In The Name Of Allah.
Salam.
Saya sedang bersemangat nak bercerita pasal kemurungan. Tajuk ni amat popular dalam Berita Harian hari ini yang selalu ambil setiap hari Isnin dan Rabu dengan bebasnya di depan Perpustakaan. Kenapa dua hari tu saja?? Sebab hari tu ja ada kelas pagi. So, sempat lar ambil paper tu.
Selalunya 8.15 pagi dah out of stock dah. Sapa tak mau benda free. Saya pun nak.
Berbalik kepada tajuk utama. Kemurungan adalah.............. erm.........alah................pergi lah tengok Kamus Dewan tu. Kat sini tak ada stok lar. Kamus English punya ada lar.
Saya cuma nak cakap pasal cara-cara untuk menghilangkan kemurungan anda. Ini daripada pengalaman sendiri ja.
Yang pertama, telefon ibu bapa atau ahli keluarga. Kenapa mereka??? Sebab mereka orang yang paling dekat dengan kita. Dapatkan kata-kata semangat atau cerita ja perkara yang sebenar. So, dengan berkesannya dan semestinya keluarga anda akan menghiburkan anda. Hih2.
Yang kedua, keluar bersiar. Jangan pergi bersiar sorang-sorang plak. Nanti benda lain yang tidak diingini mungkin berlaku. So, keluarkan dengan kawan-kawan yang sudi menemani anda dan orang yang boleh menghiburkan hati anda.
Yang ketiga, kaunseling. Yang ni saya tak pasti sangat. Sebab saya tak suka jumpa kaunselor nih. Amat merenyahkan. Dah lar kita dalam tekanan, diorang plak nak suruh kita tunggu. Saya tak suka cara begini. Sementara nak hilangkan kemurungan semakin sakit hati ja.
Tapi kemungkinan ada keunselor yang memahami. So, ambillah langkah utama sekarang. Kalau terasa nak jumpa kaunselor, silakan.
Yang paling penting dan utama, dekatkan diri anda dengan Allah SWT. Langkah ini adalah langkah yang paling mujarab pernah saya ambil. Memang dan amat berkesan. Insyaallah. Tak payah dah nak cari ubat ke, makan ubat ke. Cara ni dah cukup kuat untuk badan anda.
Itu je kot. Urat-urat serta neuron otak saya ingat yang tu ja. Kalau ada lagi saya akan update. Insyaallah.
Salam ukhwah daripada saya.
No comments:
Post a Comment