Sahabat
Tahukah engkau betapa merana hatiku,
Tika kau berpaling wajah daripada melihatku,
Tika engkau melihatku asing bagimu,
Tika kau seperti tidak mengenaliku.
Aku masih tidak mengerti salahku,
Andai aku bisa bertanya,
Andai aku kuat untuk berkata-kata,
Aku akan lontar segalanya,
Tetapi,
Hanya hatiku yang berbisik cuma.
Aku tahu,
Aku dan engkau tidak serapat isi dengan kuku,
Aku dan engkau tidak seperti kumbang dengan bunganya,
Tetapi senyumanmu amat bermakna buatku,
Bermakna untuk hatiku,
Menenangkan hati dikala gundahku.
Andai aku tersilap kata,
Andai aku tersilap bicara,
Andai aku terlepas kata,
Maafkanlah aku seadanya,
Kerana ini khilaf seorang hamba yang hina.
Sahabat,
Dan buatmu,
Aku maafkan segalanya,
Sama ada engkau sedar atau tidak,
Kerana engkau lebih bermakna daripada segalanya.
Sahabat,
Sekiranya semua ini dugaan yang Esa,
Aku terima dengan redhanya,
Semoga terdapat hikmah disebalik segala ketentuannya.
Semoga kita dapat menongkah arus hitam bersama,
Dalam menuju dunia akhirat yang pasti akan kehadirannya.
Amin.
p/s : Ikhlas daripada lubuk hatiku untuk insan yang bergelar sahabat.
No comments:
Post a Comment