Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Thursday, March 17, 2011

Aku Seorang Pelanggan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku habis kelas pukul 12.00 tengah hari tadi. Balik ja daripada kelas singgah dekat mall sekejap sebab nak print slide untuk kelas nanti.

Aku plak tetiba ja nak masuk kedai lain daripada biasa sebab aku ingat menarik. Betul ke perkataan menarik tu?? Macam tak sesuai plak.

Yelah. Aku cerita daripada zaman dahulu kala dulu. Aku tak suka pergi print dekat tempat baru ni sebab aku suka dengan yang lama. Perkhidmatan nak kata bagus, tak lar sangat. Tapi, dah selesa kan.

Gambar hiasan *Aku suka gambar*

Tapi, kawan aku selalu pergi print kat baru ni and aku tak tau lah apa sebab musababnya, Keluar ja dengan dia, gi print kat situ. Kalau aku sorang, aku pergi print kat tempat lama sebab kita dah tau selok belok dia punya komputer beroperasi macam mana.

Tetapi nak dijadikan sebuah cerita yang tak berapa menarik ni. Aku tetiba ja sorang-sorang hari ni, pergi kat tempat baru sebab nak mencuba lar katakan.

Kalau tak cuba bila lagi. So, aku masuk dan print seperti aku buat kat kedai lama. Tiba-tiba keluar 9 slides untuk 1 kertas yang dibelah dua. Mesti tak faham kan??? Well... Orang bijak pandai ja boleh faham benda macam ni.

Nak bagi senang, untuk 1 helai kertas tu ada 18 slide. So, sangat kecil tetapi disebabkan kepakaran kaca mata aku ini yang tinggi. Setiap inci, setiap lubang, setiap tulisan aku nampak.

Tapi tak kan nak belajar guna macam tu. Aku nak conteng pun tak muat. So, kak kedai tu print lain. Masa ni dia tengah test print.

Malang yang berbau kertas ni, hasilnya tetap sama. Dan kali ketiga barulah jadi 1 helai kertas berjenama rendah tetapi terkenal ada 9 slide yang dijual dengan harga RM 0.10. Aku faham. Memang murah. Kalau kat kampung aku RM 0.30.


Yang beta tak puas hati di sini, kertas yang dia sendiri test tadi. Aku tekankan DIA SENDIRI TEKAN PERKATAAN 'PRINT'. Kertas tu pun diambil kira.

Maknanya aku yang kena bayar lar. Korang ingat 10 sen tu murah. Dunia sekarang, aku rasa bukan senang nak cari 10 sen tau.

Bukan aku nak berkira. Tapi, dah bukan salah kita. Dah layanan macam ni korang rasa ok ka? Cis. Tak mau dah aku gi situ!!!! Ingat comel lah tu. Huh.

Walaupun benda sekecil kuman pun, tapi hati pelanggan kena jaga. Ingat senang nak cari pelanggan. 

Pertama, mungkin tak akan pergi lagi selepas ni. 
Kedua, kena makan maki hamun pelanggan. 
Yang ketika, tak berkat.

Kalau kena kat aku, bertambah bankrap kedai. Bukan aku pergi baling bom. Tetapi, doa adalah senjata orang mukmin. Tambah-tambah plak orang yang teraniaya.

Aku doa je lah. Sapa suruh layan aku macam tu kan.




* * * * * * * Customer is a king * * * * * * *

As Salam.

No comments:

Post a Comment