Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Thursday, March 17, 2011

Aku Seorang Pelanggan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku habis kelas pukul 12.00 tengah hari tadi. Balik ja daripada kelas singgah dekat mall sekejap sebab nak print slide untuk kelas nanti.

Aku plak tetiba ja nak masuk kedai lain daripada biasa sebab aku ingat menarik. Betul ke perkataan menarik tu?? Macam tak sesuai plak.

Yelah. Aku cerita daripada zaman dahulu kala dulu. Aku tak suka pergi print dekat tempat baru ni sebab aku suka dengan yang lama. Perkhidmatan nak kata bagus, tak lar sangat. Tapi, dah selesa kan.

Gambar hiasan *Aku suka gambar*

Tapi, kawan aku selalu pergi print kat baru ni and aku tak tau lah apa sebab musababnya, Keluar ja dengan dia, gi print kat situ. Kalau aku sorang, aku pergi print kat tempat lama sebab kita dah tau selok belok dia punya komputer beroperasi macam mana.

Tetapi nak dijadikan sebuah cerita yang tak berapa menarik ni. Aku tetiba ja sorang-sorang hari ni, pergi kat tempat baru sebab nak mencuba lar katakan.

Kalau tak cuba bila lagi. So, aku masuk dan print seperti aku buat kat kedai lama. Tiba-tiba keluar 9 slides untuk 1 kertas yang dibelah dua. Mesti tak faham kan??? Well... Orang bijak pandai ja boleh faham benda macam ni.

Nak bagi senang, untuk 1 helai kertas tu ada 18 slide. So, sangat kecil tetapi disebabkan kepakaran kaca mata aku ini yang tinggi. Setiap inci, setiap lubang, setiap tulisan aku nampak.

Tapi tak kan nak belajar guna macam tu. Aku nak conteng pun tak muat. So, kak kedai tu print lain. Masa ni dia tengah test print.

Malang yang berbau kertas ni, hasilnya tetap sama. Dan kali ketiga barulah jadi 1 helai kertas berjenama rendah tetapi terkenal ada 9 slide yang dijual dengan harga RM 0.10. Aku faham. Memang murah. Kalau kat kampung aku RM 0.30.


Yang beta tak puas hati di sini, kertas yang dia sendiri test tadi. Aku tekankan DIA SENDIRI TEKAN PERKATAAN 'PRINT'. Kertas tu pun diambil kira.

Maknanya aku yang kena bayar lar. Korang ingat 10 sen tu murah. Dunia sekarang, aku rasa bukan senang nak cari 10 sen tau.

Bukan aku nak berkira. Tapi, dah bukan salah kita. Dah layanan macam ni korang rasa ok ka? Cis. Tak mau dah aku gi situ!!!! Ingat comel lah tu. Huh.

Walaupun benda sekecil kuman pun, tapi hati pelanggan kena jaga. Ingat senang nak cari pelanggan. 

Pertama, mungkin tak akan pergi lagi selepas ni. 
Kedua, kena makan maki hamun pelanggan. 
Yang ketika, tak berkat.

Kalau kena kat aku, bertambah bankrap kedai. Bukan aku pergi baling bom. Tetapi, doa adalah senjata orang mukmin. Tambah-tambah plak orang yang teraniaya.

Aku doa je lah. Sapa suruh layan aku macam tu kan.




* * * * * * * Customer is a king * * * * * * *

As Salam.

Sunday, March 13, 2011

KiTa CiPTaaN-NYA

In The Name Of Allah.

As Salam.

Allah SWT Maha Besar,
Allah SWT Maha Berkuasa,
Allah SWT Penentu Segalanya,
Kita sebagai Hamba hanya mampu merancang,
Tetapi Dia jualah penentu segala perancangan.


Dia juga Yang Maha Mengetahui,
Mengetahui yang mana jalan terbaik untuk semua ciptaan-Nya.

