Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Friday, July 30, 2010

Jualan!

In The Name Of ALLAH.


Semalam ada kelas jualan. So kena lar menjual2 barang ni. Ni yang aku tak suka ni. Bab2 nak mempengaruh pembeli ni susah sikit, sebab aku pun tak suka beli dekat orang yang jual barang kat aku. Aku tak berkeyakinan langsung nak buat semua ni. Boring3!!!

Ah... Benci aku. Kenapa aku????  Tak suka!!!  T.A.K S.U.K.A...

Kawan sekelas yang lain dah mula jual secara langsung dah. Aku pun tak tau laku ke tak.. Entah deh..

Tak bersemangatnya aku memikirkan semua ni.
Tak bersemangatnya aku memikirkan kelas ni.

Zenmeyang???

Macam mana nak semangat?
Macam mana nak yakinkan diri sendiri???
How????

Nak taip pun dah tak ada semangat. What should i do???

Aku tau, macam mana sekali pun aku terpaksa buat semua ni.. Tak suka..
Aku tak suka... TOLONG>>HELP>>

Aku akan cuba mencari semangat itu,
Aku akan cuba mencari apa yang hilang disebalik diriku,
Aku akan cuba..............

Sudah!!!
Biar masa menentukan segalanya.

Ok.. Salam ukhwah.
Semoga Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini. 

Thursday, July 29, 2010

Mimpi Hanya Mimpi, Nyata Yang Realiti.

In The Name Of Allah.

Realiti tidak seindah mimpi,
Mimpi yang senantiasa memenuhi impian insan,
Mimpi yang senantiasa membahagiakan,
Mimpi yang tidak pernah menyakitkan.                   

Tetapi,
Mimpi hanyalah mimpi,
Dan,
Nyata yang lebih pasti,
Walau ia tidak seindah mimpi.

Tetapi nyata amat membahagiakan,
Nyata ketika rasa merangsang jiwa,
Nyata ketika mata melihat segala,
Nyata ketika minda memikirkan Dia,
Nyata ketika aku merasai Esa,
dan
Ketika deria mula berbicara.



Andai aku bisa berkata-kata,
Andai aku bisa mengapainya,
Andai aku bisa merebutnya,
Pasti mimpi akan menjadi nyata,
Pasti mimpi lebih indah daripada biasa.

Tetapi aku hanya insan yang hina,
Yang tidak mempunyai kuasa menentukan segalanya,
Hanya kepada Dia aku meminta,
Agar nyataku tidak sia-sia


Dan kini aku lebih pasti,
Pasti dalam memilih sesuatu yang dapat dirasa,
Pasti dalam memilih sesuatu yang bermakna,
Dan kini,
Aku akan kembali kepada dunia yang lebih nyata,
Yang pasti berlaku dengan setiap kehendak Yang Esa.



Moga aku dan kita semua dalam kalangan nyata yang lebih bermakna.

Amin.

Sunday, July 25, 2010

Senior?

Salam.

In The Name Of Allah.

Hari ini aku nak menyatakan perasaan tidak puas hati dengan kak senior ni. Kurang asam betul. Aku tau lar dia senior. Tak payah lar layan kami macam tu. Ingat dia bagus sangat. Kalo tak nak satu kumpulan dengan kami bagitau lar awal-awal. Jangan plak buat muka macam nenek kebayan perasan lawa. Cantik xpe gak. Tapi in fact aku lagi cantik.

Geram betul aku. Kelas akan datang, aku akan cari group aku sendiri. Jangan sesekali pandang rendah pada junior. Walaupun kami terlalu mentah tentang semua ni. Kami mempunyai kekuatan yang tersendiri. Insyaallah aku akan buktikan, terutama kepada nenek-nenek tu. Siap dengan aku!!!

Walau macam mana senior pun pelajar dekat luar sana, tolong lar hormat junior walaupun korang rasa junior tu kurang pandai daripada korang. Junior pun ada hati dan perasaan.

Hish. Aku nak kata macam-macam lar ni. Astafirullahhalazim.

Insyaallah, setiap perbuatan ada pembalasan. Setiap peristiwa ada hikmahnya. Akan aku cari apa hikmahnya. Tetapi ia sebuah pengalaman berharga untuk aku. Insyaallah.

