In The Name Of Allah
Semakin lama aku semakin benci kepada seseorang. Aku tahu semua insan tidak sempurna. Tapi tidakkah mereka pernah terfikir akan sesuatu. Aku tetap insan biasa. Yang terasa ketika diguris. Yang akan kesakitan apabila disakiti. Yang akan sedih ketika dipinggirkan.
Betulkah kata orang yang penduduk dari negeri * ini akan melupakan seorang kawan setelah mereka mempunyai kawan daripada negeri yang sama? Mula-mula aku sendiri ragu-ragu dengan kenyataan yang dinyatakan oleh salah seorang daripada bekas room-mate aku.
Tapi tak kusangka. Kenyataan ini adalah benar. Aku sendiri mengalaminya dan aku cuba untuk menjauhi perasaan aku ini. Tetapi entah kenapa perasaan itu semakin kuat setelah hari semakin dewasa. Aku sendiri tidak mampu untuk melawannya lagi. Semakin hari, aku juga semakin terasa. Tidak ku sangka akan melalui saat yang sebegini.
Sekarang aku juga berharap aku tidak pernah mengenalinya. Aku rasa aku mementingkan diri lar..
Kenapa aku guna ayat sastera plak ni??
Aku tak kisahlah.perkara begini berlaku pada ketika ini. Aku harus bersiap sedia untuk meneruskan kehidupan seorang diri.
Aku bukan hidup kerana dia.
Aku boleh hidup tanpa dia.
Dia tidak bermakna untuk aku.->tapi aku rasa agak bermakna.
Aku rasa statement aku ni menjurus kearah kejahatan. Tapi dia kawan aku. Tetapi secara ikhlasnya daripada hati aku yang tak seberapa nak suci ni. Aku malas nak jumpa dia. Aku tak suka tengok muka dia. Kenapa dia? Kenapa???
Sekarang aku rasa aku sedang menjauhi dia. Buat apa sekiranya aku berkawan dengan seseorang yang mengguris perasaan aku sebagai seorang kawan. Ini bukan sifat seorang kawan!!!
Aku akan cuba untuk meneruskan hidup tanpa dia disisi aku. Tetapi ini tidak bermakna aku akan memutuskan hubungan yang terbina selama ini. Dia masih slah seorang kawan yang terbaik bagi aku. Aku tak tipu statement ni, tulus daripada hati aku. Semoga dia bahagia dengan caranya dan aku bahagia dengan caraku.
Salam.
No comments:
Post a Comment