Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Thursday, September 30, 2010

12 Barisan di Akhirat

In The Name Of Allah.

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: ”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..


NOTA : Ya... Saya tahu anda, anda, dan anda yang sudah habis membaca semestinya memilih BARISAN KEDUA BELAS. Oleh itu, saya dengan ikhlasnya menyeru bahawa marilah kita bersama-sama menuju ke arah kejayaan yang sering dilaungkan setiap hari. Semoga Hari Esok Dan Hari Yang Mendatang LEBIH Baik Daripada Hari Ini Dan Hari Yang Telah Lalu. AMIN.

Friday, September 24, 2010

VIRUS !!!!!!!!!!!!!!!!

In The Name Of Allah.

Salam.

Saya rasa agak marah sekarang. Baru sebentar tadi kawan saya datang minta slide untuk satu subjek ni. Dah tau semalam cucuk pendrive dekat komputer lain. Bawak-bawak lah gi scan sebelum nak cucuk dekat laptop 'aku'. Ah... Ini sudah melampau. 

Disebabkan slide tu ada dalam pendrive saya dan saya nak kena copy ke pendrive dia. Menyebabkan virus dia menyerang pendrive 'aku'. Habis semua dokumen dan cerita 'aku' kena serang. Bodoh betol!!!

Syaitan telah merasuk. Kiri Kanan Depan Belakang Tengah. Semuanya. Geram2..

'Aku' cakap kata virus dia serang, bleh buat bodo lagi. Macam tak da apa-apa plak. Huh... sakitnya hatiku.. Dah lar banyak cerita dalam pendrive ni. Stupid thing !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

Dah dapat balik macam tu ja. Dah tak reti nak cakap Terima Kasih ka? Aku tak tau benda macam ni akan berlaku ka? Apa nak jadi manusia sekarang.

Api kemarahan beta semakin menjulang-julang. Bakaq ayam pun bleh hangit ni. Ah..............................

Sudah lar bagai kacang lupakan kulit selama ni. 'Aku' buat bodo tak bermakna aku buta. Itu sebab DIA kawan aku. Kalau tak, dah lama berkecai gigi.

Ish... Tak boleh 'aku'

Nak gi tenteramkan diri kejap.

Salam.

Tuesday, September 21, 2010

Sangat Kritikal!!! UBAT

In The Name Of Allah

Salam.

Penipu lar tuan punya blog ni.. <= Siapa cakap macam ni?? Ingat saya penipu ke?? 

Cis, Hang Jebat Hang tuah,
Saya tak tipu lah. 

Saya sedang dan amat sengsara. Penyakit yang pasti melanda setiap manusia di dunia. Cuma ketika dan masa yang berbeza.

Apa lagi?? Kalau bukan penyakit malas. Dan penyakit ini semakin teruk.

Saya perlukan pengkaji-pengkaji terhebat di dunia. Tolong ubati penyakit ini. Tension saya kalau setiap semester macam ni. Benci betul saya dengan penyakit yang menyerang tak kira masa ni.

Namun saya sedang menghadapinya. Siap bawak pedang dengan perisai sekali. Dah berjuta kali tercedera. Tetapi saya tetap berdiri gah di sini. Ya, saya tahu saya hebat. Tak payah lar puji. Malu saya. Hi2.

Selain penyakit ni. Ada plak virus yang menyerang website-website seluruh dunia. Cewah. Saya pun tak tau. Tapi memang dia menyerang. Benci betol. Nak layari internet pun susah. Malware nama diberi. Hidupnya suka menyusahkan orang. 

Dah lar. Saya nak pergi merajinkan diri kejap. Tata semua.

Salam.

Hidup umpama sebiji mutiara,
perlu digilap untuk berharga,
perlu dijaga untuk menjaga mutunya,
mutu dan keunggulan tetap bersama. Hi2.

Rajinkan diri semua. Lawan sama dia.

Monday, September 20, 2010

Malangnya.

In The Name Of Allah.

Salam.

Taipan untuk blog ni semakin kurang lar kan??? Sekarang dah musim pertengahan semester. Tengah-tengah ni lar yang banyak kerja sikit. Exam ada... Tugasan pun ada... Semua nak kena buat masa ni. Mula semester malas nak study. Sekarang baru saya sedang gegeh dan tak berapa nak gigih nak study.

