Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, August 26, 2012

My Customers!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Disebabkan bos aku ada kenduri, aku kena kerja hari ini. Memang tak patut. Tapi, semenjak tadi baru aku rasa aku tak menyesal jaga kedai hari ni.

Korang tau kenapa?? Hah2!! Bukan sebab aku jumpa kayu balak yang hensem ya. Sebabkan ada pak cik puji tadi. Dia kata tuan punya blog nih cantik, sopan santun, dan yang seangkatan dengannya. AMIN. Kih3!!!

Okeh. Fine. Aku tipu ja.

Di kata pengcahayaan kedai ni ok, kedai pun bersih. Tu maknanya aku yang jaga. Nak harap orang lelaki. Berabuk lah nampaknya.

Tapi satu aku tak suka tentang pelanggan aku. Pasal duit. Aku ni punyalah baik hati ambil duit yang diorang bagi walaupun terkoyak sikit ya. Ni sebab aku tak sampai hati nak tolak.

Tapi bila aku bagi dekat pelanggan yang lain plak, pandai plak mereka tolak.

Okeh fine. Mulai hari ini aku bertekad dengan sepenuh hati, aku tak akan sesekali menerima duit yang terkoyak. Walaupun secebis. Nak main-main dengan aku!!! Tak pa. Just wait and see my dear customers.

* * *
10 minutes later

Untuk kesekian 10 minit ni, aku blah sebab pelanggan masuk. And you know what?? Aku terima duit terkoyak lagi. Kenapa hati aku ini. Kenapa ia terlalu lembut dan tak reti nak mempertahankan sesuatu.

CIS!!!

Tak pa lah. Aku ambil ia sebagai pengajaran untuk aku. Insyaalah, kot-kot nanti aku buka kedai sendiri. Ye tak.  :Ini ayat untuk menyedapkan hati:

I will try to ignore that money slowly-mowly. Itu kata ganda yang tak bertauliah ya. Jangan ikut.

Ok'kih. As Salam.

Saturday, August 11, 2012

KOLAM Bapakku

In The Name Of Allah.

As Salam.

Macam-macam yang aku nak cerita ni. Heh3. Idea datang mencurah-curah.

Emmmm. Tapi sekarang dah tak tau nak cerita apa. Hilang semuanya sejak aku sign in masuk. Emm. Tak pa lah. Cerita pasal kolam ikan bapakku nak?? Hah2. Tak mau tak payah baca.

Kan aku dah cakap yang bapak aku bela ikan siakap. Tapi ikan siakap tu banyak songeh nak mampus dan tak berbaloi bela sampai besaq panjang semata-mata nak bagi aku makan. So sasaran pun berubah.

Kolam bapak aku kan dekat dengan sungai. And then macam-macam makhluk sungai lah yang masuk. First ikan apa ntah. Aku tak kenal sangat. Kemudian plak udang. Udang kecil ada, besar pun ada.

And now ikan talapia pulak. Rezeki daripada Allah S.W.T kan. So, tangan aku tadah sebesar yang boleh.

Insyaallah kalau aku sempat, nanti aku ambil gambar dengan handset aku yang paling canggih di dunia. Hu2.

Ikan ni asyik timbul dekat permukaan air ja. Geram aku tengok.

Aku tak selesa r taip bahasa Malaysia yang fluent ni. Aku taip bahasa Kedah negeriku boleh tak eh?? Boleh. Okeh. Wa no hal.

Aku harus memartabatkan bahasa negeriku yang tercinta ini. Huh!!!

Anak-anak ikan talapia ni pun banyak. Aku yang tengok ni pun geqam. Siap dengan oboq-oboq skali. Besaq lar jugak oboq-oboq dia. Tapi dah kaih dah.

Bila tengok bahasa Kedah aku ni, macam orang tak pernah masuk U lar plak. Tapi tak pa lah. Len kali aku pakai bahasa paling standard ni Malaysia.

As Salam.

Tomorrow I will put that pic okeh. Insyaallah kalo aku qajin mai qeja. Nak topup BB malas. Guna yang bos punyalah. Free kot. Membazir ja kalau tak guna. Allah S.W.T tak suka orang yang membazir nih.

