Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, June 27, 2010

JiRaN YaNG BaHaGia



Hidup berjiran membawa bahagia. Perkataan yang cukup best daripada laman web Islam. Tapi tak semua jiran membawa bahagia. Kesengsaraan adalah. Ini kisah benar ya, bukan main-main dan bukan daripada pengalaman orang lain. Ini adalah pengalaman aku sebagai jiran seorang hamba Allah ni.

Eh silap plak, lari topik sikit ya. Hari tu aku tengok dalam sebuah laman web ni, dia kata elok menggunakan perkataan saya dalam menulis entry macam ni. So, aku akan cuba berubah...

From now.

Berbalik kepada topik yang utama. Saya tinggal serumah dengan keluarga sejak berpuluh tahun yang dulu. Ha2, sori ayat kuno plak. Jiran saya ni bukannya jahat, baik orangnya. Tapi selalu buat perkara yang menyakitkan hati saya sebagai seorang wanita terhormat plus baik hati. Kih2.

Saya keluarkan entry ni bukan untuk mengata jiran saya, tapi hanya nak beri kesedaran kepada sesiapa yang rasa nak sedar diri. Eloklah insaf, jangan sesekali buat perangai macam ni.
Rumah saya ni dah diibaratkan sebagai rumah mereka sendiri. Masuk ikut suka hati. Boleh plak siap pergi buka tudung saji kat dapur lagi. Siapa lar tak sakit hati. Asyik nak mengusha ja makanan rumah orang. Kalau mak saya masak mesti dia minta semangkuk. Sakitnya hatiku. Mak saya dengan baik hatinya memberi. Kalau aku yang jahat ni, tak teringin aku nak bagi. Kalau jiranku yang begitu mulia tu buat makanan, tak plak hantar sikit.



Mak borek anak rintik.. cis, merosakkan peribahasa plak. Bapa dia ok, bek sangat. Tapi malangnya anak-anak dia ikut perangai mak dia. Anak yang kecik tu lagi senang masuk keluar rumah aku. Ambik makanan ikut suka. Mula lar nak bodek mak aku. Syaitan plak asyik ganggu aku. Aku bukan boleh. Betapa bencinya diriku. Tolonglah aku Ya Allah.

Untuk maklumat anda semua. Jiran saya ni adalah adik beradik saya. Suaminya tu adalah abang ayah aku, jiranku adalah isteri kedua.
Kepada sesiapa yang berperangai begini, silalah berubah. Aku sebagai jiran semakin tambah dosaku, bukan berkurang.

Hari ni kakak ku pergi beli cendawan, jiranku pun beli jugak. Balik daripada tu, kak aku goreng lah cendawan tu. Tapi dia sanggup berdiri tepi dapur rumah aku masa maghrib sebab nak cendawan yang digoreng tu. Padahal dia pun beli gak, sama banyak plak tu. Apa salahnya kalau dia pergi goreng kat rumah dia. Astafirullahhalazim.

Kebongkaran akan disambung selepas ini. Maaf kalau ada sesiapa terasa. Aku Cuma meluahkan perasaan yang kian menghitam.

Saya minta maaf sebab terselit perkataan aku plak. Tak biasa.

No comments:

Post a Comment