Saya tak tahu lah, kenapa kemalasan menghantui saya sebagai seorang pelajar yang nak belajar dengan jayanya. Huh. Tak patut.

Sekarang dah balik UUM. Sebelum balik sini mesti sesuatu akan berlaku. Tapi, tak lar selalu. Kadang-kadang ja. Semasa perjalanan ke stesen bus SP hari Sabtu lepas, tetiba ja temperature kereta kak saya naik dengan mendadak. So, kereta tersadai di tengah-tengah jalan.

Waktu hanya tinggal setengah jam ja. Nasib baik ada orang yang baik hati tolong saya yang come nih. Kalau tak, mesti tak sampai lagi.

Semester lepas tayar kereta pecah. Saya masih simpan dia punya gambar. Nak kata pecah macam tak patut ja.



Malas nak letak url da.

Patut ke saya kata pecah. Dah macam berkecai je tengok. Entah lar. Jalan sangat panas masa tu. Hi2.. Time ni memang banyak orang tolong.

Tolong tengok ja. Ada ke patut. Macam nak sekeh ja diorang nih. Huh. Tak pe lah. Saya memang panas bin baran sikit. Baka daripada ayah ya.

So, nasib baik rumah sepupu dah dekat. Minta dia tolong lah. Nak buat macam mana, orang lain berupaya nak tengok ja. Tak berupaya untuk membantu. Itulah kelebihan orang Malaysia sekarang. Tapi tak semua orang macam tu. Dan saya tau tentang hal ini.

Tak semua orang yang digelar penjahat tu orang jahat. Ye tak?? (mengarot ja contohnya) hak2..

* * * * *

Kawan saya siap suruh mak saya bawa gi mandi bunga. Pembawa malang ke?? Saya tak rasa macam tu pun. Takdir kan?? Kita tidak boleh menghalang takdir yang ditentukan Allah SWT.

Wokeh.

Salam 1 Malaysia.

Sebuah perhatian amat bernilai,
bagi yang memerlukan.

Bantuan yang sedikit amat membahagiakan,
walaupun ia sebuah doa luhur daripada hati.

Thursday, September 16, 2010

Ketupat lagi!!

In The Name Of Allah.

Salam.

Tengah mengira jap. Hari ni dah masuk Hari Raya yang ketujuh. Semakin lama semakin buka pintu universiti sekarang ni. Malas rasanya nak masuk pintu tu. Saya amat tak suka berjauhan dengan keluarga. Tapi, nak buat macam mana? Perkara ini seharusnya ditempuhi oleh anak-anak.

Hari ini mak saya nak buat ketupat lagi. Bestnya. Hari Raya hari tu tak sempat makan puas-puas. Maklumlah tetamu ramai. Siap nak buat lemang lagi. Hah2.

Yang tengah membaca dan terasa sedikit cemburu, cemburu je lah. Saya tak kisah. Hi2. Kalau ada yang nak nanti saya poskan. Bagi alamat ja. Kalau tak sampai jangan salahkan saya plak. Saya dah hantar, kalau tak sampai mesti posmen tu yang makan.

Nanti nak buat kuih raya sekali lah. Sebelum balik kena bawa bekal sikit kan. Buat kuih yang best ja. Yang tak best tak buat agaknya. Nama pun tak best. Kalau buat sapa plak yang nak makan. Tak baik membazir.

Assigment pun dah banyak. Tapi tak apa, kita boleh kumpul lagi. Nanti dah nak hantar baru buat. Hu2. Kadang-kadang saya sendiri tak tau, kenapa saya macam ni. Padahal saya ni baik. >_<

Janji buat sikit-sikit kan. Jangan tak buat langsung plak. Kang dah nak hantar baru nak menyibuk. Tak elok untuk kesihatan hati dan otak. Kalau peribahasa yang mak saya selalu cakap => Dah nak terberak baru nak korek lubang. <= Len kali gali awal-awal ya.

Wokeh. Dah petang, mata semakin muram. Saya tak tau kenapa. Kena gi berubat dulu sebelum melarat.

Salam.

Andai bisa diputarkan waktu,
Pasti aku akan merubah segalanya,
Andai bisa aku menetapkan segalanya,
Pasti ada yang tidak kena pada hakikatnya.

