Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, April 3, 2011

Aku belajar origami

In The Name Of Allah.

As Salam.

How are you today? I'm fine. Thank you. Hak2. Cuma angau ja.

Okeh, em. Apa nak diceritakan yek? Dimulakan cerita pada hari Jumaat lepas ya.

Hari Jumaat lepas, beta dan beberapa orang dayang beta pergi Jitra. Ingatkan nak tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi tak dak plak waktu tu.

So, kami tengok cerita Scream Of The Ghost. Nak kata menarik tu, entahlah. Tak dapat nak digambarkan. Memang agak menakutkan, tetapi pelakon dia tak best. Macam tak reti berlakon pun ada.

Ceh, mengata orang plak. Macam lar aku reti. Aku cakap betul-betul. Aku memang tak reti. Bukan setakat kayu. Tetapi dah tunggul kayu dah. Memang lingkup dah.

Tetapi aku pandai buat origami. Hah2. Baru belajar semalam. Dulu pernah buat masa PLKN. Tetapi, dah lupa. So, sekarnag belaja lagi.


Yang besar tu ikut tunjuk ajar cikgu. Yang atas, kecil, and comel tuh?? Heh2. Malu lar. Kih2. Beta lar yang membuatnya. Apa? Cantik macam tuan punya blog. Amin. Hak2, memang pun. Terima kasih.

Lepas tu, diorang ada buat untuk nama blok. Silap plak. Nama aku and roomate aku untuk dilekatkan di pintu. Comel and hijau macam aku.


Korang nampak tak apa yang aku nampak? Tak kan?? Okeh2. Kena padam sikit nombor tuh. Kang dijejaki plak.

Tu ja. Len kali plak update. 

Hah. Malam ni ABPBH 2011. Kih2. Ada Aizdean deh. Ho2. Nak tengok, tak boleh plak. Yelah, dalam hutan. Biasa lah kan.

As Salam.

Friday, April 1, 2011

Susahnya aku

In The Name Of Allah.

As Salam.

Baru sekarang aku terasa susah menjadi manusia. Zaman dulu-dulu, kalau susah pun rasa boleh hidup lagi.

Macam tak patut kan aku??? Astafirullahhalazim. Tolong set otak, hati, dan perasaan aku balik. Tergila sikit rasanya.

Nak kena terus bin terang ka? Aku ni susah sikit. Apa sangat lar yang susah untuk berterus-terang ni. Aku pun tak tau. Mulut aku tak kan tergerak untuk berterus terang. Dan rasanya dalam menaip sekalipun.

Kecualilah aku betul-betul nekad. Entah kenapa, rasa hati tersangat berat, lebih daripada bata. Bukan2. Itu ringan ja. Entahlah, memang amat berat ketika nak berterus-terang. Plus plak aku seorang yang pemalu. Hak2.



Aku tinggal korang dengan tanda tanya macam ni je lah. Kalo nak berterus-terang jugak, mesti air mataku akan bergenang. Tak tau kenapa. Dulu dan sekarang dah tak sama. Hati aku semakin lama semakin lembut.

Dulu sangat keras. Yang ini hanya Tuhan yang tahu. Sebab orang lain tak dapat merasa konflik dalaman aku. Hanya Dia saja.

Okeh. Aku rasa malas dah nak fikir masalah tu. Aku tinggalkan ia di sini walaupun aku tak taip pun pasal tu. Tapi aku takut.Aku takut sebab aku tak mampu.

Mak!!! Kurang kemampuan lah. Takpa2. Aku akan mencuba.

Aku tinggalkan semua di sini. (







                                                                                                                                                          )

You see. Aku tinggalkan disini.

As salam.

Thursday, March 31, 2011

Rahsia tinggal rahsia

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku rasa sangat bosan. Blog aku pun rasa sangat bosan. Otak aku rasa sangat bosan. Tak da benda nak ditaipkan. Tapi aku nak taip.

Tapi, tak boleh taip. Huh... Nanti orang tau. Tapi aku nak cerita bagi orang tau. Tapi aku tak moh.

Macam mana ni? Siapa boleh selesaikan masalah aku.




Nanti taip satu blog. Satu dunia yang tau. <= KIASAN ja tuh. Boring. Tak boleh nak meluahkan perasaan aku yang terpendam. Huk2. Siksa jiwa ragaku.

Tak pa lah. Pendam ja dalam hati selagi muat. Aku kan bakhil dengan semua yang ada. So, tak kan tak boleh perosok benda gini.

Takmoh2.. Haaaaaaaaaaahhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Jerit pun tak terasa. Can I tell you something??? Can you kept the secret???

YES!!! I can. Itu versi lidah dan mulut. Versi hati => I can't. Itu lumrah kehidupan.

Why I can't trust you. Wwhhhhhhhhhyyyyyyyyyy!!!

Okeh. Dah.. Tu dah cukup walaupun tak puas.

Farina Binti Mohamad Redzuan BAIK!!!!! Amin. Amin. Amin.

YES2... Astafirullahhalazim. Tetapi, kenapa hakikatnya tidak. Daaaaa.....

