In The Name of Allah.
Kau dan aku manusia biasa,
Biasa daripada segalanya,
Yang pasti tidak ditakdirkan untuk bersama,
Kerna aku tahu,
Antara kita terlalu jauh.
Bukan jauh seperti permata dan batu,
Bukan jauh dek darjat,
Tetapi jauh hanya kerana jarak,
Jauh kerana waktu,
Dan paling jauh kerana takdir-Nya.
Semua itu yang memisahkan,
Memisahkan aku dan kau,
Memisahkan duniaku dan duniakau.
Aku hanya redha dengan ketentuan Esa,
Kerna aku tidak boleh melawan kehendak-Nya,
Kerna ini semua mesti ada hikmahnya.
Dari sini aku melihatmu,
Dari sini aku memikirkanmu,
Dari sini aku mendoakanmu.
Semoga aku dan kau sentiasa bahagia di sisi Yang Esa.
Amin.
No comments:
Post a Comment