Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, July 25, 2010

Senior?

Salam.

In The Name Of Allah.

Hari ini aku nak menyatakan perasaan tidak puas hati dengan kak senior ni. Kurang asam betul. Aku tau lar dia senior. Tak payah lar layan kami macam tu. Ingat dia bagus sangat. Kalo tak nak satu kumpulan dengan kami bagitau lar awal-awal. Jangan plak buat muka macam nenek kebayan perasan lawa. Cantik xpe gak. Tapi in fact aku lagi cantik.

Geram betul aku. Kelas akan datang, aku akan cari group aku sendiri. Jangan sesekali pandang rendah pada junior. Walaupun kami terlalu mentah tentang semua ni. Kami mempunyai kekuatan yang tersendiri. Insyaallah aku akan buktikan, terutama kepada nenek-nenek tu. Siap dengan aku!!!

Walau macam mana senior pun pelajar dekat luar sana, tolong lar hormat junior walaupun korang rasa junior tu kurang pandai daripada korang. Junior pun ada hati dan perasaan.

Hish. Aku nak kata macam-macam lar ni. Astafirullahhalazim.

Insyaallah, setiap perbuatan ada pembalasan. Setiap peristiwa ada hikmahnya. Akan aku cari apa hikmahnya. Tetapi ia sebuah pengalaman berharga untuk aku. Insyaallah.

Salam ukhwah. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa. Semoga anda sentiasa di bawah lindungan Maha Pencipta. Amin.

No comments:

Post a Comment