Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, April 10, 2011

Amarahku

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku rasa sangat menyampah dan marah nih. Mula lar nih. Dah lama aku tak rasa cenggini. Lebih daripada anak harun.

Sakit hati dah ni. Ish. Malas betul aku. FINE!!!! Dia nak start? Aku pun start jugak. Nak kata bengong ke tak? Ish tak boleh aku.

Kang kalau aku cerita, semua aku bedal. Semua salah dia. Kalau tak bedal aku rasa macam, nak jumpa pelempang lagi. Ada aku kira?? Nak start sangat.

STUPID!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Orang kata diam tak bermakna menerima. Ye tak?? "Tak pa, mungkin silap aku. Aku manusia biasa tak lepas daripada kesalahan'. Taik kucing hang. 

Dah berapa kesalahan manusia biasa. Setahun sekali tetapi benda yang berlainan tak pa gak.

Nak baca blog aku???? Baca lar. Ada aku kisah. Berdiam diri konon. Penuh wall FB dia sorang. Itu cara berdiam.

Nak berdoa pun dalam FB. Itu lar manusia zaman sekarang. Tak reti-reti hampaq sejadah. Ni berdoa kat FB. Gamak nak bagi Tuhan tengok ke orang tengok. Lepas tu boleh pandang orang lain sebelah mata. Ye dak?

Mind set macam  lain, mulut macam lain, hati pun macam lain. Aku tak faham betul manusia sekarang.

Nak tulis Fb. Tulis lah. Hah, aku taip dalam blog ni hah. Nak tersentap??? Sentap lah. Nak mula sangat. Ingat aku tak boleh nak taip dalam fb tu. Kalau aku nak dah lama aku taip.

Baik aku taip dalam blog aku. Huh. Kawan-kawan, korang dah lama kenal aku. Macam mana perangai aku?? Baik tak? Kalau ada buruk bagitau ja. Aku tak kisah. Jangan simpan-simpan.

Okeh. Aku pergi bertenang dulu.

As Salam.

Saturday, April 9, 2011

Kopek VS Dompet

In The Name Of Allah.

As Salam.

Bersama saya Farina Redzuan di sini. Bukan di radio ya. Okeh, yang tu pembuka kata. Hah2. Okeh, kawan aku tengah merekod suaranya sekarang untuk iklan Integrated Marketing Communication.

Kalau berpeluang nanti aku upload semuanya masuk ke blog aku. Just untuk tatapan anda. Gelak ketawa pun boleh. Hak2.

Tak tahan aku dengar tadi. Okeh. Fullstop. Aku buat enrty ni nak cerita pasal kejadian semasa aku pergi makan tadi.

Bukan pergi makan. Pergi beli makanan, balik makan dalam bilik. Dompet aku just dompet kecil macam pencil box yang jala2 tu. Tak tau?? Buat-buat tau jelah. Malas aku nak snap.

Aku memang pemalas nak pakai dompet2 besar ni. So, aku guna yang tu ja. Mudah, berkesan, jimat etc.

Yang pasal tengah hari tadi. Kawan aku yang Terengganu ni bawa bekas dompet dia sekali boleh masukkan handset dalam tu. Roomate aku bersahaja hari ini.

Aku yang agak pemalas tadi cakap, 'dompet aku berat lar, tolong bawak jap'. Diorang tak moh. Soh cuba pegang berat ke tak pun tak mau jugak.


Ini contoh sahaja : Bayangkan macam jala keras tanpa corak warna hitam.


Last-last sekali aku kepit tepi ketiak.  Dan aku pun berkata 'Besaq tak kopek aku'. Lepas tu aku baru perasan. So, aku gelak tanpa berhenti menyebabkan air mataku yang berharga ini mengalir.

Aku cakap dengan orang Terengganu. So, musnahlah aku di situ.

Aku cakap gitu sebab nak bagitau yang dompet aku kecil, dompet dia besar. Ceh, terkena kat aku sendiri.

Tu je lar aku nak bagitau. Hah2. Saja nak update blog. Aku boring. Keseorangan hari ini. Malam ni nak keluar buat assignment jap kat tepi blok nih. Jauhnya rasa.

Okeh. As Salam.

Friday, April 8, 2011

SIFE : Kodiang

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sorry ya. Yang bawah tu aku just testing dekat ping. Tetiba keluar dekat sini. Aku bukan tau sangat ping.fm. GengBlogger boleh tahan lagi. So, tak reti aku nak padam balik. Biar je lah kat situ.

Sekarang pengetua aku yang rajin tengah meronda-ronda paras. Huh. Dok depan bilik aku. takut aku kalau tetiba dia ketuk pintu. Dah lar sengsorang dalam bilik ni. Takpa2.

Kita update blog dulu. Petang tadi aku dan roomate aku pergi Kodiang. Untuk SIFE yang aku cerita pada entry yang lepas tu. Termasuk ni dah dua kali aku pergi.



