Saya minta maaf sekiranya saya selalu tukar muka blog saya. He2. Saya tengah mencari warna hijau yang paling menarik hati. Setiap kali jumpa warna hijau, saya secara automatiknya nak menukar wajah yang baru. Takdir yang menentukan segala-galanya. Hu2. Topik yang nak dikupas oleh saya pada hari ini adalah KEPERCAYAAN.
Why this topic?
Saya baru sahaja melalui satu fenomena yang tidak asing sejak zaman dahulu kala lagi. Amat susah dan susah dan susah dan betul2 susah menjadi seorang manusia. Teringat plak kata2 saya yang lepas, Tak dinamakan hidup kalau tak ada masalah. Saya...............tak tau nak kata apa lagi.
Kepercayaan adalah amat penting bagi sesorang manusia. Tak kira lah kawan ke? Lawan ke? Haiwan ke?
Semua sudut penting. Satu masalah dalam hidup saya. Saya tidak dan sesekali mempercayai orang yang pernah menipu saya pada kali pertama. Entah kenapa. Perasaan itu memang dah lama wujud. Masalahnya di sini, saya mudah kasihan pada orang itu walaupun pada hakikatnya daripada penampilan saya agak lar kurang ajar kot. Merendah dirinya. Tak lah. Saya baik sebenarnya, cuma bukan untuk sesetengah orang yang belum mengenali saya sepenuhnya. Tapi ada unsur jahat juga. Erm, tak kisahlah. Konfius deh.
Hubungan yang baik akan terbina melalui kepercayaan. So, saya ingin tekankan di sini. Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan seseorang kepada anda walaupun keluarga terdekat.
Masalah saya tak perlu dibincangkan di sini kot. Privasi agaknya. Kang ada yang nangis plak. Tapi saya agak konfius sekarang adakah kata2nya harus dipercayai.
Saya amat kasihan. Tapi pada masa yang sama tak boleh dipercayai. Konfius...Konfius... dan saya terus konfius dan terus konfius sehingga saat dan ketika ini. Tak tau yang mana jalan terbaik. Tetapi tiada masalah yang dapat diselesaikan.
Ingin bercerita,
tetapi tidak terluah dengan kata2,
Ingin mempercayai segala kata,
tetapi semua hanyalah dusta.
Lilin itu amat bercahaya,
Jagalah cahayanya sebelum hilang dimata,
Semoga kelak anda tidak berada dalam bahaya,
Walaupun ia di alam nyata.
Ntah pape pantunnya. Harap Maaf. Sastera dapat A je kot.
Eh..bukanlah.. Upgrade lagi sikit... Dapat 3B lah.
Tengok...betapa rajinnya saya berjalan pergi tengok result dalam fail yang berada dalam almari. Jauh tu. Penat saya berjalan..
Bagusnya perempuan ni...
Berkenan dihati??? Hah2..
No comments:
Post a Comment