Salam ukhwah. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa. Semoga anda sentiasa di bawah lindungan Maha Pencipta. Amin.

Surat Wasiat Dari Penjaga Makam Nabi Muhammad SAW

pastu fowardkn plz.....
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.


2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.


3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.


4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.


5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.


6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.


7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. Setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang. 



Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. Dimana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH. PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLAH. 


Kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. InsyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT

Saturday, July 24, 2010

My Friend

In The Name Of Allah

Semakin lama aku semakin benci kepada seseorang. Aku tahu semua insan tidak sempurna. Tapi tidakkah mereka pernah terfikir akan sesuatu. Aku tetap insan biasa. Yang terasa ketika diguris. Yang akan kesakitan apabila disakiti. Yang akan sedih ketika dipinggirkan.

Betulkah kata orang yang penduduk dari negeri * ini akan melupakan seorang kawan setelah mereka mempunyai kawan daripada negeri yang sama? Mula-mula aku sendiri ragu-ragu dengan kenyataan yang dinyatakan oleh salah seorang daripada bekas room-mate aku.

Tapi tak kusangka. Kenyataan ini adalah benar. Aku sendiri mengalaminya dan aku cuba untuk menjauhi perasaan aku ini. Tetapi entah kenapa perasaan itu semakin kuat setelah hari semakin dewasa. Aku sendiri tidak mampu untuk melawannya lagi. Semakin hari, aku juga semakin terasa. Tidak ku sangka akan melalui saat yang sebegini.

Sekarang aku juga berharap aku tidak pernah mengenalinya. Aku rasa aku mementingkan diri lar..

Kenapa aku guna ayat sastera plak ni??

Aku tak kisahlah.perkara begini berlaku pada ketika ini. Aku harus bersiap sedia untuk meneruskan kehidupan seorang diri.

Aku bukan hidup kerana dia.

Aku boleh hidup tanpa dia.

Dia tidak bermakna untuk aku.->tapi aku rasa agak bermakna.

Aku rasa statement aku ni menjurus kearah kejahatan. Tapi dia kawan aku. Tetapi secara ikhlasnya daripada hati aku yang tak seberapa nak suci ni. Aku malas nak jumpa dia. Aku tak suka tengok muka dia. Kenapa dia? Kenapa???

Sekarang aku rasa aku sedang menjauhi dia. Buat apa sekiranya aku berkawan dengan seseorang yang mengguris perasaan aku sebagai seorang kawan. Ini bukan sifat seorang kawan!!!



Aku akan cuba untuk meneruskan hidup tanpa dia disisi aku. Tetapi ini tidak bermakna aku akan memutuskan hubungan yang terbina selama ini. Dia  masih slah seorang kawan yang terbaik bagi aku. Aku tak tipu statement ni, tulus daripada hati aku. Semoga dia bahagia dengan caranya dan aku bahagia dengan caraku.

Salam.

Friday, July 23, 2010

Today is 'Jumaat'

In The Name Of Allah.

Hari ini ada gotong royong perdana. So satu U ni kena bergotong n royong apa yang patut. Aku punya gotong royong macam biasa ja. Tak boleh bersenam lama2. Kang lemak2 yang terkumpul hilang plak.. sayang 2. Bukan senang aku nak mengumpul lemak2 ni.. Cis, yang sebenarnya nak kurangkan tapi semua cara dan langkah2 yang tak seberapa inisiatif tidak berkesan. Entah di mana silapnya. Khi2..

Aku masih kat Sintok ni. Rancangan nak balik telah dibatalkan sebab mak aku tak ada plak. Go to Melaka. So, balik pun nak wat apa + keja banyak plak. Kenalah terperap kat sini. Boring. Tak menarik. Tak best.

Sedihnya diriku. Masih tak dapat balik rumah. Terpaksa tunggu hari raya.


Beta berundur terlebih dahulu. Salam.

Tuesday, July 20, 2010

Suasana Hari Ini


In The Name Of Allah.

Menaip lagi ek?? Nak buat macam mana, dah sampai seru untuk aku menaip for this blog. Ha2...

