In The Name of Allah.
Salam.
Nak update tiap-tiap hari, tak tau plak nak letak entry apa. Ada idea tetapi kena letak gambar plak. Nak upload gambar tu pun satu masalah. Tension saya menguploadkannya. Dah 2 kali nak buat entry.
Tapi disebabkan line yang kuat sehingga menyebabkan gambar tidak boleh diupload membuatkan saya membatalkan hasrat. Hi2. Faham tak??? Kadang-kadang sesetengah orang tak faham yang kita selalu mengalihkan bahasa. Nak tergelak plak bila diorang buat muka blur. Ha2.
Ok. Maknanya line ciput. Tak laju. Menyampah je. Sabar je lah.
Dah tak tau nak letak entry apa, saya akan membacakan berita hari ini. Hua2.
Hari ini Ustazah Farina ingin menerangkan sesuatu yang benar, sah, pasti dll.
Sekarang banyak cerita pasal buang anak, anak luar nikah, orang Islam hina Islam, bangsa lain hina Islam. Lagi apa ek?? A'ah. Kes tetak-tetak, bunuh, asid dll. Em. Saya tak tau nak jadi apa dengan Malaysia sekarang. Nak kata tak Islam, Islam orang Melayu kita ni. Sayangnya iman terlalu nipis.
Kadang-kadang saya sendiri pun takut duduk kat negara sendiri. Takut sekiranya bangsa-bangsa kat Malaysia ni berbalah lagi. Sekarang pun kerajaan dan pembangkang tengah berbalah. Kata demokrasi. Sepatutnya bertolak-ansur. Apa nak jadi nih??? Harap-harap tak lah ye.
Negara kita kekurangan sesuatu yang amat bernilai dari sedi akidah. Ustazah tak dapat nak kupas ya. Hu2. Tak bertauliah lagi.
Harap sangat semua ni akan beransur hilang kelak. Semoga mereka mendapat hidayah daripada ALLAH SWT. Amin.
Dah tak ada apa yang nak dibincangkan kot. Bersua lagi nanti. Insyaallah.
Salam.
No comments:
Post a Comment