Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Thursday, September 16, 2010

Ketupat lagi!!

In The Name Of Allah.

Salam.

Tengah mengira jap. Hari ni dah masuk Hari Raya yang ketujuh. Semakin lama semakin buka pintu universiti sekarang ni. Malas rasanya nak masuk pintu tu. Saya amat tak suka berjauhan dengan keluarga. Tapi, nak buat macam mana? Perkara ini seharusnya ditempuhi oleh anak-anak.

Hari ini mak saya nak buat ketupat lagi. Bestnya. Hari Raya hari tu tak sempat makan puas-puas. Maklumlah tetamu ramai. Siap nak buat lemang lagi. Hah2.

Yang tengah membaca dan terasa sedikit cemburu, cemburu je lah. Saya tak kisah. Hi2. Kalau ada yang nak nanti saya poskan. Bagi alamat ja. Kalau tak sampai jangan salahkan saya plak. Saya dah hantar, kalau tak sampai mesti posmen tu yang makan.

Nanti nak buat kuih raya sekali lah. Sebelum balik kena bawa bekal sikit kan. Buat kuih yang best ja. Yang tak best tak buat agaknya. Nama pun tak best. Kalau buat sapa plak yang nak makan. Tak baik membazir.

Assigment pun dah banyak. Tapi tak apa, kita boleh kumpul lagi. Nanti dah nak hantar baru buat. Hu2. Kadang-kadang saya sendiri tak tau, kenapa saya macam ni. Padahal saya ni baik. >_<

Janji buat sikit-sikit kan. Jangan tak buat langsung plak. Kang dah nak hantar baru nak menyibuk. Tak elok untuk kesihatan hati dan otak. Kalau peribahasa yang mak saya selalu cakap => Dah nak terberak baru nak korek lubang. <= Len kali gali awal-awal ya.

Wokeh. Dah petang, mata semakin muram. Saya tak tau kenapa. Kena gi berubat dulu sebelum melarat.

Salam.

Andai bisa diputarkan waktu,
Pasti aku akan merubah segalanya,
Andai bisa aku menetapkan segalanya,
Pasti ada yang tidak kena pada hakikatnya.

Alhamdulillah kerana ia bukan aku.

No comments:

Post a Comment