Alhamdulillah kerana ia bukan aku.

Wednesday, September 15, 2010

Kau Dan Aku

In The Name of Allah.

Kau dan aku manusia biasa,
Biasa daripada segalanya,
Yang pasti tidak ditakdirkan untuk bersama,
Kerna aku tahu,
Antara kita terlalu jauh.

Bukan jauh seperti permata dan batu,
Bukan jauh dek darjat,
Tetapi jauh hanya kerana jarak,
Jauh kerana waktu,
Dan paling jauh kerana takdir-Nya.

Semua itu yang memisahkan,
Memisahkan aku dan kau,
Memisahkan duniaku dan duniakau.




Aku hanya redha dengan ketentuan Esa,
Kerna aku tidak boleh melawan kehendak-Nya,
Kerna ini semua mesti ada hikmahnya.

Dari sini aku melihatmu,
Dari sini aku memikirkanmu,
Dari sini aku mendoakanmu.

Semoga aku dan kau sentiasa bahagia di sisi Yang Esa.

Amin.

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya

In The Name of Allah.

Salam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Masih belum terlambat untuk wishkan?? Hu2.. Malas nak buka dan menaip. Walaupun raya tak banyak mana, saya tetap malas nak buka. He2.

Biar lambat asal selamat. Ye dak?? Ya, saya tahu anda turut bersetuju dengan hujah saya yang amat bernas ini. Saya siap buat kad lagi. Meh tengok.



Ni khas untuk semua yang mengenali diri ini. Kalau tak kenal, Buat-buat ja kenal.




Ni khas untuk rakan-rakanku di UUM



Cute tak?? Kih2.. Budak-budak baru belajar merangkak. Tu ja kebolehan yang beta ada untuk adobe nih. Kira come lar tu ek..

Ingat nak letak dalam FB. Tapi malas plak plus sekali saya seorang yang pemalu. Hu2.. Letak dalam nih je lah. Ramai orang yang tak berapa kenal saya dalam ni. Beberapa orang ja. Tak malu lar sangat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Musim-musim cuti nih, saya sebagai seorang pelajar mesti lar bawak balik buku kan. Masih elok dan belum disentuh. Paper yang kena buat kuiz pun bawa balik sekali. Time saya bersemangat nak buat kuiz, terlupa plak username dia. Leceh betol. Sepatutnya ada, tetapi saya lupa yang laptop ni baru format. Hilang semuanya. Dia punya kertas username tak bawa balik. Berat. Hah2.

So kuiznya??? Entah lar. Dapat 0 lar nampaknya. tetapi saya masih cuba sedaya upaya menggunakan otak saya yang berselirat ini untuk mengingati kembali username tersebut. Minta-minta ingat. Amin.

Salam ukhwah.

Thursday, September 2, 2010

Chargerku punah

In The Name Of Allah.

Salam.

Terasa seperti setahun tidak mengepos entry. Heh2... Dengan sebab-sebab yang tertentu, saya dengan tidak sengaja untuk tidak menyiarkan entry selama beberapa hari.

Mesti peminat-peminatku sudah merindui taipanku ini. Hah2.

Sebabnya adalah laptop sendiri. Eh2, bukanlah. Charger laptopku. Rosak lar plak. Saya pun tak tau macam mana boleh rosak. Dia punya wayar-wayar dalam tu dah putus. Angkara siapakah agaknya ini??? Setelah difikirkan selama beberapa hari, entah lar. Saya pun tak tau.

Bateri laptop saya pun hanya boleh bertahan selama setengah jam. Dah lar tak da pengecas. Bateri pun 30 minit ja. Mengarut semua ini.

So dah balik ni, terus gi Central Square untuk beli charger. Harga dia RM 180. Kalau tak da susah. So, terpaksa lar beli. Sekarang saya amat bersemangat untuk charge laptop. He.

Cuti mid sem pun banyak gak assignment nak kena buat. Tengoklah nanti. Akan disentuh atau tidak. Hanya Tuhan yang tahu.

Buku dah bawa balik sekali, minta-minta lar saya rajin untuk menyentuhnya.

Tu je kot. Dah tak da idea plak.

Salam.

Enjoy cuti anda semua. Tapi, ingat ada benda lain yang lebih penting.