In The Name Of Allah.
As Salam.
Aku menjelma lagi. Hah2. Sangat boring selepas habis exam tadi. Entah apa dijawabnya. Takpa2. There is another way than one way.
* * *
Okeh, entry ni aku nak postkan sebab aku nak cerita yang aku ni muslim yang tak berapa baik. Aku sering kali terlupa tatacara seorang muslim. Sangat susah dengan dunia zaman sekarang.
Alhamdulillah. Disebabkan masih ada insan-insan yang sentiasa meletakkan Allah S.W.T ditempat yang tertinggi, aku tersedar kembali. Terima kasih untuk mereka.
Tadi aku buka Facebook yang tak berapa best sebab semua jenis ada dalam tu. Setiap kali masuk Fb mesti rasa tak best sebab masing-masing nak luah dalam Fb.
Aku pun boleh luahkan segalanya di sana. Tapi, aku tak tau. Kenapa aku fikirkan hati dan perasaan orang lain. Sebab tu tak pernah terlintas dalam hati aku nak letak.
Itu bukan menunjukkan aku seorang yang baik ya. Jangan anda tergoda oleh ayat itu.
Okeh. Aku suka tengok page fb nih => freeourmind. Diorang pun ada blog. So, try and see.
Lagi satu, aku terklik Fb Wardina Safiyyah tadi. Em. Dia sangat baik.
Segala fikirannya hanya untuk Allah S.W.T.. Kan best kalau aku macam tu. Rasa sedih plak baca nota fb dia.
Aku rasa betapa kerdilnya. Betapa jahatnya aku. Aku sentiasa terleka akan dunia yang fana ni.
Dah berhenti, nanti buat balik. Macam mana nak berubah kalau macam ni. Tak tu (tak tau) lah.
Aku doakan semoga semua Hamba-hamba yang terpilih untuk menyebar ajaran-Nya bernafas lebih lama daripada hamba-hamba Allah yang sentiasa melakukan kekhilafan.
Dengan adanya mereka, aku rasa dunia yang aku kenal lebih berada dalam dunia yang suci.
Okeh, Bye-bye.
Semoga Umat Islam sentiasa di bawah Rahmat dan Hidayah-Nya sepanjang masa dan di mana jua. Amin.
As Salam.
No comments:
Post a Comment