Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, August 8, 2010

Dunia Blogger

In The Name Of Allah.

Salam.

Ok.. Today is Sunday... Heh2... Ok, kita start forum agama kita hari ini.

Mulakan dengan Bismillah.

Bila ye??? Saya baru mula daftar gengblogger. Tapi hari-hari lepas lar kan. Sebelum masuk GB (gengblogger) ni, saya rasa dunia blogger saya hanya tertumpu dekat kawan-kawan je. Lepas tu ada lar sikit-sikit kenalan lain. Ingatkan dunia blogger ni sikit je orangnya. Macam lebih kurang bawah 5000 macam tu.



Tapi, ternyata saya silap. Wah-wah. Kenapa saya mengakuinya. Yelah. Saya kan baik hati orangnya. So, kena lar cakap hal yang sebenar. Heh2.

Saya teruskan dengan hujah yang seterusnya.

Em... Lepas saya daftar dengan GB ni, baru saya tahu dunia blogger terlalu dan amat-amat luas. Yang tu pun 2-3 hari baru agak terrer sikit.

Saya ja tenggelam dalam dunia sendiri selama ini. Almaklumlah, kanta spek saya dalam dunia IT ni agak kurang power. Tetapi, dengan ini saya mengumumkan...

Setelah saya dengan jayanya mendaftarkan diri dalam GB ni, saya rasa, sayalah orang yang paling handal dalam dunia IT ni. Hah3...       ( Gelak Jin Baik Hati )

Biasalah. Dah tak ada orang nak puji. Kenalah puji diri sendiri. Ye tak???

Saya pun baru je masuk dunia blogger-blogger ni semua. Tak silap saya 2-4 bulan yang lepas kot. Saya buat ni pun sebab saya hairan, kenapa banyak sangat orang buat blog ni?? Em... Hairan-hairan...     ( Sambil menggaru kaki yang gatal sebab kena ketit dengan binatang kecik dan hijau tu).

Dengan perasaan yang membuak-buak macam air nira tengah mendidih tu. Saya pun mula start buat blog semasa tengah exam akhir. Gila betul. Nak buat macam mana kan?? Dah gian nak mampus dah. Nak buat tu pun amatlah seksa. Dah banyak jenis blog dah cipta dan padam. Cipta dan padam lagi... dan seterusnya.



So sebab tu lar, url saya panjang semacam je. Hih2. Seksa juga nak tekan.

Kita tinggalkan tajuk kuliah agama itu, dan masuk part yang baru plak.

Subhanallah, Walhamdulillah, Wala'illah Haillallah... Allahhuakbar.

Bagus2. Dapat juga pahala.

Hari ni plak saya mendaftar dengan bloggeraktif. Heh2. Tengah mencuba sekarang. Baru nak belajar merangkak. Bukan tau sangat pun. Esok lusa baru nak teroka dunia bloggeraktif. Nak start ni susah sikit bagi saya. Almaklumlah, susah lar mula-mula ni. Lepas 2-3 jam atau 2-3 hari ok lah tu.

Cukuplah kuliah agama kita pada hari ini. Insyaallah akan bersambung di lain masa sekiranya ada permintaan daripada pelanggan. Hi2.

Salam ukhwah semua. Bagus-bagus. Dapat juga pahala secara tak langsung. Alhamdulillah.

Saturday, August 7, 2010

" Contest Saya Mahu Template COmel ! ! !"

In The Name Of Allah.

Salam

Hu2... Saya join contest lagi. Marilah kita bersama-sama mengimarahkannya.. Go2!!


http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png


Blog Budak Nakal Akan mengadakan contest " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! " di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro.Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan.Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini:-

http://kozumiro.blogspot.com/2010/08/contest-saya-mahu-template-comel.html


-:> Letakkan banner contest di bahagian sidebar blog korang.


Hadiah Untuk Pemenang

1)Akan mendapat template yang koz sedang pakai ini,dan design header dan sidebar akan koz ikut keinginan si pemenang...

2)Akan mendapat ruangan iklan selama 2 bulan iklan tersebut akan di design koz sendiri dan akan di letak di bawah header blog ini...

Tarikh tutup penyertaan adalah pada tanggal 31 ogos 2010 pada pukul 12 tengah hari.Selepas tarikh tersebut jika ada sebarang penyertaan ia tidak akan di layan...

