Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Saturday, March 12, 2011

Pagi Sabtu Hari Ini

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sebenarnya aku tak tau nak taip apa kat sini. Tapi aku rasa aku gigih dan gegeh juga nak update.

Susahnya nak taip formal word ni. Kalau tak taip macam ini, nanti masa translate aku sendiri tak tau apa yang aku taip. 

Pernah beberapa orang barat mengadu tak faham apa yang aku taip.

Nak buat macam mana eh??? Itu adalah salah satu ekspresi ketika beta menaip. Kalau tak, blog yang comel and cantik ini akan kelihatan kurang cantik dan aku tekankan.....bukan hodoh ya.

Apa yang berlaku minggu ini??? 

Hah... 

Pertama tentang lesen. You know LESEN. Orang lain dah ambil. Aku baru gegeh nak belajar. 

Hari rabu hari tu belajar bawa. Yang bagusnya, nama cikgu aku tak tanya. Kejam ke aku ni?? Tak pun. Itu maknanya aku malu. Huh.

Yang kedua, blog. Ya....... Tuan puan serta hadirin hadirat sekalian.

=>> BLOG. Sekarang sudah tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Tradewinds ini. Hoh2. Warga-warga DPP di sini kebanyakannya dah ada blog sendiri. Apa yang diorang tulis, kalau nak tau bacalah sendiri.

Setiap insan ada pandangan tersendiri. Begitu juga aku. Mesti ada juga orang yang mengumpat pasal blog aku. Ada aku kisah??? Of course lar aku kisah. 

Hati aku yang mula-mula besar masa pertama kali taip blog tahun lepas telah menjadi semakin kecil dan kecil dan terus mengecil.

Aku pun ada baca juga blog bebudak nih. Huh. Sorry to say. Ngarot!!!

Ada yang bangga dengan jawatan dia. Apa lagi yang aku baca??? Lup me lup you. Erm.. Entahlah. 

Dan malangnya lagi.

Semua ni memang sebiji macam perangai aku masa mula-mula taip blog. He2.

So tak boleh mengata lebih-lebih sebab dah kena kat batang hidung sendiri.

Siapa yang tak suka blog aku bagitau ya. Aku nak tau ja. Nak perbaiki??? Erm... maybe ambil masa yang lama kot. Sebab it's my life. So??? Why suppose me to change my life because of you. Right???

Begitulah. Cakap ja macam tu kalau anda rasa ayat itu sesuai dengan hadirin dan hadirat semua.

Aku bangun awal sebab nak buat assignment. Tapi tengoklah sekarang ni?? Cuba tengok. Tengok..... Apa yang aku buat. Astafirullahhalazim.

Aku keluar dulu lah.

Okeh. As Salam.

Nota : Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk rakyat kita di Jepun. 

Hasta la vista..

No comments:

Post a Comment