As Salam.

Wednesday, March 30, 2011

Hujan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Kat Utara ni asyik hujan ja. Pakai payung pun still basah juga. Yelah. Dah uzur kan. So, berlubang sana sini. Nanti baru nak beli lain. Kalau tak beli nanti, aku plak yang terseksa.

Susah sikit hujan-hujan nih. Dah berapa kali nak jatuh sebab kasutku licin. Alhamdullillah, setakat ni tak jatuh lagi.

Banyak baju-baju terdampai kat luar tengah tunggu sinaran matahari menerangi alam.

Tapi, nak buat macam mana. Matahari tidak dapat dilihat dengan jelas sekarang. Kat Perlis dah banjir. I still don't know, how about this place now.

Sekarang masih sibuk. Banyak sungguh agenda sekarang ni.

Tapi, Insyaallah tak lama lagi akan habis. Minta-minta tak da assignment baru.

Keh. Nak pi buka puasa jap. Eh, silap...nak pi teman. Okeh.

As Salam.

Tuesday, March 29, 2011

Sedetik Lebih

In The Name Of Allah.

As Salam.

Now... and for a long time, I felt that I fall in love with this song. Tension lar macam ini. Beta bukan boleh sangat. Kalau dah suka, terasa macam... Entah. Tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Mata berair. Hati dah hilang ke mana.

So, salah siapa sekarang. Hanya masa dapat mengubati segalanya. Huh. Susah juga jadi manusia cantik macam aku nih. Hah5. >Tolong sikit', perasa'an. <

Nak ambil video pun tak boleh. Yelah. UUM dah sekat You Tube. Ceh. Baik tak payah bagi wireless gini. Kedekut piang.

Okeh. Go2... This is the song. Lyric only :::::>

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu... memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu... memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta 
dari dirimu sayang
Barulah terasa 
Ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Dikala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ini semua salah Encik Hasnizam. Selama ni aku dengar tak terasa apa-apa pun. Aaaaaaaaaaaaaaa. Sekarang aku mula gila bayang.

Dia punya lagu, tapi bukan lagu. Minus one ka orang panggil? Ye kot eh.. Yang tu pun sedap. Sangat best.

Baru je lepas gila bayang dengan lagu jepun. Sekarang yang ni plak. Hah...........Huh............Hih.................Hoh............Heh.....................

Tahan berapa lama agaknya lagu ni dalam hati dan otakku. I need to focus now. Assignment sangat banyak. Okeh.

As Salam.

Oh.. Lagi satu. Entry bawah ni sah2 bukan beta yang letak. Tengok tuh. Tiada persamaan langsung macam entry2 lain. Berlaku pencerobohan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. So, jangan terpedaya.

Monday, March 28, 2011

Aku Hanya Seorang Hamba ALLAH....

hidup iini mmg penuh panca roba...kadang-kadang aku di atas tp kadang2 aku di bawah...bila aku berada dibawah baru aku tahu betapa sukarnya mereka yang dibawah...tapi kadang 2 aku leka pula bila berada di atas...ini lah lumrah hidup yang manusia selalu leka pada perkara sementara...CINTA!!! term yang sangat besar maknanya pada ku..aku manusia yang tak dapat lari dari semua ini...orang kata "nak pelangi kena sedia terima hujan dulu"...kini aku baru mengerti semua itu...setiap manusia ingin yang terbaik dalam hidup mereka... macam aku juga...aku nak cinta yang bahagia sehingga akhirnya..tpi sanggup ke aku terima segala dugaan.. Ya ALLAH sesunnguhnya aku hamba yang lemah...jika seuatu hari nanti ada cinta yang datang padaku...bantulah aku biarla cintaku padamu (Ya ALLAH) sesunnguhnya cinta yang abadi...dan jika memang sudah tersurat jodohku..kau temukanlah aku pada jodoh yang baik-baik...AMIN...sesunnguhnya mereka yang tidak mahu mendirikan masjid  maka Nabi S.A.W tidak mengaku umatnya...





"coretan bell shakepeer"

Best Lagu Ni

In The Name Of Allah.

As Salam.

Tak ada yang menarik pun yang terjadi kat Kedah ni. Baru ja lepas balik kampung tapi rasa macam dah lama tak balik. Sangat mengarut aku nih. Benci.

Lagi sebulan nak exam akhir. So, macam-macam nak kena buat. Nak kena habiskan assignment, habiskan midterm exam, nak kena study untuk mandarin punya oral etc.

Banyak benda nak kena buat tapi projek tak jalan lagi. Malas betul rasanya. Kenapalah aku dilahirkan dalam keadaan begini. Tengok!!! Ada ja nak menyalahkan orang lain. Padahal diri sendiri salah.

Okeh.

Tadi kelas BPCM aku ataupun...apa nama penuh dia eh. Atau dikenali sebagai IMC. Integrated Marketing Commmunication.

Tadi ada pasang beberapa jenis lagu. Tetiba buka lagu sedetik lebih. Sebenarnya dah lama aku dengar lagu ni. Biasa ja. Tak menarik sangat pun.

