In The Name Of Allah.
As Salam.
Saja bagi tajuk comel sikit. Hek2. Aku tak tau lar kenapa wireless UUM ni sekarang. Kejap ada kejap tak da. Nak online pun susah.
Nak cari maklumat, nak taip-taip dekat nih... tuh... alah... kat blog nih. Tu pun susah. So, segala assignment akan tergendala sebentar disebabkan ketidaksambungan wireless ini.
Pasal tajuk tu. Hmmm. Ni lah yang beta nak ulaskan sekarang.
Sekarang dah banyak tahun berkawan. Semua orang dah bosan. Semua orang dah menyampah. Semua orang dah lain daripada yang dulu.
Gitu lah yang daku terfikir di kepala otakku setakat ini.
Dah lama berkawan, biasa lar kan. Kita lebih mengetahui segala-galanya daripada zaman dulu-dulu. Semua yang elok dah jadi tak elok.
Kalau yang lebih mendalam => Kalau kita dah mula terasa hati sedikit, semua perjalanan lain akan terganggu.
So, bila dah simpan bebanyak. Dia mula lar nak meletup macam apa ntah.
Aku lapar lar plak. Jap gi aku sambung. Sat noh.
* * *
Okeh. Air tengah rebus. Kita sambung sekejap. Sekarang pun line tak clear. Hish.
Okeh. Sementara tunggu wireless ok. Aku pun dah kenyang. Mengarut semua ini. Okeh, kita sambung balik.
* * *
So, masa bersama-sama. Kalau kita buat apa-apa sikit. Ada orang yang terasa dan ada orang biasa-biasa ja. Gitulah peristiwanya.
Kita manusia sikap lain-lain. Bak pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada orang anggap benda tu just perkara biasa, tapi ada yang rasa luar biasa.
So, aku sendiri tak tau jalan penyelesaiannya. Korang fikirlah sendiri. Nak pergi buat kerja lain plak. Dah lar minggu ni ada midterm Mandarin dan Pemasaran Elektronik.
Takpa2. Small matter. I go first.
As Salam.
No comments:
Post a Comment