Banyak sudah tanda yangdiberikan,
Banyak sudah amaran disampaikan,
Tetapi manusia tetap angkuh,
Tetapi manusia terus bongkak,
dan,
Manusia tetap tidak tahu akan erti kesyukuran.

Hamba-hamba-Nya masih berdiri pada tempat yang sama,
Cuma menoleh ke kiri,
Cuma menoleh ke kanan,
Cuma menoleh ke belakang,
Tetapi tiada satu pergerakan yang dimulakan.

Aku juga salah satu Hamba-Nya,
Yang kadangkala kaku dalam pergerakan,
Yang kadangkala terlupa menadah tangan tanda kesyukuran,
Yang kadangkala terlupa akan Kebesaran Yang Esa.

Tetapi peringatan sentiasa diberikan,
Sebagai tanda kasih-Nya kepada makhluk-Nya,
Agar kita sentiasa mengingati kewujudan-Nya,
Agar kita sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya.

Aku tidak mengira akan bangsa,
Aku juga tidak mengira akan agama,
Malah tidak pernah mengira akan tutur bahasa,
Cuma yang aku kira adalah sekeping hati yang biasa.

Hati yang masih tidak ternoda dengan dunia yang sangat sengsara,
Hati yang masih tiada hitamnya,
Hati yang masih mempunyai deria rasa.

Aku sebagai Hamba-Nya hanya mampu berdoa,
Berdoa agar ciptaan-Nya selamat di luar sana,
Berdoa agar ciptaan-Nya bersabar dan redha atas ketentuan-Nya.

Dan akhirnya,
Semoga mereka diberi Hidayah oleh-Nya kelak,
Agar kita sentiasa bersama,
Insyaallah,
Amin.

As Salam.

Saturday, March 12, 2011

Pagi Sabtu Hari Ini

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sebenarnya aku tak tau nak taip apa kat sini. Tapi aku rasa aku gigih dan gegeh juga nak update.

Susahnya nak taip formal word ni. Kalau tak taip macam ini, nanti masa translate aku sendiri tak tau apa yang aku taip. 

Pernah beberapa orang barat mengadu tak faham apa yang aku taip.

Nak buat macam mana eh??? Itu adalah salah satu ekspresi ketika beta menaip. Kalau tak, blog yang comel and cantik ini akan kelihatan kurang cantik dan aku tekankan.....bukan hodoh ya.

Apa yang berlaku minggu ini??? 

Hah... 

Pertama tentang lesen. You know LESEN. Orang lain dah ambil. Aku baru gegeh nak belajar. 

Hari rabu hari tu belajar bawa. Yang bagusnya, nama cikgu aku tak tanya. Kejam ke aku ni?? Tak pun. Itu maknanya aku malu. Huh.

Yang kedua, blog. Ya....... Tuan puan serta hadirin hadirat sekalian.

=>> BLOG. Sekarang sudah tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Tradewinds ini. Hoh2. Warga-warga DPP di sini kebanyakannya dah ada blog sendiri. Apa yang diorang tulis, kalau nak tau bacalah sendiri.

Setiap insan ada pandangan tersendiri. Begitu juga aku. Mesti ada juga orang yang mengumpat pasal blog aku. Ada aku kisah??? Of course lar aku kisah. 

Hati aku yang mula-mula besar masa pertama kali taip blog tahun lepas telah menjadi semakin kecil dan kecil dan terus mengecil.

Aku pun ada baca juga blog bebudak nih. Huh. Sorry to say. Ngarot!!!

Ada yang bangga dengan jawatan dia. Apa lagi yang aku baca??? Lup me lup you. Erm.. Entahlah. 

Dan malangnya lagi.

Semua ni memang sebiji macam perangai aku masa mula-mula taip blog. He2.

So tak boleh mengata lebih-lebih sebab dah kena kat batang hidung sendiri.