Cara untuk mendapatkan pemenang koz akan meminta adik kesayangan koz untuk membuat cabutan...

*koz : Tuan pemilik blog contest.


Salam.

Cabutan Bertuah 5 Hari!!

In The Name Of Allah.


Salam.


Little Colour Shop telah buat Lucky Draw selama 5 hari sempena bulan Ramadhan. Bermula pada 6hb ogos jam 1.00 pagi sehingga 10hb ogos jam 1.00 petang (tamat).

Hanya 4 orang pemenang saja akan dipilih sebab hadiah ada 4 sahaja.

Setiap seorang akan menerima hadiah berupa "seketol" kartun budak perempuan kiut yang montel dan chubby ni.




Comel kan. Dengan sebab itulah, saya akan menjadi pemenangnya. Jangan marah. Kalau ada nasib je ye.. Ha2..

Yang bawah ni plak adalah contoh kad Hari Raya... Eh..tersilap da.. Kad ramadhan. Pertama kali dalam sejarah saya menjadi manusia ada kad ramadhan. So tunggu apa lagi klik lah link ni   -> littlecolourshop


Slogannya, 'saya suka kambing sebab saya nak menang hadiah ni walaupun pada hakikatnya saya tak suka kambing yang busuk dan tak mandi kecuali yang betul-betul wangi dan kelihatan agak kacak sahaja.'
Ha2..that all. Thank you!!

Tolonglah vote untuk saya. Vote For ME... :)  Hantarkan mesej bernilai anda kepada littlecolourshop. 

Kalau saya menang, saya belanja anda...

jeng3... 

Lolipop.. 

Bukan 1... 

Bukan 2... 

Tapi 3...

Hadiah yang paling menarik tu. So, sokonglah saya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

 Ok, saya tipu ja. Tuan dia yang pilih sendiri. Kalau ada sesiapa berkenan di hati, silalah masuk. Jangan malu-malu macam saya.

Saya terlupa lagi satu... Dengan ini saya mengetag mishungu , jue-girlz, dan hadi.
Jangan marah kerana saya tag anda. Tiada calon.. hu2. Kasihan sama saya. Tq.

Salam ukhwah.

Friday, August 6, 2010

New Advertisement

In The Name Of Allah.
Salam

Menaip sambil tengah fikir entry apa yang nak dihebahkan. A’ah. Tetiba otak saya yang mempunyai IQ yang agak tinggi seperti Eistein ini pun terfikir sesuatu. Ha2.. Saya tak perasan ya. Just teringin ja...

Ok... Ada sumber advertisement yang terbaru untuk blog. Mungkin dah lama kot. Saya ja yang baru tau akan hal sebegini agaknya. Selain daripada google, nuffnang, dan adbrite setahu saya lar kan. Erm, yang terbaru mangga. Dengar cerita iklan yang terbaru ni agak menguntungkan. Sesiapa yang tiada sumber tajaan lagi boleh cuba. Saya pun tak tau sangat kelebihan dan kekurangannya. Tetapi daripada sumber entah boleh percaya atau tidak. Mereka kata agak lumayan dan sokong Bahasa Melayu, tetapi permulaannya memakan masa sedikit. Kalau sesiapa nak mencuba dipersilakan. Lepas tu, boleh kongsi sikit apakah kehebatannya.

Wokeh. Kes diatas telah ditutup secara rasminya oleh saya. New case open now.

Tinggal dalam suasana yang serba hijau ni, ada banyak benda juga yang mengganggu. Tambahan pula dengan hiruk pikuk haiwan-haiwan di sini. Ceh. Macam banyak sangat haiwan dalam ni. Selain daripada monyet-monyet yang berlagak cute dah tiada haiwan lain agaknya..He2.

Tetapi ada haiwan lain yang saya tak suka. Binatang yang paling saya tak suka dan menyampah adalah... Saya tak tau lar makhluk Allah SWT ni nama apa. Masih belum dikenal pasti. Berwarna hijau dan ada juga berwarna coklat. Tengok je kecil tapi tak padan dengan serangannya yang bertalu-talu.  Dan satu lagi sifatnya, tidak hidup lama. Bagus tu. Adakah pernyataan itu sangat jahat??? Geramnya. Dia gigit sakit dan gatal. Habis satu badan. Gigitan nyamuk lagi ok saya rasa.

Itu je kot. Dah tiada idea lar. Einstein pun kena berehat juga.