Saturday, August 4, 2012

FOBIA!!!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Agak-agak tengok tajuk, aku fobia apa eh??? Hish!!! Aku sangat benci. Tak tenang hidup aku sekarang ni. Aku fobia dengan kereta saga biru. Aku benci. Nak pi bunuh pun berkemampuan nih.

Gambar hiasan : Google


Tapi takkan aku yang cantik ni nak merengkok dalam penjara plak kan. So, aku bunuh dalam mimpi je lah. Even masuk dalam mimpi aku pun aku tolak mentah-mentah. Jangan harap!!!

What I mean by that. Dah tau muka tu tak macam Fahrin Ahmad, sedaq-sedaq lar sikit. Hah8x!!!!!!!!

Buat jejaka yang tak berapa nak hensem di luar sana, jangan kecik hati. Aku tak mengata kat korang pun. Aku bukan tak suka lelaki yang tak berapa kacak ni. Hah3!!!

Aku pun tak lar cantik mana. Macam Maya Karin ja.

Aku benci sebab laki tu bajet bagus dengan aku. Eleh!! Ingat aku heran. Kacak sekalipun kalau bajet bagus, tengok sebelah mata pun aku tak mau. Aku just jeling-jeling lebih kurang 20 kali ja. Hik2...

Aku just anggap dia sebagai kawan ja, tak lebih daripada itu. FAHAM!!!!

Sebagai perempuan, aku kadang-kadang tau siapa yang suka aku dan siapa yang tak. Uhuk3.

Laki yang tak hensem bajet bagus dengan aku tu...haish aku benci dengan dia. Boleh dia cerita kat aku, dia tak kisah pun isteri dia nanti nak kerja ke tak. Ikut hati aku, aku nak ja cakap ' Yang hang ceqita kat sini pehal?? Aku tak mau dengaq pun cerita pasal hang ka, bini hang ka, ada aku heqan dengan semua tu.'

Tapi disebabkan aku masih mengamalkan budaya ketimuran. Hak3. Aku just buat tak dengar ja.

Kenapa aku cakap dia bajet bagus?? Erm. Meh baca lagi apa aku nak taip.

Laki tak hensem bajet bagus tu cerita pasal kemewahan hidup dia, pasal kesempurnaan tanggungjawab dia sebagai seorang abang etc. Mula-mula aku tak benci pun, sebab semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tapi, sejak adik aku balik cerita pasal dia dan apa yang terjadi kepada aku, ia membuatkan aku semakin membenci orang yang hipokrit tu. Cakap pun tak boleh dipercayai.

Selama ni, dia cakap aku terima ja bulat-bulat sebab aku fikir positif. Tapi tak bermakna rupanya.

Dia cerita pasal jam dia yang harga seribu kot tak silap aku, pasal helmet adik dia yang RM1500, pasal dia beli kereta myvi baru untuk adik dia etc.

Aku malas nak mention bebanyak. Entry ni pun dah panjang nak mampus. Tak habis lagi ni aku cerita tentang kebencian aku pada dirinya.

Macam orang lain. Aku dah maafkan, tapi untuk melupakan tak mungkin. Sekarang jumpa dia pun aku buat tak nampak ja. Sakit hati kot. Haish!

Comel kan lembu atas tu. Hik2.

Okeh. As salam.

Thursday, July 26, 2012

My Parents!!!

In The Name Of Allah.

As Salam my readers.

Today i'm feel very excited. I don't know why. But I think it also come from my parents other than I have enough sleep.

Malas aku nak speaking. Speaking pun berterabur. Haish!!!

Nak kata baru tak juga lah. 16 Julai hari tu aku TERPAKSA ke ujian saringan bagi jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi.

I already call that organization coz keputusan exam akhir tak keluar lagi. So, dia kata tak boleh. Aku potpet2 lagi kat situ. Tapi dia tetap dengan keputusannya.

So dengan patah hatinya aku bagitau mak aku, aku tak mau pi. Lagipun aku malas nak cuti sebab aku kerja kampung ja sekarang. Kah2!!! Kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Sebab petang2 aku tak makan.

Tapi sehari sebelum ujian aku telah melihat keazaman kedua ibu-bapaku. Diorang tetap nak suruh aku pergi.

So, aku bertekad. Aku pi walaupun maybe diorang akan halau aku. Cea....

Aku bergerak ke Negeri Sembilan and take that examination. Ada ka patut dia tanya...'Kenapa datang??' aku pun cakap mak aku yang suh datang.

