In The Name Of Allah.
Maaf. Hari ini saya menggunakan perkataan 'aku'. Kata ganti nama juga kan. Hu2. Kadang-kadang nak taip 'saya' tapi tertaip 'aku' plak. Dah terbiasa.
Wokeh. Saya mulakan tarbiah saya hari ini.
1
2
3
Aku sedih. Aku baru balik daripada bilik salah seorang kawan rapat aku. Kenapa aku sedih? Mesti lar sedih. Benci pun ada!!! Cis. Berani betul diorang nih??
Aku pergi bilik dia nak bagi pendrive sebab dia nak lagu raya. Malangnya apa yang aku nampak. Dia makan makanan ketupat dan apa lagi ntah dengan kawan aku lagi. Agak baik juga hubungan kami.
Tapi sayang, anak harun tak ingat aku. Makan tak ajak aku. Takpe2. Aku baru nak ajak makan kek yang aku bawa sebab semalam aku suruh datang bilik aku tak sampai pun. Sesat kot.
Hah. Sabar itu separuh daripada iman. Tapi aku terasa juga. r... Aku sensitif juga orangnya. Harap anda faham. Hi2. Sedihnya. Maybe aku yang jahat kot. Sebab tu diorang tak ingat aku. Hah2.
Aku cari gambar kat google. Ni ja yang aku dapat. Macam tu lah perasaan aku. Waa... Sedih. Tapi dua ekor kucing tu tak nangis r. Marah rasanya. Eh, sekarang picture google dah baru ek. Macam best je tengok. Sorry, lari tajuk sekejap.
Ini bukan satu aduan. Ini hanyalah untuk luahan rasa dengan matlamat perasaan itu akan hilang selepas entry ini dipos. He2. Minta-minta hilang. Amin.
Sekarang nak pujuk-pujuk. Tidak ku layan pujukan mu. Blah lar. Kan terlebih sudah. Ha2. Minta maaf lar ye. Tempias sikit.
So, pembaca-pembaca semua. Jangan buat perangai macam ni ya. Nanti kawan-kawan korang sedih. Ajak-ajak ayam pun jadi lah. Tak mau ajak-ajak ayam, ajak-ajak itik pun boleh juga. Ajak-ajak angsa ke. Kan2.
Jagalah hati kawan-kawan anda. Kih2. Entah apa-apa ja kan.
Ok. Moga hari-hari esok lebih baik daripada semalam. Amin.
Salam.
No comments:
Post a Comment