Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Wednesday, November 24, 2010

15 Seksaan Di Dunia, Akhirat Jika Tinggal SOLAT Dan Kisah Benar Seksaan Kubur

In The Name Of Allah

Salam.



RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." 

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: 

"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: 
"Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

  • Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
  • Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
  • Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
  • Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
  • Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
  • Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: 

“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."

Kemudian bertanya lagi sahabat: 
"Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:

  • Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
  • Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
  • Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: 
"Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: 
"Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: 
"Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: 
"Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: 
"Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; 
"Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).


 Kisah Benar

Foto ini adalah seorang anak berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di Oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali daripada kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya. Anak itu meninggal di rumah sakit dan setelah dimandikan dimakamkan di seorang Muslim pada hari yang sama.
 
Tetapi setelah pemakaman, ayahnya merasa ragu-ragu atas diagnosa doktor. Dia ingin mengenalpasti alasan sebenarnya kematian anaknya. Kerabat dan teman-teman sangat terkejut ketika mereka melihat keadaan mayat. Dia benar-benar berbeza dalam jangka waktu 3 jam. Dia dilihat keabu-abuan seperti orang sudah tua.
 
Dengan tanda jelas daripada penyiksaan dan pemukulan yang sangat keras dan dengan tulang kaki dan tangan yang hancur serta hujung yang begitu menekan badannya.

Seluruh tubuh dan wajahnya lebam. Matanya yang terbuka menunjukkan rasa takut, sakit dan putus asa. Darah yang begitu jelas menandakan bahawa pemuda itu mendapat hukuman yang berat.

Abu-Laits berkata: 
"Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

  • Menjaga sembahyang lima waktu 
  • Banyak bersedekah 
  • Banyak membaca al-quran 

Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah) 

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah
  • Dusta 
  • Kianat 
  • Adu-adu 
  • Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)


Sumber : Facebook Note Abu Hanifah

Salam.

Aku bukan hamba Allah SWT yang terbaik,
Tetapi aku ingin menjadi yang terbaik,

'Tiada apa yang mustahil kecuali Mati'

Monday, November 22, 2010

Cuti dan Exam

In The Name Of Allah.

Salam.

Dah lama tak mengeluarkan entry baru. Dan entry hari ini adalah pasal cuti. Bestkan cuti-cuti Malaysia ni. Okeh... Saya baru dapat makluman bahawa Menteri Pendidikan Tinggi buat perubahan dekat kalendar akademik.

Cuti semester pada tahun depan dipanjangkan menjadi 3 bulan. Kalau tak, cuti 2 bulan ja. Entah kenapa perubahan ini berlaku. 9 September 2011 baru mula balik kemasukan pelajar baru.

Mesti Menteri Pendidikan Tinggi nak buat apa-apa kan. Entah lar. Kena tunggu dan lihat ja. Makluman ini semua saya ambil daripada facebook MPP UUM. Takkan diorang tipu plak.

Sekarang musim peperiksaan bagi UUM. Disebabkan banjir jadual waktu peperiksaan dilanjutkan. Nak kata seronok tu, boleh lar jugak. Tapi balik lambat sangat yang tak suka tu.

Cerita pasal periksa ni kan. Saya bukan orang yang suka belajar awal ni. Sebab susah nak ingat awal-awal ni, dah lar malas nak study. Tension jugak lar dengan kemalasan yang ada pada diri ni. Tapi sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan anak yang solehah, akan ku gagahi dan tempuhi semua halangan yang ada. Hai'yah!!! Huh!!

K lah. Saya rasa ayat entry ni amatlah formal. Saya pun tak lalu nak taip lagi. Nak termuntah tengok semua ni.

Salam.

Tuesday, October 26, 2010

Tugasan perlian FB. Hi2

In The Name Of Allah

Salam.

Hari ini angin satu badan plak. Tension r. Masalah dunia... Masalah hidup... Tinggalkan dulu yang ni.

