. Mulakan dengan tertib untuk berdoa dulu. Nak kena bagitau juga ka? Yelah, saya tau saya baik. Tadah tangan sambil mulakan dengan bacaan Bismillah terlebih dahulu. Dengan hati yang ikhlas.
Gerakkan mulut anda atau bahasa sopan bibir anda seperi bacaan di bawah :
Allahhumma inna nau'zubika minal hammi walhazan, wanau'zubika minal aj'zi walkasali, wanau'zubika minal jubni wal bug'li, wanau'zubika minal qa'la batid'daini wa qah rirrijal.
Ertinya : Wahai Allah! Sesungguhnya kami berlindung dengan Engkau daripada duka nestapa, lemah dan malas, bersifat pengecut, bebanan hutang serta daripada penindasan sekalian manusia yang melakukan kekerasan.
Amin Ya Rabbal A'lamin.
Kawan saya cakap, baca setiap kali selepas solat. Ikut lah nak khatam berapa kali pun. Saya baca sekali. Yang tanda ' baca dengung ya.
Siapa yang suruh saintis buat ubat untuk dia rajin tak payah lah. Dah lar mahal, belum tentu terbukti. Doa ni percuma. Sekupang pun saya tak cas. Malah terbukti dalam sejak zaman dulu lagi.
Selamat mencuba. Insyaallah anda akan rajin tapi kena tambah dengan niat murni anda dulu.
As Salam.
Terlupa plak. Salam Maal Hijrah. Semoga amalan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang telah lalu buat umat Nabi Muhammad S.A.W semua. Amin.
@ Dalam rumi ja ya, jawi punya tak da software lar. Lagipun korang bukan pandai baca pun tulisan jawi ni. Orang cute macam saya ja boleh.
ReplyDelete-
Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2= 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
http://typophile.com/node/74436