Siapa yang tak suka blog aku bagitau ya. Aku nak tau ja. Nak perbaiki??? Erm... maybe ambil masa yang lama kot. Sebab it's my life. So??? Why suppose me to change my life because of you. Right???

Begitulah. Cakap ja macam tu kalau anda rasa ayat itu sesuai dengan hadirin dan hadirat semua.

Aku bangun awal sebab nak buat assignment. Tapi tengoklah sekarang ni?? Cuba tengok. Tengok..... Apa yang aku buat. Astafirullahhalazim.

Aku keluar dulu lah.

Okeh. As Salam.

Nota : Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk rakyat kita di Jepun. 

Hasta la vista..

Monday, March 7, 2011

Terasa Diriku Jahat

In The Name Of Allah.

As Salam.

Roomate aku merajuk lar. Kawan-kawan aku bagitau salah aku. Tak sangka aku sangat jahat. Memang aku jahat. Tapi tak lar jahat sangat rasanya.

Maybe term nak puaskan hati semua orang bukan senang mungkin sesuai dengan kes ni. Aku betul-betul tak tau apa yang aku buat. Kawan-kawan aku cakap aku berbisik kat belakang tak panggil dia. Itu yang terasa tu.

Tapi aku sedang berbincang dengan kawan dia yang masa tu ada dekat tepi dia. Macam mana aku nak panggil sebab dia berkawan baik dengan budak tu. Mesti dia sedih kalau kami tengah mengata kawan dia.

Budak-budak ni plak salahkan aku. Aku yang buat dia terasa.

Mana aku tau yang dia  terasa pasal tu. Aku tak jangka pun. Sebab selama ni aku cakap lepas ja dengan roomate aku. Tak sangka dia terasa dengan perbuatan aku.



Aku sendiri sedih macam mana perkara ini boleh berlaku. Bengong lar aku ni. Roomate sendiri pun tak reti jaga.

Yang paling sedih. Kawan-kawan aku dah tak menjadi sahabat yang baik ketika ini. Biasa lah. Kalau kita salah, semua hilang depan mata. Yelah.....................................................................................





Aku jahat...
Aku tak minta dilahirkan begini.
Aku sendiri tak mampu kawal semuanya.
Tapi diorang cakap, tu salah aku.






Dah lar aku kalah dalam bab pujuk-memujuk ni. Tak tau lagi apa yang aku nak buat. Aku nak nangis je lah.

As Salam

Tuesday, February 22, 2011

Pulau Langkawi

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hari ini cuti, so boleh update blog sekejap. Setiap minggu ada niat untuk menaip blog. Tetapi disebabkan masa yang tidak mencukupi, terpaksa menahan seketika kemahuan ku ini.

Okeh. Selepas balik Pulau Langkawi semestinya ada gambar-gambar aku yang comel. So, aku nak upload supaya reader semua tengok. Bukan suruh tengok betapa comel dan cantiknya aku.

Tetapi aku nak suruh tengok betapa cantiknya Pulau Langkawi. Kalau orang yang dah biasa pergi tu, it's ok. Aku nak tunjuk dekat orang yang nak tengok ja.

It's start now!!!


Dataran Helang in Langkawi



 Sampingan yang indah untuk mata anda.. Ho2..Life must go on. Lalala.....





Sampingan yang kurang menarik sebab aku menghilang... 

Kraftanganku.



Ini dekat Pulau mana entah. Ada helang banyak-banyak kat sini



Ini dekat dengan airport. I don't know what the sea name is. Hoh2
Malas nak edit banyak-banyak. nanti cacat.






Scene from cable car



Tempat paling menarik in Langkawi. I like this!!!






 
Pulau Beras Basah 


Pulau Beras Basah


Dah penat aku upload. Letih. Rambang mata sebab gambar banyak sangat. Yang telah di edit telah bercampur aduk. Pening-pening.

That all for today. Maybe. Hoh2..