Saya nak ceritakan pasal sesuatu yang didapati oleh saya dalam fb saya. Nak tergelak plak tengok. Orang dewasa sekarang macam budak-budak. Bergaduh ntah apa-apa ja.

Tak puas hati pun letak dalam fb. Macam diri sendiri tak pernah plak. Saya pun pernah. Tapi dulu kecik-kecik lagi. Sekarang dah dewasa. Boleh berfikir secara rasional.

Cerita dia macam ni. Pasal tugasan yang pensyarah bagi. Dalam satu kumpulan tapi ada pembahagian kumpulan plak dalam tu. Biasa lar tu kan.

Salah seorang tu tak puasa hati kata sorang tu tak buat kerja. Mulalah perli memerli dalam fb. Kenapa lah tak pergi bersemuka ja. Tak pun letak nama orang yang berkenaan. Huh. Perli ja lebih.

Tengok orangnya, saya rasa macam tak percaya dia mengepos komen sebegitu. Lain kali kita harus profesional. Ceeeeewaaaahhhhhhh. Hu2..

Saya pun ada satu kumpulan tugasan ni. Saya memang tak puas hati. Geramnya hanya Tuhan yang tahu. Selagi boleh sabar, saya sabar. Sebab saya takut, kalau saya mula kang. Persaudaraan yang terbina akan putus.

Lepas saya gaduh mana boleh sambung-sambung. Tak rock lar. Cis. Siap diorang!!!

Wokeh. Siapkan tugasan anda sebaik mungkin. Dalam masa yang sama hargai dan ambil beratlah akan  ahli kumpulan anda. Jangan berat sebelah. Kongsi pandangan sama-sama.

Kalau diorang tak ikut apa yang saya cakap ni. Baik korang duduk diam-diam. Angkat tangan, pelempang muka orang tu. Ketegaq sangat. Huh.

Salam ukhwah.

Friday, October 22, 2010

Nyanyian hati.. Wah2..

In The Name Of Allah

Salam.

Sebenarnya saya nak mengepos entry yang lain. Tetapi, tiba-tiba ja saya tergerak hati nak dengar penyanyi kegemaran saya punya lagu. Wahhhhhhhhhh... Bestnya!!! Nak nangis rasanya. Walaupun dengar berpuluh ribu kali tetap best.

Dia tak popular sangat kat Malaysia tapi orang Malaysia. Nak beta perkenalkan ke? Aizdean namanya. Tinggal kat Selayang tapi sekarang menetap di Jepun kerana nyanyian ni lah. Baru abes sarjana kejuruteraan kot, kalau tak silap. Umur 27/28 macam tu lah.

Mula-mula kenal masa dia jatuh cinta pandang pertama dekat saya hari tu kat taman sakura. Mengada!!! Ok, saya kenal dekat beautifulnara. Abang Nara plak ngaku kata kawan dia. Betol lar kot.

Tak kisah lah. Tapi sedapnya suara dia. Nak dengar pergi lar utube ya. Sebab saya guna wireless UUM, tak boleh nak access utube. Kedekut taik idung masin betol.

Lagu yang saya tengah main ni mo ichi do-one more time-. Aizdean pernah masuk surat khabar, majalah, berita TV 1, majalah 3, HMI, dan lain-lain yang saya tak tau.



Saya pernah tunjuk dekat kawan saya sebab dia buka laptop saya tengok Majalah 3 tuh. Dengan tak prihatinnya, dia cakap tak hensem. Rabun betol. Huh. Biar apa diorang kata, suara dia tetap menjadi pujaan hati dan tulang belulangku ini.

Oklah..gambar tu diorang dah edit lawa-lawa. So, ketidak henseman beliau tidak dapat dikesan dengan mata kasar anda. Cuba tengok picture saya dengan dia, ada macam pinang dibelah dua tak.

Kenapa mata saya yang berkaca mata ni tengok dah macam pinang memang belah dua dah nih. Tak pandai saya menafikannya. Kih2..Kuh2..

