Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, January 8, 2012

Exam for the last 4 years.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Tak sempat nak update blog sebab musim exam sekarang ni. Untuk kali yang terakhir plak tu sebelum praktikal. Tapi cara study masih macam dulu. Malas. And I don't know why.

Masa aku exam Statistik Gunaan hari tu, dompet aku hilang. Mengapalah aku sungguh lalai. Haish!!! Aku benci dengan sikap ini. Pelupa lagi satu.

Insyaallah aku akan cuba ingat benda yang aku buat selepas ini dengan lebih baik. Huh!!!

Nothing yang menarik sebab sekarang musim exam. Study pun diselang-seli dengan cerita. So, tak stress sangat pun. And nasib baik aku ada Allah SWT sebagai tempat mengadu. Tanpa-Nya memang orang akan bunuh diri.

Sebab banyak sangat masalah kat dunia yang ntah apa-apa ni. Aku sendiri pun kadang-kadang tak kuat. Tapi, kerana Dia aku masih di sini.

Sambil aku tarik nafas... "Haaahhhhhh"

I'm alive. Today must go on,  tomorrow and also the day after tomorrow... and so on.

Bye..

As Salam.

Semoga semua umat Islam di bawah payungan dan rahmat Allah SWT Yang Maha Esa. AMIN, AMIN, AMIN, Amin Ya Rabbal A'lamin.



Sunday, December 18, 2011

Just One Week.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Terasa sangat seronok berada pada minggu ini. Why??? Hah2. Today is Sunday. And for the next for day is my last day to study. I am very excited.

Tak sabarnya tunggu. Balik kampung sekejap. And then datang exam final. Entah bila plak nak datang UUM.

Lepas tu nak gi daftar Universiti. Tak pasti lagi nak ambil kos apa. Nak kena buat persiapan cepat-cepat. Bukan senang nak lanjut pelajaran kat negara luar.

For your information, I will further my study in Harvard University.



Just in my dream only. Kah2..

Malas dah nak belajar ni. Kena cari duit untuk family plak. Masa mengaji bazirkan duit mak bapak. So, sekarang kena kumpul bagi balik.

Insyaallah, Allah SWT akan mempermudahkan segalanya kalau niat kita betul kan?

Tu je lah. Yang pasal Harvard tu, yang itu memang impian. Impian ketika berumur 23 tahun. Hih2. Tetapi impian yang tak mungkin tercapai. Tengok laman web diorang pun jadi lah kan.

Okeh. Bye. As Salam.

Friday, December 16, 2011

UUM

In The Name Of Allah.

As Salam.

Memandangkan semester ini adalah semester akhir aku di sini. So, banyaklah adegan tangkap-tangkap gambar nih.

The main point di sini adalah nak tunjuk gambar-gambar tu. Hah3!!!

Nak kata sekeliling UUM tak juga lar. Tapi sesetengah tempat ja. And aku pun tak sangka UUM ni cantik jugak. Kih2.. Hutan bukan sebarang hutan tau..

Pokok yang paling aku suka sebab susunannya.

 Macam dekat oversea kan.. Hah2

Tempat yang pertama kali aku pergi.

 Ini aku sendiri tak pasti sama ada belakang atau depan Canselori.


Tu ja lah. Gambar yang aku edit tak berapa comel r.. Ki2.. Line plak menyusahkan. Susah nak upload.

Nanti aku ambil yang betul UUM punya. Kena tunggu jap lah yang tu. Keh.

As Salam.

Saturday, December 10, 2011

Buzy

In The Name Of Allah.

As Salam.

Today is Saturday. I wake up early morning today because i want to finish my assignment. I don't know how to start it. Erm, actually this morning my group-mate want to make Stat Gun assignment. But, it is cancel for today.

And now, I planning to do my SM assignment. Before that, I write my blog for a minute. Kih2

I don't know, suddenly I want to write in broken English. Hah2.. I don't know my writing is broken or not. This semester i felt that i'm very busy than last year. A lot of assignment I need to do.

Huh..but it's OK. I'm still breathing until now. I'm still rational until now also. So, I CAN DO IT.

You know, now I realized that. Why I want to typing in English? Because before this, I see many writing or typing in English. It is in Twitter.

Finished already. Bye2..

As Salam.

Friday, November 25, 2011

Aku tak tau apa tajuknya.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sebenarnya tak ada idea pun nak menaip nih. Tapi, blogwalking jap tadi. Rasa rindu plak nak taip dalam blog. Sayangnya blog aku yang come nih.

Tak sampai 100 hari ja lagi aku nak dok kat UUM. Best ka?? Ntahlah. Tak rasa apa-apa pun sekarang. Kitaran hidup manusia kan.

Ni aku tengah menaip sambil tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus. Boleh tahan jugak Ustaz ni. Menarik. Lagi satu Ustaz Kazim.

Tetiba ja kan keluar pasal ni.

Keh.. Aku teramat-amat tak tau apa nak taip. Nak gi study jap. EXAM nih..

As Salam.

Tuesday, November 15, 2011

ABC Gunung Jerai!!!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Bertemu kembali kita pada hari ini. Sabtu hari tu baru balik UUM balik. Walaupun assignment banyak and exam midterm dah dekat, aku tetap enjoy cuti aku. Hah2... Ini adalah salah satu ciri-ciri pelajar yang berjaya ok.

Aku bukan tak bawa balik segala maklumat yang diperlukan. Tapi macam tu aku bawa balik, macam tu juga masa datang UUM. Terlipat dengan eloknya.

