Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya

In The Name of Allah.

Salam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Masih belum terlambat untuk wishkan?? Hu2.. Malas nak buka dan menaip. Walaupun raya tak banyak mana, saya tetap malas nak buka. He2.

Biar lambat asal selamat. Ye dak?? Ya, saya tahu anda turut bersetuju dengan hujah saya yang amat bernas ini. Saya siap buat kad lagi. Meh tengok.



Ni khas untuk semua yang mengenali diri ini. Kalau tak kenal, Buat-buat ja kenal.




Ni khas untuk rakan-rakanku di UUM



Cute tak?? Kih2.. Budak-budak baru belajar merangkak. Tu ja kebolehan yang beta ada untuk adobe nih. Kira come lar tu ek..

Ingat nak letak dalam FB. Tapi malas plak plus sekali saya seorang yang pemalu. Hu2.. Letak dalam nih je lah. Ramai orang yang tak berapa kenal saya dalam ni. Beberapa orang ja. Tak malu lar sangat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Musim-musim cuti nih, saya sebagai seorang pelajar mesti lar bawak balik buku kan. Masih elok dan belum disentuh. Paper yang kena buat kuiz pun bawa balik sekali. Time saya bersemangat nak buat kuiz, terlupa plak username dia. Leceh betol. Sepatutnya ada, tetapi saya lupa yang laptop ni baru format. Hilang semuanya. Dia punya kertas username tak bawa balik. Berat. Hah2.

So kuiznya??? Entah lar. Dapat 0 lar nampaknya. tetapi saya masih cuba sedaya upaya menggunakan otak saya yang berselirat ini untuk mengingati kembali username tersebut. Minta-minta ingat. Amin.

Salam ukhwah.

Thursday, September 2, 2010

Chargerku punah

In The Name Of Allah.

Salam.

Terasa seperti setahun tidak mengepos entry. Heh2... Dengan sebab-sebab yang tertentu, saya dengan tidak sengaja untuk tidak menyiarkan entry selama beberapa hari.

Mesti peminat-peminatku sudah merindui taipanku ini. Hah2.

Sebabnya adalah laptop sendiri. Eh2, bukanlah. Charger laptopku. Rosak lar plak. Saya pun tak tau macam mana boleh rosak. Dia punya wayar-wayar dalam tu dah putus. Angkara siapakah agaknya ini??? Setelah difikirkan selama beberapa hari, entah lar. Saya pun tak tau.

Bateri laptop saya pun hanya boleh bertahan selama setengah jam. Dah lar tak da pengecas. Bateri pun 30 minit ja. Mengarut semua ini.

So dah balik ni, terus gi Central Square untuk beli charger. Harga dia RM 180. Kalau tak da susah. So, terpaksa lar beli. Sekarang saya amat bersemangat untuk charge laptop. He.

Cuti mid sem pun banyak gak assignment nak kena buat. Tengoklah nanti. Akan disentuh atau tidak. Hanya Tuhan yang tahu.

Buku dah bawa balik sekali, minta-minta lar saya rajin untuk menyentuhnya.

Tu je kot. Dah tak da idea plak.

Salam.

Enjoy cuti anda semua. Tapi, ingat ada benda lain yang lebih penting.

Saturday, August 28, 2010

Produk untuk dijual tahun ini.



Probac Mouthwash :

Probac ni macam listerine tapi dia berasaskan herba 100%. Bahan dia adalah pokok Streblus Asper. Kalau korang rajin boleh cari kat google. Kelebihan utama pokok ni mengubati kanser. 

So, kelebihan mouthwash ni boleh mengurangkan semua penyakit mulut. Contoh : kanser, ulser, tonsil, bau mulut daripada rokok, sakit gigi pun boleh, mulut kering dll.

Probac mouthwash ni tiada alkohol, tiada toksik, dan anti bakteria. Kalau listerine tu ada keburukan yang tersendiri. Kalau korang pernah pakai mesti tau. Walaupun best tapi dia punya kesan tu kuat sangat. Kesan jangka masa yang lama boleh memberi kesan kepada peti suara kita. Kalau tak percaya boleh test daripada sekarang.