Aku nak cakap yang semangat aku memang luntur. Kalau boleh nak goyang kaki ja kat rumah. Tapi bila tengok mak bapak aku. Haip!!! I must succeed in my life even though it start from below, below than my feet.

Aku sebenarnya tak suka jual2 ni. Tapi nama pun budak marketing. Mana bleh lari daripada jualan ni. Sekarang pun tengah menjual kat kedai nih. Macam manalah orang bleh suka jualan eh.

K lah. I hope I will succeed in my life and I hope you get it too. Amin Ya Rabbal A'lamin.



As Salam.
Selamat Berpuasa dan Selamat Rmadan Al-Mubarak. May God Bless Us.Amin.

Saturday, July 7, 2012

Gangguan Dunia

In The Name Of Allah.

As Salam.

Lama tak menjengah di sini ya. Hari ini aku tension sebab masalah semalam. Aku benci masalah berkaitan dengan dunia ni.

Kenapa mereka tak bagi aku hidup dalam dunia aku sendiri dengan aman. Aku nak coret perjalanan aku sendiri. Aku tak mau orang lain. Tapi kenapa orang lain selalu menyibuk dengan dunia aku.

Sekarang aku setuju dengan pepatah, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Sebab salah seorang tak kan mengerti apa itu 'kawan'. Haishhhh!!!!!

All this things a stupid. Lebih baik berkurung kat rumah ja senang kalau tak mau kena ganggu eh. Tapi...bila plak aku nak tabah harungi semua dugaan dan rintangan sebagai hamba Allah S.W.T..

* * *

Sekarang aku kerja kat kedai top-up sambil pergi interview dan hantar resume. Tapi tak ada reaksi lagi. Aku tak kisah. Asalkan aku masih di samping Yang Esa.

Hidupku terasa kosong tanpa Dia. Dugaan yang terjadi hanya untuk mengingati-Nya.

I don't want to stay at my hometown. I want to go out from this city and maybe also state.

Ke tempat yang aku tak mengenali sesiapa. Mungkin itu lebih baik.

Teremosional lar plak. K lah. Semoga hidup aku hari ini lebih ceria daripada hari semalam. Amin. Amin. Amin Ya Rabbal A'lamin.

As Salam.


Tuesday, May 8, 2012

Kini dan Masa Depan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sekarang dah bulan 5. Bila aku tengok balik blog aku. Aik???? Makin lama makin kosong. Tak ada sebarang taipan pun di sini ya. Why this happened to the my cutest blog? Sebab tuan blog yang cantik ini amat rajin. Apa nak jadi dengan aku ya.

Cukuplah aku berleter sampai sini.

24 ni aku dah habis praktikal. Walaupun rasa seronok plak akhir-akhir ni sebab mereka semua semakin ramah-tamah, tetapi ada tugas lain yang menunggu aku di belakang.

Terasa berat plak tetiba. Kenapalah mak bapak aku bergantung harap kat aku. Hhhaaaaahhhhhhhhhh (sambil hirup udara sejuk)....... Nak nangis plak rasa. Kih2.

Kenapa aku yang ngarot ni jadi pilihan rakyat jelata. Haishhh!!! Banyaknya tanggungjawab yang aku perlu buat. Nak buat jahat sikit pun dah teringat my family. Gi mana nih???

Erm.......... Nak buat apa lepas ni??? Tanam cili??? Hah3!!! Cili semakin mahal tau.

Aku sendiri tak tau mana hala tuju aku selepas ini. Semoga mak bapak aku tak silap memilih ya. AMIN.

Kadang-kadang aku tersasar sikit, bukan senang nak tarik balik kepala otak aku yang biul nih. Hanya dengan bantuan Tuhan-ku Yang Maha Berkuasa, Baik Hati, Pemurah dan segala-galanya membuat diriku tersedar semula daripada angan-angan yang tidak pasti.

Life Must Go On. Ya tak?? Daku masih tidak dapat mengenal pasti apa yang bakal di hadapan ku kelak. Semoga aku boleh melaluinya. AMIN.

Jom keluar rehat. Pukul 1 sudah.

As Salam.

Monday, April 23, 2012

Don't know.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Nak menaip tapi I have no idea today. So??? What should I do? Report praktikal dalam proses. Aku hanya dapat menaip benda-benda yang senang ja.

