In The Name Of Allah.
Menaip lagi ek?? Nak buat macam mana, dah sampai seru untuk aku menaip for this blog. Ha2...
Hari ni cuaca cerah sangat. Best plak aku tengok but very hot today. Aku nak pergi beli nasi pun malas, tapi dah siap makan dah. Panas sangat. Tak tahan aku di buatnya. Seru untuk aku study tak datang lagi. Aku tak tau lar. Ntah2 tersangkut dekat mana2 kot. Tak sampai lagi ni. Macam mana pointer nak meningkat kalau aku tiap2 hari begini?? Ish2.
Malam kang ada kelas Mandarin plak. Jadual padat betul. Kih2... Sebut tentang jadual aku teringat sesuatu. Kalau takde aral melintang, aku nak balik rumah hari Khamis ni. Bestnya. Hanya Tuhan yang tahu. Walaupun dekat, tapi aku rasa jauh ja rumah aku. Macam luar negara plak aku duduk. Macam2 warna kulit dan bangsa yang ada kat sini. Tambahan plak bas yang nak pergi Alor Setar, tunggu sampai ajal ja aku tengok bus tu. Lambat macam siput. Yelar, memang lambat asal selamat. Perjalanan 2 jam nak balik ke rumah aku, jadi 5 jam kalau naik bas tu. Ni yang aku tak suka. Tapi, rumah dan keluarga punya pasal, bak kata orang bercinta... Lautan api sanggup kurenangi... inikan plak bus yang tak larat jalan dan tunggu masa nak pencen tu.
Ha... Balik pasal cuaca yang aku cakap best tadi. Aku siap ambil gambar lagi. Tapi daripada celah2 tingkap bilik aku jelah. Nanti aku keluar tangkap gambar depan bilik, diorang kata aku tak tau hala plak kan. Entah diorang nampak aku tangkap gambar entah tak. Almaklumlah bilik betul2 tepi Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Seberang PKP tu plak ada EXPO. Dan itulah dia, aku lar mangsa EXPO tu. Saja nak perabih duit PT aku lar tu..
Inilah picturenya...
Suasana tepi tingkap... >PKP
Comenya gambar2 ni. Pandai betul orang yang menangkapnya.
Salam.
J J J
Salam.
No comments:
Post a Comment