Salam.

Thursday, August 5, 2010

Percaya

In The Name Of Allah.

Saya minta maaf sekiranya saya selalu tukar muka blog saya. He2. Saya tengah mencari warna hijau yang paling menarik hati. Setiap kali jumpa warna hijau, saya secara automatiknya nak menukar wajah yang baru. Takdir yang menentukan segala-galanya. Hu2. Topik yang nak dikupas oleh saya pada hari ini adalah KEPERCAYAAN.

Why this topic?

Saya baru sahaja melalui satu fenomena yang tidak asing sejak zaman dahulu kala lagi. Amat susah dan susah dan susah dan betul2 susah menjadi seorang manusia. Teringat plak kata2 saya yang lepas, Tak dinamakan hidup kalau tak ada masalah. Saya...............tak tau nak kata apa lagi.

Kepercayaan adalah amat penting bagi sesorang manusia. Tak kira lah kawan ke? Lawan ke? Haiwan ke?
Semua sudut penting. Satu masalah dalam hidup saya. Saya tidak dan sesekali mempercayai orang yang pernah menipu saya pada kali pertama. Entah kenapa. Perasaan itu memang dah lama wujud. Masalahnya di sini, saya mudah kasihan pada orang itu walaupun pada hakikatnya daripada penampilan saya agak lar kurang ajar kot. Merendah dirinya. Tak lah. Saya baik sebenarnya, cuma bukan untuk sesetengah orang yang belum mengenali saya sepenuhnya. Tapi ada unsur jahat juga. Erm, tak kisahlah. Konfius deh.

Hubungan yang baik akan terbina melalui kepercayaan. So, saya ingin tekankan di sini. Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan seseorang kepada anda walaupun keluarga terdekat.

Masalah saya tak perlu dibincangkan di sini kot. Privasi agaknya. Kang ada yang nangis plak. Tapi saya agak konfius sekarang adakah kata2nya harus dipercayai.

Saya amat kasihan. Tapi pada masa yang sama tak boleh dipercayai. Konfius...Konfius... dan saya terus konfius dan terus konfius sehingga saat dan ketika ini. Tak tau yang mana jalan terbaik. Tetapi tiada masalah yang dapat diselesaikan.

Ingin bercerita,
tetapi tidak terluah dengan kata2,
Ingin mempercayai segala kata,
tetapi semua hanyalah dusta.

Lilin itu amat bercahaya,
Jagalah cahayanya sebelum hilang dimata,
Semoga kelak anda tidak berada dalam bahaya,
Walaupun ia di alam nyata.


Ntah pape pantunnya. Harap Maaf. Sastera dapat A je kot.
Eh..bukanlah.. Upgrade lagi sikit... Dapat 3B lah.
Tengok...betapa rajinnya saya berjalan pergi tengok result dalam fail yang berada dalam almari. Jauh tu. Penat saya berjalan..
Bagusnya perempuan ni...
Berkenan dihati??? Hah2.. 

Salam.

Tuesday, August 3, 2010

Ini Punya Ketika

In The Name Of Allah.
Salam.

Mulakan hari ini dengan senyuman. Hu2.. I'm very fine today. Yang lepas biarkan lepas. Kita mulakan hidup baru. Tidak dinamakan hidup jika tiada masalah. Hebatnya aku. Boleh jadi pakar motivasi ni. Asyik2 motivate diri sendiri. Kadang bosan juga saya rasa.

It's ok. Allah S.W.T sentiasa bersama hamba2-Nya. Semoga kita sentiasa mengetahuinya di mana saja kita berada. Amin. Sebab sebagai manusia, kadang2 saya terlupa. Jahat juga saya ni ek?? Ingatkan dah cukup baik!!! Huh!

Ok, pagi2 ni semestinya nak menceriakan minda. So, saya terbuka Amazing Nara ni. Nak tau apa tajuk dia. Mesti anda agak terkejut sedikit. Sikit ja.

Kejamnya!!! Dirogol Beramai2 Di Parking Kereta.


So, saya pun klik lah sebab saya tau yang ni karut punya. Ingatkan sapalah yang kena rogol. Rupa2nya kucing. Kesian dia. mesti kucing tu trauma sekarang ni.