Yang susah perlulah ditinggalkan terlebih dahulu. Huk2...

Boring lar. Sejak akhir-akhir ni kerja kurang. Bukan sikit. Tapi sangat banyak. So, online lagilah selalu.

I don't know what my future it is. Hhhhaaaaahhh... After this, what I will be. Kolam?? Aku tak pasti. Macam tak sesuai.

What I need to do meh.

I want to go to toilet first. I will write again after I have any idea to write in.

Okeh. As Salam.


Tuesday, April 10, 2012

Berikan Ku Kekuatan

In The Name Of Allah.

As Salam.

* * * * *

Ya Tuhan...
Ya Rabb...
Ya Allah...

Berikanlah aku kekuatan,
Kekuatan untuk menepis cobaan,
Kekuatan untuk menepis kejahatan,
Kekuatan untuk aku terus bertahan.

Kenapa hatiku lemah,
Tika aku memerlukan kekuatan.

Kenapa hatiku lemah,
Tika aku tidak memerlukan.

Kenapa hatiku lemah,
Tika aku perlu bertahan.

Ya Allah,
Berikanlah Hamba-Mu yang lemah ini kekuatan,
Berikanlah Hamba-Mu yang lemah ini ketahanan,
Berikanlah Hamba-Mu yang lemah ini ketabahan.

Supaya aku terus bertahan,
Untuk tidak melanggar hukum sebagai hamba,
Hukum antara manusia sesama manusia.

Kuatkan aku untuk menepisnya Ya Allah.

Kuatkan aku untuk menolaknya.

Amin, amin, amin. Ya Rabbal A'lamin.


* * * * *

Lama sudah tidak aku berpuitis, tika aku tiada perasaan yang sepatutnya untuk menulis, untuk menaip, untuk mencurahkan idea...

As Salam.


Friday, March 30, 2012

PAWAGAM : Jangan Pandang-Pandang

In The Name Of Allah.

As Salam.

Memandangkan hari ini cuti, aku pun mengambil kesempatan pergi menonton wayang dengan kawanku.

Bukan apa. Boleh juga menghilangkan stress yang melanda diri.

Aku pergi tengok cerita Jangan Pandang-Pandang. Sangat best. Aku bergelak ketawa sampai tak sempat nak tarik nafas.



Rasa penat, tapi nak buat macam mana?? Dah tak boleh nak tahan gelak.

Sangat tak rugi kalau korang pergi tengok. Aku sarankan baik korang pergi. Hah3!!!

Walaupun jalan cerita dia just biasa ja, tapi adegan yang diorang selitkan dalam jalan cerita tu sangat menarik.

Overall. Best!!! Ntah berapa kali aku ulang best nih. Korang pergi tengok sendiri lah.

Wokeh! As Salam.

Wednesday, March 28, 2012

Puasa Sunatku???

In The Name Of Allah.

As Salam.

Saja mengonlinekan diri kat pejabat jap. Lagipun dok dalam bilik ni sengsorang, bukan ada orang nak ambil peduli pun. Kan2.. Hah2.. Tersedih plak ayatku ini.

Aku taip ni pun sebab kawanku sarankan. Hari ini aku puasa sunat. Saja-saja ja puasa.

Time nak solat pukul 2 petang tadi ada kakitangan FAMA bagi gula-gula. Aku apa lagi, pantang orang bagi. Aku ambil ja.

Aku lupa plak yang aku ni puasa.

Dah tinggal sikit gula-gula tu baru aku teringat aku puasa. Aku dengan berani dan cepatnya buang dalam tong sampah sambil bergelak ketawa.

Macam mana lar aku boleh lupa. Dengan time gelak masa tu, aku cari selipar tak jumpa.

Aku dengan berkaki ayam, nyah ke toilet seketika membuat apa yang patut.

Dah keluar tu, bleh sambung gelak lagi ngan kengkawan aku. And then aku cerita apa yang terjadi.

End here.

Sekarang aku kat bilik maklumat, sorang-sorang ja dalam sangkar nih. Haih!!! Sangat kasihan akan diriku yang tidak berupaya ini.

Okeh. Nak wat kerja jap. Adios.

As Salam.
 