Aku tak tau ini sawah padi sapa. Tapi, tuan punya sawah padi harus bersyukur. Popular ni. Bukan senang nak masuk world wide. Nasib baik aku yang baik hati ni tangkap gambar. Kalau tak, tak da popular gini.



Ini roomate beta. Takpa2. Tak payah stress. Beta comel lagi. Hok2. Ok2... Beta admit, dia comel lagi daripada beta. Tapi, beta lagi comel banyak daripada dia. Huk2.

Itu dia tengah menunjukkan bakat lakonan untuk bergelar seorang pelakon tambahan untuk watak dekat kantin sekolah. Maybe dia dapat. Sungguh berbakat tuh.



Ini extra edition. Saja-saja menggedik di situ. Boring sangat tengok kawan aku tak da kerja nak buat. So, suruh tangkap gambar sekeping. Heh2. Itu Kak Bah ya.



Tengok lah tu. Ca tengok. Hampa tengok lah roomate aku tu. Menikmati sungguh. Takpa2. Biarkan dia di situ.



Dah lupa gua apa tadi. Tapi kat depan rumah Kak bah ni lah.



Ni lah tempat-tempat terdekatnya. Ni tempat untuk hantar group lain. Kami kat Kodiang ja.

Itu saja. Beta rasa mengantok plak.

As Salam.

http://farinamohamadredzuan.blogspot.com/

Lagu Aizdean
testing...

Thursday, April 7, 2011

Terleka akan dunia

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku menjelma lagi. Hah2. Sangat boring selepas habis exam tadi. Entah apa dijawabnya. Takpa2. There is another way than one way.

* * *

Okeh, entry ni aku nak postkan sebab aku nak cerita yang aku ni muslim yang tak berapa baik. Aku sering kali terlupa tatacara seorang muslim. Sangat susah dengan dunia zaman sekarang.

Alhamdulillah. Disebabkan masih ada insan-insan yang sentiasa meletakkan Allah S.W.T ditempat yang tertinggi, aku tersedar kembali. Terima kasih untuk mereka.

Tadi aku buka Facebook yang tak berapa best sebab semua jenis ada dalam tu. Setiap kali masuk Fb mesti rasa tak best sebab masing-masing nak luah dalam Fb.

Aku pun boleh luahkan segalanya di sana. Tapi, aku tak tau. Kenapa aku fikirkan hati dan perasaan orang lain. Sebab tu tak pernah terlintas dalam hati aku nak letak.

Itu bukan menunjukkan aku seorang yang baik ya. Jangan anda tergoda oleh ayat itu.

Okeh. Aku suka tengok page fb nih => freeourmind. Diorang pun ada blog. So, try and see. 



Lagi satu, aku terklik Fb Wardina Safiyyah tadi. Em. Dia sangat baik.

Segala fikirannya hanya untuk Allah S.W.T.. Kan best kalau aku macam tu. Rasa sedih plak baca nota fb dia. 

Aku rasa betapa kerdilnya. Betapa jahatnya aku. Aku sentiasa terleka akan dunia yang fana ni.

Dah berhenti, nanti buat balik. Macam mana nak berubah kalau macam ni. Tak tu (tak tau) lah.

Aku doakan semoga semua Hamba-hamba yang terpilih untuk menyebar ajaran-Nya bernafas lebih lama daripada hamba-hamba Allah yang sentiasa melakukan kekhilafan.

Dengan adanya mereka, aku rasa dunia yang aku kenal lebih berada dalam dunia yang suci.

Okeh, Bye-bye.

Semoga Umat Islam sentiasa di bawah Rahmat dan Hidayah-Nya sepanjang masa dan di mana jua. Amin.

As Salam.

Lagu Aizdean

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku ada jumpa lagu Aizdean. Just ambil dekat 4shared. terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi. Hah2.

Yell-Won't Let You Go



Don't Go Away



My Hero



Yang lain anda boleh ke site 4shared ya. Anda pemalas??? Ya saya tahu. Nah linknya => aizdean

Ok lah.

Jumpa lain kali.

As Salam.

Monday, April 4, 2011

Kesalahfahaman

In The Name Of Allah.

As Salam.

Saja bagi tajuk comel sikit. Hek2. Aku tak tau lar kenapa wireless UUM ni sekarang. Kejap ada kejap tak da. Nak online pun susah.

Nak cari maklumat, nak taip-taip dekat nih... tuh... alah... kat blog nih. Tu pun susah. So, segala assignment akan tergendala sebentar disebabkan ketidaksambungan wireless ini.

Pasal tajuk tu. Hmmm. Ni lah yang beta nak ulaskan sekarang.

Sekarang dah banyak tahun berkawan. Semua orang dah bosan. Semua orang dah menyampah. Semua orang dah lain daripada yang dulu.

Gitu lah yang daku terfikir di kepala otakku setakat ini.

