In The Name Of Allah.
Salam.
Selamat pagi Malaysia dan geng-geng blog. Hari ni tetiba teringat nak bercerita pasal room-mate2ku. Banyak kan room-mate2ku ini. He2. Saya ada berapa eh, jap nak kira. A'ah, 4 room-mate termasuk yang sekarang. Maybe tak ada cerita kot, dah tetiba teringat. So, saya nak berkongsi sikit. Mereka semua harus bersyukur kerana mereka telah dipopularkan oleh saya. Kih2.
Wokeh. Room-mate pertama saya orang Johor. Namanya Peah ( bukan nama sebenar ). Jangan marah ya kalau salah satu room-mateku yang membacanya. Sharing is caring. Ye dak??? Hu2.
First impression saya, dia macam berlagak sedikit , anak manja (pernah menangis sebab rindu kat keluarga, kih2..lawak plak), waktu tidur yang pelik, dan berusaha untuk turunkan berat badan (makan megi jugak). Tu je kot yang saya dapat ingat.
Saya dan Peah ni selalu gak bergaduh. Tak serasi lah katakan. Tapi saya berani menyatakan, Peah adalah seorang room-mate yang best. Saya tak terasa berat ketika tinggal bersamanya kecuali masa gaduh-gaduh. He2.
Peah berkawan baik dengan seorang budak daripada Johor gak, dan saya rasa saya telah terpinggir. Huk2. Sedih. Lepas tu, budak tu selalu datang bilik saya dan kami pun berkenalan. Ramai orang cakap saya berlagak. Berlagak ke?? Mana ada. Huh. Saya susah nak dekat ja, kalau dah rapat, ok lah. Masa ja yang saya perlukan.
Masa semester 2, iaitu semester akhir kami bersama. Memang gaduh teruk. Sebabnya perlu dirahsiakan. Salah siapa, maybe saya dan maybe Peah. Dua-dua salah.
Tapi yang saya tak boleh tahan sekali orang yang ganggu masa tidur saya. Sebab saya rasa masa tidur paling penting. Tak payah lah bercerita di sini.
Kes ni saya paling tak tahan. Saya tak tau nak buat apa masa tu. Amat konfius. Hanya Tuhan yang tahu masa tu. Masa kami bergaduh, salah satu harinya adalah Hari Lahir Peah. Ramai orang nak sambut. Siap kek lagi.
Saya sebagai room-mate nak buat apa???
Kalau saya tak ada kat bilik masa tu, mesti diorang cakap yang saya ni ntah apa-apa ja. Orang sambut birthday room-mate tapi saya tak dak.
Saya pun plan awal-awal untuk tidur awal malam tu sebab tu je kot cara terbaik. Saya pun buat-buatlah tidur walaupun tak. Susah betul nak berlakon. Salah seorang budak cina tu plak asyik gerak saya. Tension2. Terpaksa buat tak tau ja. Heh2.
Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Sekarang dia bahagia dengan cara dia, dan saya bahagia lar jugak dengan jalan saya. Kami pun masih berkawan baik sehingga sekarang walaupun saya rasa dia dah jauh.
Saya harap dia berjaya dalam semua hal yang dia nak dan semoga Allah SWT sentiasa bersamanya. Amin.
Salam.
P/S : Yang lain saya cerita kemudian. Terpanjang plak. Lihat cerita ini dengan pandangan mata pedoman untuk anda. Setiap perkara mematangkan kita.
Jagalah hubungan anda sesama manusia. Masa di dunia terlalu singkat untuk segalanya.
Hargailah ia sebelum tiada. Gunakanlah masa sebaik mungkin dalam meraih keredhaan daripada-Nya.
Semoga kita kuat dalam menghadapi segalanya. Amin.
No comments:
Post a Comment