Sunday, March 11, 2012

Sebulan Sudah!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Yo... Are you alright??? I'm just fine. Haish... Nak ngadu lah. Lama tak menaip blog. Beta rasa rindu plak.

Kejap ja dah habis daku praktikal sebulan. Cepat betul masa berlalu zaman sekarang. So, wahai manusia-manusia yang lalai serta alpa. Bangunlah kalian sebelum anda dibangunkan.

So, aku pun bangun lah. Tak tau lah tahan berapa lama ni. Haish!!! Kenapa dengan diri beta ini wahai dayang-dayang serta rakyat jelata ku sekalian.

Kenapa dunia beta begini??? Bila beta nak berubah gamaknya.

Motivasi yang terbaik adalah motivasi daripada sekeliling anda. As example is your parents, friends, environment, and all your surrounding.

Betul ka ayat BI ku ini. Ah...lantak. Asal korang faham apa yang beta titahkan ini. Just behave your self.

Ingatlah Allah SWT selalu, kerana Dia selalu mengingati anda. Kenapa tidak anda??? Pesanan untuk aku juga ya. Sebab aku pun pelupa sebab tertaksub dengan duniawi.

Insyaallah, Allah SWT akan merahmati hamba-hamba yang mengingatinya. Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal A'lamin.

As Salam

Tuesday, March 6, 2012

Gelak Banyak.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Good evening everyone. Hari ini dalam sejarah aku praktikal kat FAMA, paling banyak gelak. You know why?? Hah3... All of this because my teacher maybe.

Dok dalam bilik fail asyik gelak ja. Semua disebabkan speaking yang berterabur. Jadi, aku pun cakap yang kitaorang punya speaking ni Malaysia punya speaking.

So, kalau orang putih dengar pun tak faham. But, I will try to do my best. Hah2.

Apa yang berlaku hari ini eh??? Erm...nothing. Hanya seperti biasa. After 5pm, I go to make a duplicate key for a new home.

What can I say is... Tiada lagi penipuan di sini. Insyaallah. Mudah-mudahan.

Hari Sabtu ni nak pergi rumah kawan praktikal kat Tesco Stargate sana tu. Nak pi makan tengah hari. Hah2. Rumah sendiri jauh. So, tibai rumah orang r.

Selain itu, dapat mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah. Kih3.

That all for today. Bye-bye.

 As Salam.

Sunday, March 4, 2012

Panaskan Blog

In The Name Of Allah.

As Salam.

Dah nak dekat sebulan aku praktikal dekat FAMA Alor Setar. Macam-macam pengalaman dah ni. Tapi orang cakap pengalaman mematangkan usia. Kah2.

Sementara nak matang, pendek dulu usia aku kan.

Esok nak pindah rumah. Tak tau ok ke tak. Minta-minta ok lah noh. I have something to say, but i can't write at here. It is a secret, maybe.

Tu je lah kot. Panaskan blog ja. Esok-esok free beta taip lagi. Mula-mula panas dulu, lepas tu baru boleh pecut.

Okeh.

As Salam.


Sunday, January 8, 2012

Exam for the last 4 years.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Tak sempat nak update blog sebab musim exam sekarang ni. Untuk kali yang terakhir plak tu sebelum praktikal. Tapi cara study masih macam dulu. Malas. And I don't know why.

Masa aku exam Statistik Gunaan hari tu, dompet aku hilang. Mengapalah aku sungguh lalai. Haish!!! Aku benci dengan sikap ini. Pelupa lagi satu.

Insyaallah aku akan cuba ingat benda yang aku buat selepas ini dengan lebih baik. Huh!!!

Nothing yang menarik sebab sekarang musim exam. Study pun diselang-seli dengan cerita. So, tak stress sangat pun. And nasib baik aku ada Allah SWT sebagai tempat mengadu. Tanpa-Nya memang orang akan bunuh diri.

Sebab banyak sangat masalah kat dunia yang ntah apa-apa ni. Aku sendiri pun kadang-kadang tak kuat. Tapi, kerana Dia aku masih di sini.

Sambil aku tarik nafas... "Haaahhhhhh"

I'm alive. Today must go on,  tomorrow and also the day after tomorrow... and so on.

Bye..

As Salam.

Semoga semua umat Islam di bawah payungan dan rahmat Allah SWT Yang Maha Esa. AMIN, AMIN, AMIN, Amin Ya Rabbal A'lamin.