Tapi, dah hilang segala stress masa kat rumah. So, datang sini dengan mood yang baik walaupun aku tak mau balik UUM.

Masa balik kampung hari tu aku pergi Pantai Merdeka. Pi makan ABC Gunung Jerai. RM 5.00 ja. Sedap!!! Kalau korang gi. Pergi gerai nombor 13 tu ya. Dua orang makan pun tak larat habiskan.

Meh aku nak tayang sikit ABC nya. Jap eh. Nak pi edit sat.



Orang dah lama tak pergi pantai macam ni lar.


Pulau Sayak

Pulau Sayak saja ja aku pergi. Kat sini boleh nampak Pulau Pinang tau. Kalau korang tak tau lar kan.

Okeh, bertemu lain kali plak.

As Salam.

Sunday, October 23, 2011

Balik Kampung TEMA Sebenarnya.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Heh2.. Saja ja aku post.. Esok dah nak balik kampung... Kih2.. Post sekejap sebelum balik. Banyak benda nak cerita ni sebab dah lama tak menaip.

Bukan disengajakan. Banyak assignment + kerja-kerja lain.

Nak tanya satu soalan lar??? Kenapa manusia ada sifat mementingkan diri. Aku sedih lar dengan sifat tu. Sebab sifat itu dilakukan tanpa sedar. Maksudnya, orang tak sedar pun yang mereka sedang berkelakuan sebegitu. Begitulah huraiannya.

Sedih...and sedih...and sangat sedih... Why????

Sakit hati rasanya. Okeh. Aku pun jahat. Diorang buat lar balik. Padan muka aku kan?? Jahat dibalas jahat. Wau.... Layang-layang.... Matching yang sangat bagus.

Dah.. Malas nak bincang. Sehingga itu sahaja. Yang penting aku nak balik kampung. Esok!! Ye yeh.. Mak ayah aku rindu aku. Ayam aku pun rindu aku, pokok-pokok, dan sebagainya.




Dah merapu dah aku..

Okeh. Nak pergi copy cerita jap. Bye.

As Salam. Jumpa lepas cuti plak. Daaaa.....

Monday, October 10, 2011

"Kawan tak tolong kawan"

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sementara menanti waktu Isyak, aku nak post sesuatu dulu nih. Benda yang membuatkan aku berada dalam dilema.

Ada orang kata aku kawan tak tolong kawan. Haish!!!!! Tension betul. Nak berkawan pun susah. Lagi susah nak jaga hati kawan-kawan.

Kawan ni macam lain, kawan tu macam lain. Aku sendiri tak tau macam mana dah. HISH!!!! Aku benci... Aku benci... Aku benci...

Haish! Jadi jahat kan senang. Tak payah dah nak jaga diorang nih. Lantak lar nak hidup ke tak. Kurang ajarnya ayat aku. Maaflah. Orang tengah marah kan. Yang ni medium aku sekarang. Tak tau nak ngadu dekat sesapa dah.

Nak selesai masalah aku yang tersiksa.

Dah lar, semakin geram plak. Keh, nak pi semayang = sembahyang. Nak minta petunjuk. Hah2. Daa...

As Salam.

Thursday, October 6, 2011

Love My Blog!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hari ini ada idea sikit nak share. Just nak bagitau aku suka blog aku. Aku cinta blog aku. Bukan sebab blog ni sememangnya cantik.

Aku suka sebab blog ni dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Apa yang aku tak mampu share dengan kawan-kawan, semua aku diluahkan di sini. Maybe ada yang tak terluah sebab ia terlalu private, takut orang terasa kan.

Korang tau tak?? Tak tau?? Bagus. Meh sini aku bagitau. Meluahkan perasaan merupakan benda yang paling penting sebagai manusia.

Korang tengok lah orang yang asyik memendam perasaan dia sendiri. Mesti tak gembira kan. Rasa macam orang lain tak faham diri kita.



So, don't be sad. Ciptalah blog anda sendiri. Hah3!!!

Takda lah. Ikut suka hati korang lar nak buat apa pun. Aku tak boleh memaksa.

Walaupun orang tak baca blog aku pun, aku still rasa seseorang sedang mendengar luahan hati aku. So, ini adalah cara yang terbaik mengurangkan tekanan di dada manusia yang serba kekurangan ini.

Aku bukan baik sangat pun untuk merima segalanya. Kadang-kadang ada juga perkara yang aku tak puas hati. Then, i perlu teman untuk berborak. Aku hanya ada blog aku. <- ??? macam ayat sedih lah. Hah2

Kawan memang ada, tapi kadang-kala tak sesuai kan cakap dengan kawan sendiri tentang perkara yang ntah apa-apa.

Okeh, bye then.

As Salam.

Wednesday, October 5, 2011

Jangan Menyerah

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hi, already be an October. The time pass like the waterfall. Hah2... Okey, this time I would like to share one lyric. This lyric very wonderfull lah.

Geli r speaking. Korang pernah tengok cerita Amanah Dalam Cinta. Aku suka sangat dia punya lirik lagi. Terbaik!!!

Nah aku bagi walaupun kalau korang google, keluar beribu-ribu. Tapi, aku nak taip gak. The title song is Jangan Menyerah.

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaab yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi


*
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

* *
Tuhan pastikan menunjukkan
Kebenaran dan kuasa-Nya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Sangat bagus kan ayat dia. Walaupun kita dah tau, kadang-kadang manusia ni alpa dengan dunia. Just Same like me. Hanya untuk peringatan sahaja.

Just stand up and GOOOOOOOOOO!!!!!

Bye then.

As Salam.