Nak tengok picture lain, google ja. Saya tak kisah. Tapi jangan memotong populariti saya sebagai peminat dalam hati dan jantung. Huh... Saya tak suka...

Nak cari fb pun boleh. Taip ja nama dia. Satu fb untuk peminat dan satu lagi untuk kawan. Saya layak jadi peminat ja. Tengok! Merendah dirinya saya. So, anda di luar sana, janganlah sombong di bumi yang fana ini.

Salam Ukhwah daripada saya.

Monday, October 18, 2010

Bingkisan

In The Name Of Allah

Salam.

Dah lama tak menaip untuk blog. Saya sendiri dah lupa saya ada blog. Heh2... Banyak sangat assignment yang lecture bagi last minit nih. Dah lar beta seorang yang rajin, tambah plak assignment last minit. Lagilah rajin. <- Berlawanan ya.

Hari tu saya ada tengok picture facebook cikgu saya. Dia letak gambar tsunami hari tu. Nanti saya ingat nak upload untuk informasi semua. Tsunami tu berlaku dekat daerah saya. Tapi bukan kampung saya lar. Nasib baik tak sampai kampung saya.

Sekarang nak upload gambar pun susah. Ni lah menyebabkan seseorang yang rajin macam saya menjadi pemalas untuk mengupload gambar. Tension lar nak tunggu lama-lama ni.

Tu je lah. Idea dah berterbangan dek angin kencang tadi. Owh. A'ah. Laptop pun dah gi format sebab terlalu kuat sampai tak boleh buka browser. Terbang lagi lar duit saya. So, nak kena gi belajat format sendiri ni. Kalau ada yang nak mengajar saya secara percuma dipersilakan. Jangan memalu. Biar saya sorang ja malu. Kih2....

Salam ukhwah.

Tuesday, October 12, 2010

->>> VIRUS ->>> VIRUS <<<-

In The Name Of Allah.

Salam.

Saya cuma nak bagitau laptop saya yang cute ni virus masuk. BENCI...... Ni semua gara-gara kawan saya yang tak pernah format laptop walaupun masuk virus. Ada ke patut. Geramnya urat-urat beta mengingatinya.

Hish. Termasuk laptop saya, tiga orang sekali gus telah dijangkiti oleh virus laptop paling sampah itu. Orang suruh format, dia tak mau. Nak kata tak ada duit tak plak.

Masih lagi cakap laptop dia dalam keadaan sihat bin walafiat. Ah. Banyak benda jahat menyerang dengan berpusu-pusu disegenap hati, urat-urat sarat, otak, dan hatiku ini. 

Sampaikan google crome saya pun crash. Sekarang dah tak boleh buka. Sekarang tengah membiasakan diri menggunkan Opera yang tak best ni sebab tak biasa lagi.

Nak format laptop ni pun malas dah. Baru je format bulan lepas sebab virus juga. Entah virus apa yang melanda dunia siber pada masa ini. Hish. Tak sukanya.

Macam nak pergi balas dendam ja. Orang maki pun tak jadi apa. keras kepala betol budak tu. Nasib baik saya ada setengah lagi hati yang putih. Kalau tak................................ tak boleh buat apa juga lar. Dia tak makan kemarahan, kebencian, dan makian. Dia balas balik ada lar.

Ingatkan nak bersatu hati dengan virus ni kejap. Lama-lama rosak jugak laptop ni sebab asyik format. Tambahan plak, virus gedik ni nak masuk jugak laptop nih walaupun saya tak bagi.

Oklah. Berhati-hati semua. Sekarang banyak virus pelbagai bentuk dan jenis.

Salam.

Monday, October 11, 2010

Mencegah Kemurungan

In The Name Of Allah.

Salam.

Saya sedang bersemangat nak bercerita pasal kemurungan. Tajuk ni amat popular dalam Berita Harian hari ini yang selalu ambil setiap hari Isnin dan Rabu dengan bebasnya di depan Perpustakaan. Kenapa dua hari tu saja?? Sebab hari tu ja ada kelas pagi. So, sempat lar ambil paper tu.