Dah lama berkawan, biasa lar kan. Kita lebih mengetahui segala-galanya daripada zaman dulu-dulu. Semua yang elok dah jadi tak elok.

Kalau yang lebih mendalam => Kalau kita dah mula terasa hati sedikit, semua perjalanan lain akan terganggu.

So, bila dah simpan bebanyak. Dia mula lar nak meletup macam apa ntah.

Aku lapar lar plak. Jap gi aku sambung. Sat noh.

* * *

Okeh. Air tengah rebus. Kita sambung sekejap. Sekarang pun line tak clear. Hish.

Okeh. Sementara  tunggu wireless ok. Aku pun dah kenyang. Mengarut semua ini. Okeh, kita sambung balik.

* * *

So, masa bersama-sama. Kalau kita buat apa-apa sikit. Ada orang yang terasa dan ada orang biasa-biasa ja. Gitulah peristiwanya.

Kita manusia sikap lain-lain. Bak pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada orang anggap benda tu just perkara biasa, tapi ada yang rasa luar biasa.

So, aku sendiri tak tau jalan penyelesaiannya. Korang fikirlah sendiri. Nak pergi buat kerja lain plak. Dah lar minggu ni ada midterm Mandarin dan Pemasaran Elektronik.

Takpa2. Small matter. I go first.

As Salam.

Sunday, April 3, 2011

Aku belajar origami

In The Name Of Allah.

As Salam.

How are you today? I'm fine. Thank you. Hak2. Cuma angau ja.

Okeh, em. Apa nak diceritakan yek? Dimulakan cerita pada hari Jumaat lepas ya.

Hari Jumaat lepas, beta dan beberapa orang dayang beta pergi Jitra. Ingatkan nak tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi tak dak plak waktu tu.

So, kami tengok cerita Scream Of The Ghost. Nak kata menarik tu, entahlah. Tak dapat nak digambarkan. Memang agak menakutkan, tetapi pelakon dia tak best. Macam tak reti berlakon pun ada.

Ceh, mengata orang plak. Macam lar aku reti. Aku cakap betul-betul. Aku memang tak reti. Bukan setakat kayu. Tetapi dah tunggul kayu dah. Memang lingkup dah.

Tetapi aku pandai buat origami. Hah2. Baru belajar semalam. Dulu pernah buat masa PLKN. Tetapi, dah lupa. So, sekarnag belaja lagi.


Yang besar tu ikut tunjuk ajar cikgu. Yang atas, kecil, and comel tuh?? Heh2. Malu lar. Kih2. Beta lar yang membuatnya. Apa? Cantik macam tuan punya blog. Amin. Hak2, memang pun. Terima kasih.

Lepas tu, diorang ada buat untuk nama blok. Silap plak. Nama aku and roomate aku untuk dilekatkan di pintu. Comel and hijau macam aku.


Korang nampak tak apa yang aku nampak? Tak kan?? Okeh2. Kena padam sikit nombor tuh. Kang dijejaki plak.

Tu ja. Len kali plak update. 

Hah. Malam ni ABPBH 2011. Kih2. Ada Aizdean deh. Ho2. Nak tengok, tak boleh plak. Yelah, dalam hutan. Biasa lah kan.

As Salam.

Friday, April 1, 2011

Susahnya aku

In The Name Of Allah.

As Salam.

Baru sekarang aku terasa susah menjadi manusia. Zaman dulu-dulu, kalau susah pun rasa boleh hidup lagi.

Macam tak patut kan aku??? Astafirullahhalazim. Tolong set otak, hati, dan perasaan aku balik. Tergila sikit rasanya.

Nak kena terus bin terang ka? Aku ni susah sikit. Apa sangat lar yang susah untuk berterus-terang ni. Aku pun tak tau. Mulut aku tak kan tergerak untuk berterus terang. Dan rasanya dalam menaip sekalipun.

Kecualilah aku betul-betul nekad. Entah kenapa, rasa hati tersangat berat, lebih daripada bata. Bukan2. Itu ringan ja. Entahlah, memang amat berat ketika nak berterus-terang. Plus plak aku seorang yang pemalu. Hak2.



Aku tinggal korang dengan tanda tanya macam ni je lah. Kalo nak berterus-terang jugak, mesti air mataku akan bergenang. Tak tau kenapa. Dulu dan sekarang dah tak sama. Hati aku semakin lama semakin lembut.

Dulu sangat keras. Yang ini hanya Tuhan yang tahu. Sebab orang lain tak dapat merasa konflik dalaman aku. Hanya Dia saja.

Okeh. Aku rasa malas dah nak fikir masalah tu. Aku tinggalkan ia di sini walaupun aku tak taip pun pasal tu. Tapi aku takut.Aku takut sebab aku tak mampu.

Mak!!! Kurang kemampuan lah. Takpa2. Aku akan mencuba.

Aku tinggalkan semua di sini. (







                                                                                                                                                          )

You see. Aku tinggalkan disini.

As salam.