Ini linknya :  http://amazingnara.com/kejamnya-dirogol-beramai-ramai-di-parking-kereta

Banyak cerita yang best2. Kadang tak larat nak gelak plak. Sesuai untuk menceriakan sesiapa sahaja yang pandai membaca. Ha2.. Semoga blog amazingnara ni selalu update ya.. Hu2...

Salam

Monday, August 2, 2010

MooD TerBanG


In The Name Of Allah.

Ketika aku memerlukan seseorang meluahkan rasa,
Tiada siapa ingin mendengarnya,
Ketika aku memerlukan sokongan seorang hamba,
Tiada siapa ingin memberinya,
Ketika aku memerlukan pertolongan seorang teman biasa,
Tiada siapa yang ingin membantunya.

Tapi ketika aku ingin bersuka ria,
Setiap saat mereka bersama,
Ketika aku gelak ketawa,
Mereka sentiasa menjadi penghuninya.

Ketika air mata mulai gugur,
Gugur jualah mereka satu persatu,
Tiada siapa mampu menghulurkan tangan,
Tangan untuk menyambut ketika aku lemah,
Tangan untuk menyambut ketika aku mula rebah,
Tangan untuk menyambut ketika aku jatuh,
Jatuh ketika menongkah badai,
Ketika aku bergelar seorang hamba Allah.

Adalah fakta Allah SWT sentiasa disisi,
Tetapi aku manusia biasa,
Yang memerlukan.......

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Keadaan mental saya agak teruk kebelakangan ini. Bukan mentallah, lebih kepada mood maybe. Rasa sedih, tak best. Macam tak bermakna je hidup saya ni. Tension betul. Tiada kata2 semangat daripada seorang teman. Semangat yang masih bersisa dah hilang semuanya ketika sokongan moral yang diperlukan tetapi something bad yang diberi sebagai tindak balas.

Memang agak susah mencari teman sejati ketika hati mula membawa diri. Madah plak. Silap. Hakikat saya sedih. Nak balik rasanya. Persekitaran tidak memberikan ruang terbaik untuk bernafas.

Maaflah, semua campur aduk sekarang ni.

Saya nak cerita mengenai seorang hamba Allah SWT. Dia dikenali sebagai saudara kita semua juga. He2.

Sedih bila kita tiada, apabila hakikatnya ada. Faham tak?? Maknanya, dia buat macam saya tak wujud ja. Tapi salah saya ke? Saya just mintak jangan letakkan gambar saya on FB. Itu pun susah ke? I have my own reason why I have to do that. Sori, terspeaking.

Siapa yang tidak terasa agaknya. Dah lama juga simpan semua2 masalah ini tapi tak ada plak tempat meluah rasa. So, luah jelah kat sini sama ada korang suka ke tak. Saya nak cerita juga. Just memerlukan...entah lar...kasih sayang kot... ha2..



Ok, kita mulakan dengan bacaan basmalah supaya saya tak lebih2 nanti. Saya dan dia dah lama berkawan. Baik juga perangan dia, tapi untuk beberapa sudut belum cukup. Seperti saya juga pada pandangan dia. Huraian terpanjang, minta maaf sekali lagi.

Dia selalu macam tu. Kalau dia marah dengan seseorang, dia buat macam orang tu betul2 tak wujud. Kadang2 aku rasa sedih bagi pihak kawan dia. Yelah kan. Orang yang rapat dengan dia boleh buat macam tu. Apa plak kita yang setahun jagung ni??

Adakah saya melalut sorang2 dekat sini. Tak pe lah. Then, i full stop.

Salam.

Sunday, August 1, 2010

Cuti2 di Utara

In The Name Of Allah.

Semalam bersamaan dengan hari Sabtu  19 Syaaban tahun 1431, saya dan kawan2 saya telah keluar merehatkan diri daripada hutan yang setengah konkrit ni. Hu2..

Konfius...Saya atau aku??? Yang mana lebih elok??heh2..

Ok, semalam kami semua pergi jalan2 sekeliling Alor Setar dan Jitra sikit. Ada banyak kali juga lar, kami semua sesat. Letih betul nak mencari jalan yang benar. Nasib baik jumpa. Hu2..