Selalunya 8.15 pagi dah out of stock dah. Sapa tak mau benda free. Saya pun nak.

Berbalik kepada tajuk utama. Kemurungan adalah.............. erm.........alah................pergi lah tengok Kamus Dewan tu. Kat sini tak ada stok lar. Kamus English punya ada lar.

Saya cuma nak cakap pasal cara-cara untuk menghilangkan kemurungan anda. Ini daripada pengalaman sendiri ja.

Yang pertama, telefon ibu bapa atau ahli keluarga. Kenapa mereka??? Sebab mereka orang yang paling dekat dengan kita. Dapatkan kata-kata semangat atau cerita ja perkara yang sebenar. So, dengan berkesannya dan semestinya keluarga anda akan menghiburkan anda. Hih2.

Yang kedua, keluar bersiar. Jangan pergi bersiar sorang-sorang plak. Nanti benda lain yang tidak diingini mungkin berlaku. So, keluarkan dengan kawan-kawan yang sudi menemani anda dan orang yang boleh menghiburkan hati anda.

Yang ketiga, kaunseling. Yang ni saya tak pasti sangat. Sebab saya tak suka jumpa kaunselor nih. Amat merenyahkan. Dah lar kita dalam tekanan, diorang plak nak suruh kita tunggu. Saya tak suka cara begini. Sementara nak hilangkan kemurungan semakin sakit hati ja.

Tapi kemungkinan ada keunselor yang memahami. So, ambillah langkah utama sekarang. Kalau terasa nak jumpa kaunselor, silakan.

Yang paling penting dan utama, dekatkan diri anda dengan Allah SWT. Langkah ini adalah langkah yang paling mujarab pernah saya ambil. Memang dan amat berkesan. Insyaallah. Tak payah dah nak cari ubat ke, makan ubat ke. Cara ni dah cukup kuat untuk badan anda.

Itu je kot. Urat-urat serta neuron otak saya ingat yang tu ja. Kalau ada lagi saya akan update. Insyaallah.

Salam ukhwah daripada saya.

Sunday, October 10, 2010

Makan CC

In The Name Of Allah.

Salam.

Susah betol nak log in blog. Habis idea-idea beta yang sangat bernilai ni. Time dah dapat masuk semua lupa. Taip apa yang ingat je lah ya. Hu2..hi2..

Semalam saya dan beberapa orang kawan pergi jelajah mencari Chicken Chop (CC). Daripada Tradewinds hinggalah ke Eon. Time nak makan ada ja alasan kedai-kedai ni semua. Tak buka lar. Orang banyak lar. Tension beta.

Hari tu dah pergi Tradewinds, tunggu kat situ daripada pukul 6.50 rasanya sampailah 7.40. Tetiba plak dia cakap ayam habis. Ah... Beta yang tengah kempunan hanya mampu menelan air liur yang sedap ini sahaja.

So, semalam tersampai juga hajat. Tapi nak kena makan kat Tradewinds jugak. Saya terlupa plak nak ambil gambar CC tu. Ye lah... Dah nampak CC tak ingat apa dah. Bantai je sampai habis.

Boleh tahan jugak tapi black pepper tak cukup bahan rasanya. Hah2...

Ok. Tu ja. Hari ada exam. Sempat lagi beta menaip.

Salam Ukhwah.

Friday, October 8, 2010

Universiti Tersayang.

In The Name Of Allah.

Selamat Pagi and Salam Satu Dunia.

Terbangun awal plak hari ini. Kih2... Semalam ada terfikir pasal UUM sikit. Sebab kebanyakan benda dalam ni semua nak ubah ke cara yang baru. So, ramai yang tak puas hati dan saya sendiri pun lagi-lagi dan lagi-lagi dan lagi-lagi lar tak puas hati.