Hari ni cuaca cerah sangat. Best plak aku tengok but very hot today. Aku nak pergi beli nasi pun malas, tapi dah siap makan dah. Panas sangat. Tak tahan aku di buatnya. Seru untuk aku study tak datang lagi. Aku tak tau lar. Ntah2 tersangkut dekat mana2 kot. Tak sampai lagi ni. Macam mana pointer nak meningkat kalau aku tiap2 hari begini?? Ish2.

Malam kang ada kelas Mandarin plak. Jadual padat betul. Kih2... Sebut tentang jadual aku teringat sesuatu. Kalau takde aral melintang, aku nak balik rumah hari Khamis ni. Bestnya. Hanya Tuhan yang tahu. Walaupun dekat, tapi aku rasa jauh ja rumah aku. Macam luar negara plak aku duduk. Macam2 warna kulit dan bangsa yang ada kat sini. Tambahan plak bas yang nak pergi Alor Setar, tunggu sampai ajal ja aku tengok bus tu. Lambat macam siput. Yelar, memang lambat asal selamat. Perjalanan 2 jam nak balik ke rumah aku, jadi 5 jam kalau naik bas tu. Ni yang aku tak suka. Tapi, rumah dan keluarga punya pasal, bak kata orang bercinta... Lautan api sanggup kurenangi... inikan plak bus yang tak larat jalan dan tunggu masa nak pencen  tu.

Ha... Balik pasal cuaca yang aku cakap best tadi. Aku siap ambil gambar lagi. Tapi daripada celah2 tingkap bilik aku jelah. Nanti aku keluar tangkap gambar depan bilik, diorang kata aku tak tau hala plak kan. Entah diorang nampak aku tangkap gambar entah tak. Almaklumlah bilik betul2 tepi Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Seberang PKP tu plak ada EXPO. Dan itulah dia, aku lar mangsa EXPO tu. Saja nak perabih duit PT aku lar tu..

Inilah picturenya...


Suasana tepi tingkap... >PKP







Comenya gambar2 ni. Pandai betul orang yang menangkapnya.


  J J J


Salam.

Monday, July 19, 2010

Engkau sahabat

Sahabat
Tahukah engkau betapa merana hatiku,
Tika kau berpaling wajah daripada melihatku,
Tika engkau melihatku asing bagimu,
Tika kau seperti tidak mengenaliku.

Aku masih tidak mengerti salahku,
Andai aku bisa bertanya,
Andai aku kuat untuk berkata-kata,
Aku akan lontar segalanya,
Tetapi,
Hanya hatiku yang berbisik cuma.

Aku tahu,
Aku dan engkau tidak serapat isi dengan kuku,
Aku dan engkau tidak seperti kumbang dengan bunganya,
Tetapi senyumanmu amat bermakna buatku,
Bermakna untuk hatiku,
Menenangkan hati dikala gundahku.

Andai aku tersilap kata,
Andai aku tersilap bicara,
Andai aku terlepas kata,
Maafkanlah aku seadanya,
Kerana ini khilaf seorang hamba yang hina.

Sahabat,

Dan buatmu,
Aku maafkan segalanya,
Sama ada engkau sedar atau tidak,
Kerana engkau lebih bermakna daripada segalanya.

Sahabat,

Sekiranya semua ini dugaan yang Esa,
Aku terima dengan redhanya,
Semoga terdapat hikmah disebalik segala ketentuannya.

Semoga kita dapat menongkah arus hitam bersama,
Dalam menuju dunia akhirat yang pasti akan kehadirannya.

Amin.

p/s : Ikhlas daripada lubuk hatiku untuk insan yang bergelar sahabat.

Sunday, July 18, 2010

Jari kakiku!!!



In The Name Of Allah.

Salam ukhwah semua.

Aku dengan sedihnya nak menceritakan kepedihan jari kakiku. Sakitnya... Tadi pagi aku sihat walafiat ja. Tapi lepas duduk atas bangku dalam kelas hari ini, aku dengan gatalnya telah meletakkan kakiku dekat bangku depan. Malangnya aku tak perasan ada orang nak duduk dekat bangku tu. Aku plak terlupa kaki aku letak situ. Dia dengan senangnya duduk atas bangku tu and kakiku terkepit. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Aku plak entah kenapa hari ni, bleh plak aku g tarik kaki aku tu. Astafirullahhalazim... so keluarlah kulit jari kaki aku. Pedihnya... Entah kenapa aku tak suruh je budak tu yang bangun. Apalah punya haprak aku ni. Kenapa aku tidak terfikir penyelesaian yang terbaik tu. So, aku pergi mana2 kena lar jalan slow2. Aku ngeri takut ada orang pijak kaki aku.