Nama tempat yang aku tak letak tu, aku kurang mengetahui apakah nama tempat itu. Hoh2.

Letih aku cari nama. Tapi tak jumpa. Malas dah aku.

As Salam.

Thursday, February 17, 2011

HO...HO...liday

In The Name Of Allah.

As Salam.

Heh2. Esok beta dah 29 orang rakan beta yang lain nak pergi bercuti. Bukan senang nak pergi bercuti ni. Time-time belajar ni lah nak pi makan angin pun. Kalau kat rumah mesti terperap punya.

Kami nak pergi Pulau Langkawi. Walaupun beta telah mengisytiharkan diri beta sendiri sebagai rakyat Kedah yang paling disegani pada era ini. Inilah first time beta nak pergi menjejak kaki beta ditanah yang popular dengan Mahsuri pada zaman dulu-dulu.

Nak kata excited, tak lar jugak. Sebab ada budak-budak yang tak sekepala nak pergi jugak. Tak kisah lar. Walaupun mata aku asyik nak tengok diorang ja. Hi2.

Mata aku memang tidak boleh berpaling ke arah yang lain setelah melihat sesuatu yang luar biasa dekat orang yang bergelar Melayu Islam nih. Tak pe kot kan? Aku perempuan .Hoh2. Yeyeh.....

Pergi sendiri. So, murah sikit. Siap ada tentatifnya lagi. Kalau tak, mesti semua qalit. Semuanya RM 100. Just makan and beli-belah kena lar pakai duit sendiri.



































Under-water-world mungkin tak pergi sebab tetiba ja van naik harga. Nak jimat kan. So tak payah pergi lah.

Kalau tak nak pergi 8 orang ja. Tetapi tetiba budak blok C nak pergi. So, terjun sekali lah. 

Nak pergi beli kain batik and coklat bebanyak. Hoh2.

So, marilah kita bercuti di Malaysia yang amat panas sekarang ini. Daku pun tidak tertahan. Asyik batuk-batuk ja sekarang ni.

A'ah...... Ha!!!! Jeng..............Jeng......................Jeng........................

Datuk Shah Rukh Khan nak mai Malaysia. Kot2 terserempak kan. Alangkah bahagianya hatiku ini tatkala melihat matanya dan ketika dia melihat daku yang rupawan ini dengan senyuman yang manis bak gula pasir yang mahal sekarang nih. Dengar kata nak pergi Langkawi n Melaka. 

Cis, sebut pasal Melaka ni, JELES aku.

Abang ipar aku kerja kat Jabatan Penjara Melaka kat Sungai Udang. DSRK nak gi sana. Huh!!! Aku kejelesan.

Okeh. As Salam rakyat jelata sekalian.

Saturday, February 12, 2011

Cuti Raya Cina

In The Name Of Allah.

As Salam.

Wah.. Aku tetiba rasa rindu kat blog aku. Dah lama tak mencurahkan idea-idea bernas Gred A++++ ni. Aku baru balik bercuti Raya Cina. Tak best. Tak dapat angpau. Tak dak pun orang mai ziarah rumah aku. Amat tak best. Aku dah buka pintu rumah aku luas-luas dah. Tapi masih tiada orang yang berani bertandang.

Okeh. Raya Cina aku buat apa ya. Makan, tidoq, tengok TV, jalan-jalan, dengar lagu, memasak, dan lain-lain lagi. Jap, aku gi ambil handphone. Heh2. Nak muat naik gambar..

Wait a minute ya.

Ambil masa yang agak lama bagi beta. Hu2.

 

Ini buah labu mak dan ayah aku tanam. Besar kan?? Aku dah timbang kelmarin. Beratnya 2.6 kg. Bestnya kalau tanam menjadi walaupun bukan aku yang tanamkan. Ada lagi atas pokok. 



Yang ni ambil sebab mak i nak buat lepat labu untuk anak dia yang come, cantik dan rajin makan. Sedap rasanya. Huh... Rugi sapa yang tak pernah makan.