Suara MPP pun saya tak dengar apa-apa. Selalu kata tengah handle dan handle dan handle. Sesi kutuk-mengutuk penuh dalam facebook dia.

Banyak benda dah ni yang dibenci oleh insan yang sopan-santun seperti saya. Yang pertama dulu pasal pembayaran yuran bas. Semester lepas rasanya. Ada ke patut yang tak naik pun kena bayar. Saya yang tak suka naik bas sebab penuh, orang ramai dekat stesen, dan lagi satu kelas dekat pun terpaksa bayar.



Sukanya hati saya sebab dengan senang hatinya mereka ambil duit orang susah macam saya nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Datang semester ni plak, dia punya restoran utama dah tukar orang. Saya mengaku lebih suka yang dulu sebab peramah, banyak pilihan makanan, dan murah. Dan SEKARANG, dah lar mahal nak mampos, pilihan sikit, nak gi beli asyik habis, dan saya tak suka tengok muka pemakan duit saya tu. 



Siap ada contoh lagi, kalau nasi + ayam tak besar 1 = RM3 , kalau campur sayur RM3.50. Agak-agak r, nasi atau sayur sikit dan banyak cas harga yang sama.

Kalau pergi dekat Kolej sendiri nasi + ayam + sayur baru RM3. Ntah apa-apa dunia sekarang. Kalau agak kemaruk dengan duit pun, agak-agak r.

Yang ni lagi tak tahan. Hari tu add/drop subjek untuk semester hadapan. Saya yang semester atas ni tengok jadual dia dah banyak kosong. Dan dengar khabar budak semester 1 tambah dahulu sebelum kami.

Yang lama punya sistem semester 10-5 add/drop dulu, kemudian semester 4 dan 3, dan akhir sekali baru semester 2 dan 1. Dan dengar khabarnya lagi sistem ni nak diterbalikkan ke belakang. Betul tak ayat ni?? Entah lah.

Dia nak mulakan daripada semester 1 sampai semester akhir. Bagi semester yang bawah-bawah memang baik. Tetapi yang atas ni, tak boleh add nak suruh extend ke???? Ah, sukanya hati beta mendengarnya.

So, saya menyeru rakyat semua yang membaca entry ini. Datanglah ke sini untuk meneruskan pengajian anda di universiti pengurusan paling terbaik!!! Kedatangan anda amat dialu-alukan.

NOTA : Takut juga saya sebab letak dalam ni. Tapi fikir-fikir balik, salah saya ka?? Ada saya kisah. Dah penuh sesi kutuk-mengutuk dalam MPP punya fb tak pe plak. Ni baru sikit. HUH!!!!!

Salam semua.

Sunday, October 3, 2010

Add Drop TERBAIK

In The Name Of Allah.

Salam.

Selamat pagi semua. Hari ni adalah entry waktu yang paling awal dalam sejarah blog ini rasanya. Hah2...

Sekarang tengah on the way tunggu pukul 8 pagi untuk buat add/drop subjek. Mesti berdebar-debar nak buat benda nih. Banyk halangan. Tengok je senang. Tapi sakit hati ja.

Sekarang dah pukul 8.00 pagi. Page masih tengah meloadingkan diri. Menyampahnya.

Tak pe lah. Kita taip untuk entry blog dahulu. Subjek kita add nanti ja. Sakit hati menunggu sebab UUM punya sistem very great in the world.


Tengok ni. Siap ada masa tangkap gambar, gi photoshop plak dan edit-edit segala. Hah...inilah yang sedang berlaku sampai 8.37 pagi sekarang ni. Dalam FB dah penuh kutuk-mengutuk sebab pengurusan yang amat berjaya nih.

Maaflah. Tak berapa cantik. Hu2... Baru berjinak-jinak.

Ini salah satu sebab UUM tidak digemari orang ramai. Termasuklah e'den nih.

Beta nak gi basuh baju dululah. Tak elok membazirkan masa. Ye dak. Kih2.

Salam ukhwah.