In The Name Of Allah.
Ha2..Terlebih dahulu jangan terkejut. Tetiba je terasa nak letak tajuk contest. Entah kenapa?? Maybe banyak sangat contest sekarang ni kot. Gi blog ni, jumpa contest. Gi blog tu, jumpa contest.
Bukan saya nak anjurkan contest ya. Tak ada experience lagi lar. Hah2.
Ok. Hari ini first day semua orang puasa untuk tahun ni. Semua ada pengalaman masing-masing hari ini. Sama ja macam saya. Ha2. Kalo tak sama, jangan risau. Korang buat-buat je sama.
Hari ini saya balik kampung yang dekat tapi ambil masa yang terlalu lama sebab bas. Itulah punca utamanya. Malas bergerak betul bas ni. Letih saya tunggu. Penat-penat. Dah lar puasa. Dahaga air ais merah. Emm, sedapnya.
Bas penuh sangat hari ni. Tak pernah seumur hidup saya duduk atas palang tepi pemandu bas. Apa da pak cik tu. Tak patut suruh saya panjat situ. Terpaksa deh. Darah tak berjalan rasanya. Disebabkan saya yang amat sopan. Terpaksa bertahan sebab orang memang penuh nak mampus. Tension-tension.
Sampai Alor Setar, nasib baik bas gi Sungai Petani tak jalan lagi. Baru ja nak jalan. Amat bernasib baik. Alhamdulillah.
Ingatkan nak tidur dalam perjalanan ke Alor Setar atau Sungai Petani sebab semalam tidur lambat. Tapi mata tak reti-reti nak pejam plak. Kenapa ntah. Nak kata ada lelaki hensem around tu, saya rasa tak dak pun. Selain saya je yang come. Hah2.
Malangnya, sampai ja Sungai Petani. Orang kat situ cakap, bus yang perlu saya naik tu, baru ja bertolak. Kena tunggu lagi 1 jam setengah. Letih saya dibuatnya. So, gi lar menilau kat around stesen tu dulu sementara nak menunggu bas yang tak come tuh. Cuci-cuci mata jap dengan persekitaran kat situ. He2.
Masa naik bas tu. Entah kenapa saya rasa tiba-tiba bas yang saya naik tu berjalan. Tapi pemandu bas tak dak. Orang lain relax ja. Saya dah terketar dibuatnya. Bila tengok betul-betul dan dengan otak yang waras, rupa-rupanya bas sebelah uang berjalan. Mesti saya letih sangat kot. Hih2. Nasib baik tak sempat menjerit lagi. Kalau tak wat malu je.
Saat yang ditunggu, bas pun sampai...
Selepas itu, saya dengan gembira dan letihnya menyatakan. 'Aku dah sampai rumah'. Bestnya. Tetapi, tiba-tiba je rindu dengan suasana kolej. Rindu kat kengkawan pun ada. Dah gila agaknya saya ni. Tetiba ja buat pernyataan yang selama ini tak pernah dibuat oleh beta. Hah2...
Ada kengkawan saya yang sedih sebab tak dapat berpuasa first day kat rumah. Saya pun tumpang bersimpati. Siapa yang tak sedih kan. Kalau saya pun sedih. Tapi, tu lar kehidupan seorang pelajar, terpaksa berkorban sikit.
Masa kat rumah plak. Entah kenapa rasa macam dah lama puasa. Kak saya tanya nak makan kat mana. Kat depan atau dapur. Saya plak kata " ikut suka r, selalu makan kat mana?"
Kak saya jawap " mana pernah makan lagi, hari ni baru start posa". Tetiba saya kembali ke dunia nyata. Entah kenapa hari ni. Mesti betul-betul letih. Kuang3.
Itu je kot pengalaman saya hari ini.
Sebelum tu saya nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan semoga amalan kita bertambah baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Amin.
Yang tengah bersedih sebab tak dapat berpuasa dengan keluarga, kuatkan semangat anda. Apapun, Allah SWT sentiasa bersama hamba-hamba-Nya. Sentiasalah berdoa kepada-Nya agar kita kuat untuk menempuh segalanya.
Itu saja tarbiah saya hari ini. Jumpa lagi pada lembaran yang lain.
Salam.
No comments:
Post a Comment