: : > RM 9.90 sahaja (Tidak termasuk kos penghantaran)


* * *


Aura Energy Perfume :

Setiap warna mempunyai aura dan maksud yang tersendiri.




1 - Men Exclusive
-> putih : Inspired by Eternity CK
-> hijau : Inspired by Paco Rabbane Million
-> biru : Inspired by Power Flower Kenzo
-> merah : Inspired by Dunhill Desire Red



2 - Women Elegant
-> putih : Inspired by Curious Britney Spear
-> hijau : Inspired by Guest Pink
-> biru : Inspired by Insider Trussardi
-> merah : Inspired by Lancome Miracle




3 - Women Exclusive
-> putih : Inspired by 5th Avenue Night Elizabeth
-> hijau : Inspired by Cool Water Women
-> biru : Inspired by GLO De Chn
-> merah : Inspired by Be Delicious Fresh Blossom


: : > Harga sebotol : RM 7.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)
: : > Harga sekotak : RM 25.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Sekiranya anda berminat, boleh meletakkan komen anda di sini. Seterusnya kita akan berbincang. Rugi sekiranya anda tidak mencuba. He2..

Tak perlu risau kerana setiap hari saya buka blog saya.

Salam.

Dunia artis

In The Name Of Allah.

Salam. Saya muncul lagi.

Baru lepas tengok video artis, mungkin tanpa dia sedari, dia sendiri yang menghina Islam. Saya just nak kongsi kepada semua.

Kalau komen daripada otak saya ni. Ntah apa-apa ja diorang ni. Tapi biar Allah SWT yang menentukan segalanya. Saya pun masih lemah dalam bab sebegini.

Kalau anda rasa agak biadap saya meletakkan video ini, sila bagitau saya. Saya akan delete entry ini. Harap maaf.

Hanya untuk pedoman semua. Antara sedar atau tidak, kita pernah melihat mereka berkata sedemikian di kaca tv. Tetapi, mungkin masa itu kita terlalu naif untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah.




Harap semua umat Islam menitik berat akan hal ini.


Kadang kala diam lebih baik daripada bersuara.
Diam bukan bermakna kita lemah.

Waktu kosong dan Produk jualan.

In The Name Of Allah.

Salam.

Selamat pagi semua. Sekarang saya dalam mood balik kampung untuk beraya. Maknanya, mood study saya hilang ntah ke mana. 24 buka laptop. Kalau tak online pun ada je benda lain yang nak dibuat dengan laptop ni. Biasalah, buzy women katakan. Hak2.

Kalau tak online, saya selalu tengok movie, dengar lagu sambil study ckit, adobe photoshop, atau menaip apa-apa. Yang adobe photoshop tu, saya baru je berjinak-jinak. Susah jugak lar nak belajar. Daripada semester 2 sampai sekarang, sikit ja saya tau pasal photoshop ni. Tapi saya suka. Ketagih lar jugak.

Dah nak raya ni, saya tengah mencipta kad raya yang ntah papa. Lukis-lukis masjid. Saya rasa ada peningkatan sikit. Yang tutorial sekarang semua ada dalam bentuk video. Kalau ada yang dalam gambar pun, dia punya explanation tak lengkap. Kita dah lar budak baru belajar. Diorang letak macam kita expert plak.

Selain tu, aktiviti atas katil lar kan. Baring-baring sambil pejam mata. Tak pun, tengan berfikir. Hah2.. Boring plak bulan-bulan puasa ni. Buka blog, sama ja. Nak baca entry orang lain, tapi semua tak terupdate lagi. So, tak tau nak wat apa lagi.

A'ah. Semester ni saya ada masuk kelas jualan. So ada tugasan pasal jual-jual barang ni. Kitaorang ada minyak wangi aura dan probac mouthwash. 

Minyak wangi ni ada dalam botol kecil-kecil macam one-drop tu tapi kelebihannya dia ada aura. Ada warna putih, hijau, merah, dan biru. Setiap botol ada maksudnya yang tersendiri. Ada untuk lelaki dan perempuan. Dia punya bau pun best. Saya tak tipu ya.