Lepas tu malam ni plak. Yang ni lagi pedih. Bekas jari kaki aku yang keluar kulit tu tersangkut plak dengan tikar yang aku hamparkan dalam bilik. Ya Allah. Pedih5!!!!!

Lepas tu baru lar aku gegeh letak minyak gamat. Kot2 esok boleh lega terus. Hi2. Aku tak kira. Jari kaki aku pedih!! Nak gunting juraian kulit tu takut plak, sebab gunting aku tak makan nasi lagi. Lebih baik aku biarkan sahaja. Biar aku tanggung sendiri.. waa... Nak balik... Dekat rumah boleh juga mak aku risau2. Kat sini semua wat hal sendiri. Sedih betul. Takpe2.. Takdir.. Aku nak letak minyak banyak2.. Nanti cepat baik..kan2...

Saturday, July 17, 2010

Hadapi Ia



Sahabatku…

seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
agar kau boleh menghindar darinya

Sahabat...

seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
ia pasti akan menemuimu
dalam sebuah lembaran kehidupanmu

Sahabatku...

alangkah indahnya bila kau temui ia dengan
 dada yang lapang
persilakan ia masuk dalam 
bersihnya rumah hatimu
dan menggilapnya dengan 
lantai nuranimu
hadapi ia dengan 
senyuman seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati 
hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit 
penganan keteguhan iman

Sahabat...

dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi 
jiwa yang tegar
dalam semua kekalutan keadaan
dan kau pun akan 
mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan

dan yakinlah sahabat...

kau pun akan 
semakin mampu bertahan
kala badai cubaan itu menghentam
jangan kau menghindar wahai sahabat....
kerana 
Allah menemanimu
di sepanjang langkah usahamu...


www.iluvislam.com
oleh : Pujangga Sepi
editor : sakura_abyad303

Monday, July 12, 2010

Kakakku pindah


In The Name Of Allah.

My sis nak pindah plak. Dia pindah tak apa bagiku, tapi napa bawa anak dia sekali. Tak sukanya aku. Sekarang dekat, tapi nak berjauhan plak. Daripada utara ke selatan. Amat jauh. Mesti aku akan rindu anak-menakan aku. Tiada lagi gelak tawa yang sentiasa menghiasi istanaku. Nak ke sana, bertuah plak aku nak gi. Jauh nak mampus. 

I hope after this, diorang boleh bina kehidupan baru yang lebih bahagia. Kalo tak, aku takkan lepaskan orang yang bernama lelaki tu. Aku buang dalam longkang. Cis..

Balik sini pun mesti masa hari raya ja. Setiap hari menjadi setahun sekali. L L L ß Kartun ni tak comel pun.

Yang ni cute...hu2



Takpe lah. Bak pepatah kata, setiap kejadian ada hikmahnya. Maybe, ini yang terbaik. Best juga ada sis yang tinggal jauh. Boleh pergi jalan2 dengan my aeroplane. Hi2.

Semoga kebahagiaan menjadi milik mereka sekeluarga. Amin.
Salam ukhwah.

Sunday, July 11, 2010

New Semester

In The Name Of Allah.



Sekarang dah masuk semester baru. Semakin lama semakin mencabar rasanya. Banyak betul cabaran yang tidak tertanggung. Tapi aku rasa aku mampu membawanya. Insyaallah. Semoga semester baru membawa lebih kejayaan kepada kita semua. Amin.

With the new room and new roomate, I hope this will going smoothly to me. I hope my CGPA also can increase. hu2. Hopely. Insyaallah.

Perabot2 dah baru, tapi sayangnya cermin dan bantal tak letak sekali. Awal2 tak nak cakap diorang ni. Kalo aku tau, aku bawa dari rumah aku hari tu. But, it's ok. Aku masih boleh hidup rasanya.

Semoga semester ini, kehidupan aku akan lebih terurus dan lebih rajin daripada semester2 yang lepas. Kih2.

 Salam.