In The Name Of Allah.
Salam.
Saya cuma nak bagitau laptop saya yang cute ni virus masuk. BENCI...... Ni semua gara-gara kawan saya yang tak pernah format laptop walaupun masuk virus. Ada ke patut. Geramnya urat-urat beta mengingatinya.
Hish. Termasuk laptop saya, tiga orang sekali gus telah dijangkiti oleh virus laptop paling sampah itu. Orang suruh format, dia tak mau. Nak kata tak ada duit tak plak.
Masih lagi cakap laptop dia dalam keadaan sihat bin walafiat. Ah. Banyak benda jahat menyerang dengan berpusu-pusu disegenap hati, urat-urat sarat, otak, dan hatiku ini.
Sampaikan google crome saya pun crash. Sekarang dah tak boleh buka. Sekarang tengah membiasakan diri menggunkan Opera yang tak best ni sebab tak biasa lagi.
Nak format laptop ni pun malas dah. Baru je format bulan lepas sebab virus juga. Entah virus apa yang melanda dunia siber pada masa ini. Hish. Tak sukanya.
Macam nak pergi balas dendam ja. Orang maki pun tak jadi apa. keras kepala betol budak tu. Nasib baik saya ada setengah lagi hati yang putih. Kalau tak................................ tak boleh buat apa juga lar. Dia tak makan kemarahan, kebencian, dan makian. Dia balas balik ada lar.
Ingatkan nak bersatu hati dengan virus ni kejap. Lama-lama rosak jugak laptop ni sebab asyik format. Tambahan plak, virus gedik ni nak masuk jugak laptop nih walaupun saya tak bagi.
Oklah. Berhati-hati semua. Sekarang banyak virus pelbagai bentuk dan jenis.
Salam.
No comments:
Post a Comment