Probac tu plak macam listerine tapi dia berasaskan herba 100%. Bahan dia adalah pokok Streblus Asper. Kalau korang rajin boleh cari kat google. Kelebihan utama pokok ni mengubati kanser. 

So, kelebihan mouthwash ni boleh mengurangkan semua penyakit mulut. Contoh : kanser, ulser, tonsil, bau mulut daripada rokok, sakit gigi pun boleh, mulut kering dll.

Probac mouthwash ni tiada alkohol, tiada toksik, dan anti bakteria. Kalau listerine tu ada keburukan yang tersendiri. Kalau korang pernah pakai mesti tau. Walaupun best tapi dia punya kesan tu kuat sangat. Kesan jangka masa yang lama boleh memberi kesan kepada peti suara kita. Kalau tak percaya boleh test daripada sekarang. He2.

Nanti saya upload gambarnya. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Harga saya akan cakap lepas upload gambar ya.

Salam.

Thursday, August 26, 2010

Letih plak.

In The Name Of Allah.

Salam.

Maaf sebab dah lama tak buat entry. Nak kata sibuk tak juga. Sebab sempat ja saya online. Agak letih beberapa hari ni, tak dak tenaga lagi sebab selalu je air hilang daripada tekakku ini. Ha2... Tambahan plak google crome saya buat hal plak. Tak boleh nak masuk blog. Nak guna mozilla plak lembap nak mampus. Gengblogger pun tak dapat masuk menyebabkan saya tidak dapat mengepingkan entry saya. So, campuran ini membuatkan saya menjadi agak malas nak menaip entry baru.

Tiba-tiba tak dak mood plak.

Aik tetiba ja ada mood. Hah2.. Kalo korang tau mesti jeles. Tetiba room-mate saya bagi KFC. Hak2.. Sedapnya. Free plak tu.

Saya selalu campur aduk ek?? Ni lar menyebabkan saya tak tau nak letak tajuk apa. Saya taip ikut suka hati kepala saya je ni. Apa yang terfikir, saya belasah ja.

Dekat UUM ni, sekarang berlangsungnya ceramah Jihad Ilmu. Saya pun tak tau sebenarnya apa isi kandungannya. Tapi, menurut kawan saya yang tak comel tu. Dia cakap sesuatu yang akan berlaku pada masa hadapan kalau kita masih berada pada tahap sekarang.

Tau tak maksud ja. Tengok daripada luar memang kita nombor satu kat Malaysia. Tapi, bila selidik. Kita nombor berapa agaknya??

Agak sensitif nak berbicara hal ini di sini. Semua dah besar, boleh fikir kot. Kalau tak boleh, buat-buat boleh. Saya pun tak tau banyak sangat sebab saya tak kena ceramah ni lagi.

Sekarang pun dah tengok. Ada buktinya. Cuma masa yang akan merungkai segalanya.

Salam.

Nasib seseorang tidak akan berubah jika beliau sendiri tidak mengubahnya.

Tuesday, August 24, 2010

Room-mate pertama

In The Name Of Allah.

Salam.

Selamat pagi Malaysia dan geng-geng blog. Hari ni tetiba teringat nak bercerita pasal room-mate2ku. Banyak kan room-mate2ku ini. He2. Saya ada berapa eh, jap nak kira. A'ah, 4 room-mate termasuk yang sekarang. Maybe tak ada cerita kot, dah tetiba teringat. So, saya nak berkongsi sikit. Mereka semua harus bersyukur kerana mereka telah dipopularkan oleh saya. Kih2.

Wokeh. Room-mate pertama saya orang Johor. Namanya Peah ( bukan nama sebenar ). Jangan marah ya kalau salah satu room-mateku yang membacanya. Sharing is caring. Ye dak??? Hu2.

First impression saya, dia macam berlagak sedikit , anak manja (pernah menangis sebab rindu kat keluarga, kih2..lawak plak), waktu tidur yang pelik, dan berusaha untuk turunkan berat badan (makan megi jugak). Tu je kot yang saya dapat ingat.

