Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Tuesday, June 29, 2010

Remaja Sekarang???


In The Name Of Allah

Salam. Aku tak tahu kenapa aku tetiba ja nak tulis entry sebegini. Sudah datang idea. Aku pun start je lah menaip.

Kenapa budak skrg susah nak sedar diri?? Kadang2 persoalan ni menusuk disegenap celah2 otak aku. Aku ada pemikiran yang tersendiri kenapa budak sekarang kadang2 malas nak belajar atau nak buat something untuk kesenangan diorang kelak. Mengikut pemikiran aku yang dikurniakan Allah S.W.T lar kan. Em.. Budak2 sekarang susah nak buat kejayaan untuk diri diorang sendiri adalah disebabkan diorang ni tak pernah hidup susah. Lahir kat dunia ni pun dah merdeka pun negara ni. Duit senang dapat. Bukan macam orang dulu, terpaksa susah payah kerja siang malam nak cari duit. Tapi budak2 zaman sekarang, bukan nak cari duit. Malah ikut suka hati nak belanja duit. Kadang2 diorang sendiri tak sedar yang mereka ni daripada golongan susah. Cis, ada ciri2 aku lah. Pengalaman diri sendiri lar plak. Kadang2 aku tersedar daripada mimpi yang tak seberapa nak indah kat dunia ni. Bukan senang nak hidup kat zaman sekarang ni, begitu banyak pancaroba dunia. Kadang2 benda2 kecil pun dah jadi rintangan paling besar untuk seseorang. Untuk orang yang kuat imannya, Insyaallah pasti anda boleh menghadapinya dengan baik. Ada satu pepatah yang cukup bermakna dan sudah pasti setiap orang daripada anda telah mengetahui.

Setiap kejadian yang berlaku pada diri kita, mempunyai hikmah yang sebaliknya.

Mungkin sekarang kita cukup benci kenapa keadaan ini berlaku, pada diri sendiri plak tu. Tapi, secara perlahan2 hikmah itu sendiri akan muncul tanpa kita sedari. Setelah itu, baru anda akan sedar.. ooo ini hikmahnya, terima kasih Tuhan-ku. Sekarang baru aku sedar betapa bahagianya aku, apa yang berlaku dulu adalah semangat untuk aku terus hidup dalam menghadapi liku2 kehidupan seorang hamba Allah S.W.T. pada masa dan ketika ini.



Setiap orang ada kegagalannya yang tersendiri. begitu juga aku sebagai hamba-Nya. Kita hanya dapat melihat kejayaan seseorang insan setelah  adanya sebuah perkataan yang bernama GAGAL. Kegagalanlah yang menyebabkan adanya kejayaan mereka pada hari ini. Aku percaya, kebanyakan orang yang berjaya pada hari ini, sudah menempuhi duri2 yang tajam. Selepas duri, mesti bunga ros plak kan. 

Back to the topic, kenapa budak sekarang tak sedar diri. Pendapatku yang kedua, mereka lupa siapa diri mereka. Begitu juga aku. Kadang2 aku terleka, sehingga aku terlupa siapa diri aku yang sebenar. Aku lahir dalam golongan biasa, bukan hartawan. Wang telah membutakan segalanya. Alhamdulillah syukur kehadrat-Nya, aku masih aku. Kadang2 aku sedih lihat kedua ibu bapaku, mereka bekerja keras membanting tulang untuk anak2nya. Kenapa aku sendiri tak dapat memikirkannya secara rasional. Dah besar panjang, tapi aku hanya manusia biasa. Adakalanya aku terlepas daripada talinya. Kalau bukan untuk kita, kenapa harus mereka bekerja? Demi kita, mereka masih tetap gah berdiri di bumi Tuhan. Siang dan malam, sakit atau sihat. Hanya untuk kita. Hanya untuk menampung pelajaran anak2nya, agar mereka berjaya kelak. Dengan harapan suatu hari nanti, anak2 mereka mendapat pekerjaan yang baik supaya nasib mereka terbela.

Tapi, kenapa anak2 sekarang dah lupa diri? Aku pun tak tahu sebenarnya apa yang terjadi. Moga mereka diberi jalan yang lurus oleh Allah. Amin.

Topik ini akan disambungkan kelak. Insyaallah. Kerana ia terlalu panjang. Mungkin ia akan memberatkan mata anda untuk membaca.

1 comment: