2/6 ari2 adalah saat yang paling menyedihkan walaupun aku tau akan tiba hari yg lebih sedih dalam hidup aku kelak.. Ya, Allah...kuatkah aku untuk melalui hari ketika kau membuatkan ia terjadi...
aku baru balik kg 1/6 ari2.. tetiba 2 aribulan ayahku diserang strok..
Tak pernah perkara macam ni terjadi dalam keluarga aku..
Tak pernah aku sangka ia akan terjadi..
Tak pernah aku pinta ia jadi begini..
Kenapa aku yang nampak ayah aku jatuh dengan mata aku sendiri, bukannya orang lain? bukannya adik2ku?
kenapa aku Ya Allah.. Mugkin kerna Kau mahu mengujiku Ya Allah.. Kenapa aku belum kuat untuk menempuhnya.. kuatkanlah aku dalam menghadapi hari2 yang seterusnya Ya Allah.. Hanya satu harapan aku.. Semoga aku diberi peluang untuk membalas jasa kedua ibu bapaku yang banyak berkorban.. Semoga harapan aku ini akan termakbul satu hari kelak..
Aku masih ingat walaupun xdapat bergerak, ayahku masih mampu melawak.. Mungkin untuk menyenangkan perasaan aku sekeluarga.. Tapi aku belum cukup kuat untuk itu.. Aku berterima kasih kepada jiran yang datang menolong.. Aku takkan lupa budi baik mereka.. Semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, aku berdoa kepada-Mu agar kedua ibubapaku sentiasa berada dalam keadaan sihat, ampunkanlah dosa2 mereka, peliharalah mereka seperti mana mereka memeliharaku semenjak kecil, dan semoga mere sentiasa dibawah hidayah-Mu dan rahmat-Mu.. Amin, amin, amin. Ya Rabbal A'lamin..
byk2 sabar ye ina..
ReplyDeleteinsyaallah..
ReplyDeletetima kasih ya..