Saya dan Peah ni selalu gak bergaduh. Tak serasi lah katakan. Tapi saya berani menyatakan, Peah adalah seorang room-mate yang best. Saya tak terasa berat ketika tinggal bersamanya kecuali masa gaduh-gaduh. He2.

Peah berkawan baik dengan seorang budak daripada Johor gak, dan saya rasa saya telah terpinggir. Huk2. Sedih. Lepas tu, budak tu selalu datang bilik saya dan kami pun berkenalan. Ramai orang cakap saya berlagak. Berlagak ke?? Mana ada. Huh. Saya susah nak dekat ja, kalau dah rapat, ok lah. Masa ja yang saya perlukan.

Masa semester 2, iaitu semester akhir kami bersama. Memang gaduh teruk. Sebabnya perlu dirahsiakan. Salah siapa, maybe saya dan maybe Peah. Dua-dua salah.

Tapi yang saya tak boleh tahan sekali orang yang ganggu masa tidur saya. Sebab saya rasa masa tidur paling penting. Tak payah lah bercerita di sini.

Kes ni saya paling tak tahan. Saya tak tau nak buat apa masa tu. Amat konfius. Hanya Tuhan yang tahu masa tu. Masa kami bergaduh, salah satu harinya adalah Hari Lahir Peah. Ramai orang nak sambut. Siap kek lagi.

Saya sebagai room-mate nak buat apa???

Kalau saya tak ada kat bilik masa tu, mesti diorang cakap yang saya ni ntah apa-apa ja. Orang sambut birthday room-mate tapi saya tak dak.

Saya pun plan awal-awal untuk tidur awal malam tu sebab tu je kot cara terbaik. Saya pun buat-buatlah tidur walaupun tak. Susah betul nak berlakon. Salah seorang budak cina tu plak asyik gerak saya. Tension2. Terpaksa buat tak tau ja. Heh2.

Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Sekarang dia bahagia dengan cara dia, dan saya bahagia lar jugak dengan jalan saya. Kami pun masih berkawan baik sehingga sekarang walaupun saya rasa dia dah jauh.

Saya harap dia berjaya dalam semua hal yang dia nak dan semoga Allah SWT sentiasa bersamanya. Amin.

Salam.

P/S : Yang lain saya cerita kemudian. Terpanjang plak. Lihat cerita ini dengan pandangan mata pedoman untuk anda. Setiap perkara mematangkan kita.


Jagalah hubungan anda sesama manusia. Masa di dunia terlalu singkat untuk segalanya. 
Hargailah ia sebelum tiada. Gunakanlah masa sebaik mungkin dalam meraih keredhaan daripada-Nya.
Semoga kita kuat dalam menghadapi segalanya. Amin.

Sunday, August 22, 2010

Tak mungkin kembali

In The Name Of Allah.

Salam.

Wah tajuk. Macam gempak plak. Sori lah ye. Tak ada tajuk yang sesuai. Sesuai sikit-sikit dengan entry kira ok lar ni kan.  >_<

Kalau tak, saya tak mau pos entry hari ni sebab tak ada idea. Selepas menyelongkar satu kotak sebab nak ambil nota untuk kawan, tetiba otak saya yang pintar ni memberi satu idea. Hah2. Bukan jumpa apa-apa pun. Just gambar-gambar lama ja.

Bila tengok gambar masa muda-muda dulu nak tergelak plak. Muda tak lar muda sangat. Masa sekolah menengah. Otak macam budak-budak lagi. Kih2.

Macam ustazah saya tengok masa muda-muda. Dah lar seorang yang pemalu. Hu2. Duduk dalam kelas sopan santun ja. Bising pun tak. Heh2.

Ingatkan sama ja dari dulu sampai sekarang. Rupanya tidak. Cepat betul masa berlalu. Masa kecil-kecil dulu sibuk sangat nak membesar. Tapi dah besar, nak kecil balik plak. Apa lar.. Ni diri sendiri ya.

