In The Name Of Allah
As Salam.
Tengah menghafal Mandarin sempat lagi beta menaip untuk tatapan dayang-dayang yang sedang merindui beta.
Entahlah. Tetapi aku rasa macam betul ja. Aku rasa macam perangai aku dah berubah lar. Kalau baik Alhamdulillah. Masalahnya ke arah...erm...alah...buruk-buruk tuh.
I don't know what happened to me? Semua orang aku nak mengata. Tak boleh duduk diam lar. Kalau tersedar pun, lepas aku mengata orang. Kalau sebelum, akulah Hamba-Nya yang paling bersyukur sebab tak sempat menyakitkan hati orang lain.
Tengok tuh. Aku sangat jahat. Dah lar nak berubah bukan perkara yang gantang. Aduh.
Ibarat peribahasa Melayu : *** Sudah jatuh ditimpa tangga *** Keluar mulut Harimau masuk mulut Buaya ***
Nak sangat berubah, tetapi tersangatlah susah. Mulut aku dah tak boleh diam dah. Nak kata tak cuba, dah cuba. Tetapi hasilnya tetap sama.
Insyaallah. Jalan untuk Hamba-Nya sentiasa terbentang luas. Orang cakap, nak dapat emas bukanlah satu perkara yang mudah. Kena tempuh pelbagai halangan dulu nak dapatkan benda yang berharga.
I will try to do the best... Semoga aku berjaya. Amin.
As Salam.
Nota : Hidup sememangnya tidak bermakna tanpa Allah SWT di sisi, hidup tidak bermakna tanpa keluarga menemani, hidup tidak seceria alam tanpa sahabat-sahabat sejati, dan hidup tidak seindah pelangi tanpa rakan karib bersatu hati.
Tulus, FMR.
No comments:
Post a Comment