Ni plak ketam bapak i bela. Huh2. Aku just ambil dan makan. Dah ada kan. Kesian plak kat bapak i kalau anak-anak dia tak suka makan apa yang dia bela.

So, tanpa mengecilkan lagi hati ayahanda beta. Beta tanpa sebarang keraguan. Ambil ikan, ikat, dan terus baling tangkoi masuk dalam kolam. Tidak berapa lama kemudian, mak i pergi angkat dan i just katok2 ketam tu.

Itu bukan kejam ya. Dah mati, aku katok-katok lar sebab kulit dia keras. Nanti bapak i tak boleh makan. Kan aku ni anak solehah. So, aku kupas lar sampai jari-jemari aku yang cantik dan mulus ni terluka.

Masak lemak cili padi. Puhhhh!!!! Sedap!!!! Meleleh air liur aku makan. Dah makan tak teringat plak aku nak ambil gambar. Kalau tak boleh aku bagi korang merasa sama. Aku just suruh merasa tengok-tengokkan aku punya masak lemak ja. Huh... Sedap!

Okeh. Aku nak gi mendownload cerita jap.

As Salam.

Friday, January 28, 2011

Semester 6

As Salam.

In The Name Of Allah.

Dah lama tak menaip sebab tak boleh login my dashboard sendiri. Daripada start study, sampai sekarang baru boleh login. Sekarang dah masuk semester 6. Kejap ja rasanya. Masih ingat lagi masa daku kecik-kecik dulu.

Setiap semester plak mesti kita ada masalah dengan rakan-rakan terdekat. Memang dah lumrah kehidupan. Semakin lama mengenali semakin terserlah apa yang dah sebati dengan diorang. Begitu juga dengan aku.

Aku tak nafikan. Ada sesetengah orang tak suka dengan kita. Kita sendiri tak boleh memuaskan hati semua orang. Beta benci hidup begini. Amat menyesakkan dada.

Beta percaya setiap orang ada situasi, pandangan, sikap dan apa sahaja yang berbeza. Sesetengah orang boleh terima kita dan setengah daripadanya tidak.

Beta lebih suka orang yang berterus-terang tetapi dalam keadaan yang biasa-biasa. Lebih kurang dalam situasi yang senang hati. Entah macam mana nak terang. Tetapi, ada sesetengah orang yang boleh tegur tanpa mengguriskan hati. I like that. Like me. Kih2.

So, tuan puan serta dayang-dayang, jaga perangai elok-elok ya. Jaga sikit silaturrahim yang terbina antara anda.



Kalau tak suka, saya rasa lebih baik berterus-terang. Tapi kalau anda rasa menyakitkan hati ja, baik anda diam ja ek. Kalau kita cakap, dan dia bidas balik, lepas tu rasa macam nak penampar ja muka buruk tu, baik tak payah cakap.

Dalam hal lain plak. Saya tak sabar nak keluar daripada UUM. Ah ,bukan nak mengutuk atau nak memburukkan UUM. Memang bagus dia punya undang-undang, aktiviti, dan target dia sekarang. 

Tapi daripada segi saya seorang pelajar yang tak kaya raya macam orang lain. Saya rasa amat menyeksakan. Saya rasa............................... Huh..........Fikirlah sendiri. Sebab nanti saya dipersalahkan.

Tapi kalau ada yang nak tanya pasal semua ni sebab dia rasa penting dia nak tau semua ini. Just tell me.

Lagi satu, saya ada ambil kelas Jualan Perorangan dan jual HPA produk. 



Kalau berkenan dihati atau nak jadi ahli bagitau ya. Ho2... Saya baru nak berjinak-jinak. Dengar kata barangnya bagus. So, nak cuba jugak. Meh cuba ramai-ramai.

Tu tu. As salam.