* * *

Akhir-akhir nak balik untuk cuti midsem ni sibuk plak. He2. Sebab banyak benda nak buat. Biasalah, cuti kena enjoy betul-betul. Tak boleh buat benda lain ni. So, ada ja nak kena habiskan sebelum balik. Sibuk sikit lah ya. Ha2. Mood pun sibuk je lalu. Tak pasal-pasal ada orang kena marah dengan saya. Kesian plak kat dia. Hi2.

Itu sahaja untuk entry kali ini.

Salam.

Saturday, August 21, 2010

Entah lar..Macam2 letak.

In The Name Of Allah.

Salam.

Walaupun tak sampai setengah bulan kita berpuasa, dah banyak orang pasang lagu raya dekat sini. Semangat betul diorang ni. Tambah-tambah jiran sebelah bilik, buka lagu sampai boleh dengar satu blok. Malu plak saya sebagai jiran. Ha2. Dah lar puasa tak penuh diorang ni, sibuk nak raya plak. Kih2.

Dekat sebelah blok ni siap pasang mercun lagi. Bestnya. Semakin bersemangat walaupun semakin meningkat umur semakin tak best ja Hari Raya. Entah kenapa?? Sebab tak dapat duit raya kot. Hu2. Siapalah nak menderma dekat saya agaknya.

Lagi satu kad raya. Walaupun sms menjadi wadah utama pada masa ini. Ceh, ayat Melayu paling mantap tuh. Ha2. Saya paling suka kad raya daripada sms. Terasa dia punya perasaan yang tidak berapa membuak ni. Masalahnya orang dekat-dekat ja bagi kad raya. Tak best langsung. Orang jauh-jauh, setahun tak jumpa bagi baru lar best. Ye tak?

Tetiba ja mengeluarkan entry ni. Tak ada idea dah saya. Otak tengah kering sebab puasa.

Dah 2 hari berturut-turut saya buka nasyid. Demam kot. Entah, tapi macam best plak dengar nasyid nih. Sebab lama tak dengar. Nasyid zaman sekarang dah tak best. Tak feel lah. Yang lama best. Menusuk ke dalam kalbu.

A'ah... Semalam saya dan beberapa orang kawan berbuka dekat...apa namanya tu...adus...r...yang jeti ke Langkawi tu...apa eh...tak ingat plak. Nanti lah kalau ingat.

Makan-makan biasa ja. Boleh tahan. Hu2.

Ok. Saya sebenarnya nak upload gambar. Tapi line lembab nak mampus sebab saya tengah download lagu Maher Zain yang sedap nih. So saya cancel je lah. Insyaallah kalau saya ingat, lain kali saya letak. Kalau tak letak bermaknanya saya tak ingat lah tu. Hu2.

Tu ja. Jumpa lagi kalau saya idea nak mengepos.

Salam.

Friday, August 20, 2010

Lagu untuk Jumaat

In The Name Of Allah.

Salam.

Selamat hari Jumaat. Disebabkan hari ini penghulu segala hari, saya nak sajikan anda dengan sebuah lagu daripada Maher Zain. Saya tau ramai yang sudah mengenalinya. Tetapi, mungkin ada yang tidak. Coverage tak cukup kuat untuk mereka ketahui, mungkin.

Pertama kali saya mengenali Maher Zain ni dalam FB. Masa tu lagu Hold My Hand. Pertama kali dengar terus jatuh cinta. Ha2. Sedap suaranya. Lagu yang saya nak kongsi ni plak pertama kali saya dengar dalam bas. Best juga telinga saya mendengarnya.

Saya tak tau nak ambil yang ada subtitle atau yang original punya. Saya letak yang ada subtitle lah ya. Sesiapa yang nak original punya, boleh masuk ke Utube sendiri. >_<





Banyak lagi koleksi lagu beliau dalam Utube. Sesiapa nak, jemput je masuk Utube tanpa segan silu ya.

By the way. Selamat berpuasa untuk hari ini.

>Sekiranya kamu rasa ujian untuk dirimu terlalu berat, ketahuilah bahawa mereka di luar sana ternyata menanggung ujian yang lebih berat daripada anda. So, jangan mengeluh. Hadapinya dengan tenang. Insyaallah, semuanya akan berakhir dengan izin Allah S.W.T.. Amin. <

May God Bless Us.

Salam.