Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Friday, October 8, 2010

Universiti Tersayang.

In The Name Of Allah.

Selamat Pagi and Salam Satu Dunia.

Terbangun awal plak hari ini. Kih2... Semalam ada terfikir pasal UUM sikit. Sebab kebanyakan benda dalam ni semua nak ubah ke cara yang baru. So, ramai yang tak puas hati dan saya sendiri pun lagi-lagi dan lagi-lagi dan lagi-lagi lar tak puas hati.

Suara MPP pun saya tak dengar apa-apa. Selalu kata tengah handle dan handle dan handle. Sesi kutuk-mengutuk penuh dalam facebook dia.

Banyak benda dah ni yang dibenci oleh insan yang sopan-santun seperti saya. Yang pertama dulu pasal pembayaran yuran bas. Semester lepas rasanya. Ada ke patut yang tak naik pun kena bayar. Saya yang tak suka naik bas sebab penuh, orang ramai dekat stesen, dan lagi satu kelas dekat pun terpaksa bayar.



Sukanya hati saya sebab dengan senang hatinya mereka ambil duit orang susah macam saya nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Datang semester ni plak, dia punya restoran utama dah tukar orang. Saya mengaku lebih suka yang dulu sebab peramah, banyak pilihan makanan, dan murah. Dan SEKARANG, dah lar mahal nak mampos, pilihan sikit, nak gi beli asyik habis, dan saya tak suka tengok muka pemakan duit saya tu. 



Siap ada contoh lagi, kalau nasi + ayam tak besar 1 = RM3 , kalau campur sayur RM3.50. Agak-agak r, nasi atau sayur sikit dan banyak cas harga yang sama.

Kalau pergi dekat Kolej sendiri nasi + ayam + sayur baru RM3. Ntah apa-apa dunia sekarang. Kalau agak kemaruk dengan duit pun, agak-agak r.

Yang ni lagi tak tahan. Hari tu add/drop subjek untuk semester hadapan. Saya yang semester atas ni tengok jadual dia dah banyak kosong. Dan dengar khabar budak semester 1 tambah dahulu sebelum kami.

Yang lama punya sistem semester 10-5 add/drop dulu, kemudian semester 4 dan 3, dan akhir sekali baru semester 2 dan 1. Dan dengar khabarnya lagi sistem ni nak diterbalikkan ke belakang. Betul tak ayat ni?? Entah lah.

Dia nak mulakan daripada semester 1 sampai semester akhir. Bagi semester yang bawah-bawah memang baik. Tetapi yang atas ni, tak boleh add nak suruh extend ke???? Ah, sukanya hati beta mendengarnya.

So, saya menyeru rakyat semua yang membaca entry ini. Datanglah ke sini untuk meneruskan pengajian anda di universiti pengurusan paling terbaik!!! Kedatangan anda amat dialu-alukan.

NOTA : Takut juga saya sebab letak dalam ni. Tapi fikir-fikir balik, salah saya ka?? Ada saya kisah. Dah penuh sesi kutuk-mengutuk dalam MPP punya fb tak pe plak. Ni baru sikit. HUH!!!!!

Salam semua.

No comments:

Post a Comment