Tambah2 masa dekat SP Plaza. Cukup benci masuk dalam tu. Banyak sangat tangga, yang mana satu jalan keluar pun tak tau. Banyak kali juga kami semua tawaf bangunan tu untuk cari jalan keluar. Buang masa betul.
Lepas tu aku dengan kawan2 aku pergi apa tu nama dia..a’ah, Muzium Jelapang Padi. Nak pergi situ pun sesat  juga kerana dapat penunjuk arah yang tak berapa nak berkaliber. Ha2.. aku jangan cakap lar. Aku tau jalan kampung aku ja. Sini punya jalan aku tak tau lar. Ni pun nasib baik aku dapat belajar dekat UUM. Kalau tak, belum tentu aku kenal Changlun ni tau. Aku pun tak tau, Kedah ada tempat nama Changlun, Sintok, dll yang aku sendiri pun tak tau lagi.

Lepas daripada muzium tu, aku pergi Jitra jap. Jalan2 and beli KFC. He2.. memang dah tak ada ayam lain yang lebih sedap dah kecuali KFC. Ada pun kalau mak aku yang buatkan.

Ni aku tunjukkan sikit apa yang ada dalam muzium tu. Ikut suka hati nak tengok ke tak. First time aku pergi ni...






Lambat betul line nak upload. Aku dah penat menunggu. So, aku letak 2 pic ni dulu.. Malam kang kalo rajin aku letak lain. wokeh..

Salam.

P/s: Kalo ada tempat menarik sekeliling Kedah ni boleh bagitau saya. Saya tak tau lar. Boleh kita kenal2 Kedah dengan lebih mendalam. Heh2.. Sem depan aku nak bawa kawan2 aku pergi Pantai Merdeka plak. Dekat kampung aku. Sapa nak ikut jom lar..

Friday, July 30, 2010

Jualan!

In The Name Of ALLAH.


Semalam ada kelas jualan. So kena lar menjual2 barang ni. Ni yang aku tak suka ni. Bab2 nak mempengaruh pembeli ni susah sikit, sebab aku pun tak suka beli dekat orang yang jual barang kat aku. Aku tak berkeyakinan langsung nak buat semua ni. Boring3!!!

Ah... Benci aku. Kenapa aku????  Tak suka!!!  T.A.K S.U.K.A...

Kawan sekelas yang lain dah mula jual secara langsung dah. Aku pun tak tau laku ke tak.. Entah deh..

Tak bersemangatnya aku memikirkan semua ni.
Tak bersemangatnya aku memikirkan kelas ni.

Zenmeyang???

Macam mana nak semangat?
Macam mana nak yakinkan diri sendiri???
How????

Nak taip pun dah tak ada semangat. What should i do???

Aku tau, macam mana sekali pun aku terpaksa buat semua ni.. Tak suka..
Aku tak suka... TOLONG>>HELP>>

Aku akan cuba mencari semangat itu,
Aku akan cuba mencari apa yang hilang disebalik diriku,
Aku akan cuba..............

Sudah!!!
Biar masa menentukan segalanya.

Ok.. Salam ukhwah.
Semoga Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini. 

Thursday, July 29, 2010

Mimpi Hanya Mimpi, Nyata Yang Realiti.

In The Name Of Allah.

Realiti tidak seindah mimpi,
Mimpi yang senantiasa memenuhi impian insan,
Mimpi yang senantiasa membahagiakan,
Mimpi yang tidak pernah menyakitkan.                   

Tetapi,
Mimpi hanyalah mimpi,
Dan,
Nyata yang lebih pasti,
Walau ia tidak seindah mimpi.

Tetapi nyata amat membahagiakan,
Nyata ketika rasa merangsang jiwa,
Nyata ketika mata melihat segala,
Nyata ketika minda memikirkan Dia,
Nyata ketika aku merasai Esa,
dan
Ketika deria mula berbicara.



Andai aku bisa berkata-kata,
Andai aku bisa mengapainya,
Andai aku bisa merebutnya,
Pasti mimpi akan menjadi nyata,
Pasti mimpi lebih indah daripada biasa.

Tetapi aku hanya insan yang hina,
Yang tidak mempunyai kuasa menentukan segalanya,
Hanya kepada Dia aku meminta,
Agar nyataku tidak sia-sia


Dan kini aku lebih pasti,
Pasti dalam memilih sesuatu yang dapat dirasa,
Pasti dalam memilih sesuatu yang bermakna,
Dan kini,
Aku akan kembali kepada dunia yang lebih nyata,
Yang pasti berlaku dengan setiap kehendak Yang Esa.



Moga aku dan kita semua dalam kalangan nyata yang lebih bermakna.

Amin.