Monday, January 3, 2011

Sekolah Bermula

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hari ni dah 3 Januari 2011. Cepatnya masa berlalu. Masih teringat bulan 12 yang lepas. Hari ni budak-budak kecik dan besar dah pergi sekolah.

Termasuk anak saudara aku yang cute macam aku ni. Bapak dia hantar kat Taska Jabatan Agama Islam Melaka. Dengar kata malam tadi dah siap cuba baju sekolah dia.

Tapi malas nak bangun plak pagi tadi. Nasib baik nak gi sekolah gak. Anak buah aku ni dah lar peramah orangnya. Aku pun tak larat layan. Penat bercakap dengan dia.


Ni lah anak buah beta. Come macam beta kan. Kih2...

Dengar kata, budak-budak lain semua senyap ja dok dalam taska tu. Cuma dia ja bising. Sampaikan songkok dia pun dia jadikan bola. Ngarut ja. Aku tak tau pada tahap manakah kesabaran cikgu tu.

Aku rasa dialah budak paling bising dalam kelas tu. Nasib cikgu lah ya..

Adik-adik aku yang lain tengah tunggu keputusan. Sorang tunggu STPM. Sorang lagi tunggu SPM. yang lagi sorang baru pi sekolah pagi tadi Tingkatan 3.

Wokeh. Saya dengan hati yang baik hati dan ikhlas ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah. Semoga anda berjaya di dunia mahupun akhirat.

Lupa plak, harga sayuran naik lagi. Huh. kena buat kebun sendiri nih. Kena tanam bawang, cabai, sawi dan sewaktu dengannya banyak-banyak.

Ta ta..

As Salam.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru ->> 2011

In The Name Of Allah

As Salam.

Dah lama tak menaip entry terbaru untuk blog. Bakal CEO tersangatlah buzy. Letih. Asyik ada saja acara setiap masa. Tak sempat nak bermanja dengan blog sendiri. Ho2.

Line kat kampung amat slow. So, aku pun slow lah nak membuka laptopku untuk menaip ini semua. Tapi, ada suatu kuasa rajin ketika ini. Beta redah je lah.

Okeh. Sebenarnya beta baru habiskan program anak angkat selama seminggu. Selepas seminggu tu terus duduk dalam bas ke Melaka. Cuti-cuti Malaysia lah katakan. Seperti yang telah diperkatakan pada entry yang lepas.

Anak angkat dekat Daerah Padang Terap. Beta kena dekat Pedu. Best jugak. Dapat family sporting semuanya. Bukan buat program sangat. Just kena banci penduduk miskin tegar ja. Masa lain semua free. Bapa angkat asyik bawa pergi kenduri ja. Tak pernah lapar dok sana. Tension jugak aku. Hoh2.

Tambah-tambah plak kat Kubang Kenyeng atau pun Kenyang. Perut memang tersangat full. Asyik dijamu makan ja. Terima kasih untuk penduduk kat sana. Kat sini kami buat bantu orang kenduri kawin. Best!!!.

Melaka plak gi rumah akak sebab nak jumpa anak-anak buah yang comel macam aku masa kecik-kecik dulu. Gi mandi pantai dan jalan-jalan sana. Hah.. Coconut Shake kat Pantai Puteri amat sedap. Kalau tak salah RM2.20 satu. Sekali cuba pasti nak lagi.

Kenapa aku punya entry lain daripada tajuk nih?? Takpe2.. Orang Melayu selalu cakap Sambil Menyelam Minum Air.

Yelah. Aku ucapkan Selamat Tahun Baru =>> 2011. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu untuk kita semua. Saya doakan kita semua berjaya di dunia mahupun Akhirat di bawah Rahmat serta Hidayah-Nya. Amin.

As Salam.

Nota : Line amat lembab.. Beta amat malas menunggu untuk gambar diupload. Nanti kalo line kuat dan beta rasa rajin, beta letakkan.