Tetapi, tetiba masa aku dengar pagi tadi. Ya Allah. Sangat sedap. Sangat best. Sangat menarik. Sangat tertarik. Lepas kelas tu pun asyik menyanyi dalam hati ja.

Sangat best lar. Macam jatuh cinta dengar lagu tu. Maybe audio dia bagus. Siap dia punya video tu bermekap lagi. Menarik.

Dan mungkin juga sebab peraturan indah yang dibuat oleh UUM menyekat warganya daripada masuk You Tube. Bila dah lama tak tengok video bergambar, so maybe rasa sangat tertarik.

Okeh. Nak gi makan jap.

As Salam.

Wednesday, March 23, 2011

Minggu Ini

In The Name Of Allah.

As Salam.

Apa ya yang berlaku minggu ni. Just buat assignment sampai pagi. Tak pernah aku menggila macam ni. Pergi kelas Mandarin 2 orang saja dalam satu kelas. Lecture aku cakap memang hari ini dalam sejarah. Kesian dia.

Lepas tu ambil produk jualan individu RM 150.00. Agak-agaknya balik makan sendiri juga lah. Siapa lah sanggup melabur duit akhir-akhir semester ni.

Hari selasa plak pergi meeting SIFE untuk program Keusahawanan. Kumpulan aku kena buat label and dapatkan tanda halal.

Siapa yang menang untuk SIFE ni akan dapat hadiah percutian ke mana ntah. Air Asia yang taja.


Hah!!! One the most important is... Mingtian, wo yao huixiang le. Wo hen xihuan.

Dah lama tak balik kampung. So, beta rancang lepas kelas esok terus nak balik jumpa ayam, ikan, cicak, etc kat kampung. Dah lama tak jumpa. Sangat rindu dengan diorang.

Nak balik peluk cium sekali dengan pokok nyioq. Sangat tidak dapat menyabarkan diri saya.

Nak ponteng, wo de mama tak bagi plak. So, kena pergi juga lar kelas ni. Yeh2!!!! Nak balik.

Wokeh. That all for this week.

As Salam. Don't miss me.

Monday, March 21, 2011

Cacing Itu

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sebenarnya entry ni nak post semalam. Tetapi, disebabkan aku sedang mencubakan diri aku menjadi CEO yang berjaya kelak tak dapat entry ini di postkan.

So, perasaan dah tak sama. Tapi, nak letak juga sebab aku dah siap melukis untuk post tu. Meh aku muat naik dulu.


Inilah yang aku dengan gigihnya cuba melukis dengan senjata canggih.

Semalam nak makan nasi lemak. Tapi tak buka plak. Yang dapat nasi kerabu. Aku tau yang kita harus bersyukur dengan apa yang ada.

Tetapi cacing-cacing dalam perut aku nig tak reti bersyukur langsung. Astafirullahhalazim. Sibuk nak bunuh diri sebab tak dapat nasi lemak.

Yang jadi mangsa perutku yang comel lote nih.

Pandai juga aku melukis ya. Hah3. Aku rasa menarik ja. Huh2.

K lah. Letih plak. Orang puasa memang gini. Heh2.

Wokeh. As Salam.

Love me. Hoh2

Sunday, March 20, 2011

Perubahan Negatif

In The Name Of Allah

As Salam.

Tengah menghafal Mandarin sempat lagi beta menaip untuk tatapan dayang-dayang yang sedang merindui beta. 

Entahlah. Tetapi aku rasa macam betul ja. Aku rasa macam perangai aku dah berubah lar. Kalau baik Alhamdulillah. Masalahnya ke arah...erm...alah...buruk-buruk tuh.

I don't know what happened to me? Semua orang aku nak mengata. Tak boleh duduk diam lar. Kalau tersedar pun, lepas aku mengata orang. Kalau sebelum, akulah Hamba-Nya yang paling bersyukur sebab tak sempat menyakitkan hati orang lain.

Tengok tuh. Aku sangat jahat. Dah lar nak berubah bukan perkara yang gantang. Aduh.


Ibarat peribahasa Melayu : *** Sudah jatuh ditimpa tangga *** Keluar mulut Harimau masuk mulut Buaya ***

Nak sangat berubah, tetapi tersangatlah susah. Mulut aku dah tak boleh diam dah. Nak kata tak cuba, dah cuba. Tetapi hasilnya tetap sama.

Insyaallah. Jalan untuk Hamba-Nya sentiasa terbentang luas. Orang cakap, nak dapat emas bukanlah satu perkara yang mudah. Kena tempuh pelbagai halangan dulu nak dapatkan benda yang berharga.

I will try to do the best... Semoga aku berjaya. Amin.

As Salam.

Nota : Hidup sememangnya tidak bermakna tanpa Allah SWT di sisi, hidup tidak bermakna tanpa keluarga menemani, hidup tidak seceria alam tanpa sahabat-sahabat sejati, dan hidup tidak seindah pelangi tanpa rakan karib bersatu hati.

Tulus, FMR.