Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Tuesday, April 26, 2011

Notis Google : Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hah2. Bertemu lagi. Biasa. Aku bosan. Ni ja qeja aku ada sekarang ni. Ada berita. Tetapi, maybe korang dah tau. Blog akan didelete oleh google bagi sesiapa yang menggunakan email selain google, bulan jun kalau aku tak silap.

Segala informasi boleh ambil di sini =>> kujie2

Dalam tu dia cakap kalau kita tukar email google, follower akan hilang. So, aku tak cuba lar tutorial dia.

Aku secara menggediknya pergi blog ceera. Dalam otaknya, nak tanya cara yang baik lar. So, i sent one email. Pada masa yang sama godek-godek dia punya blog. Then jumpa cara-caranya.

Korang boleh ikut tutorial ni =>> c33ram00n

Lepas aku baiki segalanya. Balik ke email aku. Aik???? Kak Ceera dah balas. Heh2. Gembiranya hatiku. So fast.

I just thanked to her. So, pi cuba cepat siapa yang tak tukar lagi. Kang kena delete plak.

As Salam.

Imbasan sejenak masa lalu

In The Name Of Allah.

As Salam.

Dah habis kelas ni, boring plak. Nak balik kampung ada kerja plak menanti. Takdir nampaknya. Okeh.

Tetiba teringin cerita sesuatu. Orang selalu tanya aku. Kenapa aku tak sedih atau menangis kalau ada sesuatu yang menimpa.

Eleh. Tak nangis lar sangat. Hanya Tuhan yang tahu.

First time aku ingat lagi. Masa tu aku belajar kat UTM lagi. Hoh2. Aku dapat pointer tak sampai target. Masa tu baru semester 1. Target UTM 2.00 ke atas. Tetapi untuk nyawa-nyawa ikan 1.75.

Nak dijadikan cerita aku dapat 1.45 ja. Kih2. Aku ambil kos Pengurusan Teknologi dulu. Susah ke??? Entah. Masa tu aku kecik lagi, so mana reti belajar tahap universiti ni. Hoh2.

Lepas tu kena lar tendang. Masa tu aku tak tau lagi aku kena tendang, so aku pergi lar UTM balik. Lepas tu baru tengok result. Cek-cek kena tendang. Masa tu muka selamber ja. Buat2 tak sedih sebab ada kawan aku sebab aku suruh dia tolong buat sesuatu.

Naik atas bilik baru teriak bagai nak rak. Tapi, bila fikir-fikir balik. Semua ini adalah Takdir, ada hikmah atas segala kejadian. I stop crying. Then roomate aku balik dan tanya result aku. Aku bagitau yang sebenar. Dia tanya kenapa tak nampak aku nangis pun. Aku bagitau dah teriak pun tadi.

Bila fikir-fikir balik. Aku berterima kasih atas segala takdir ini. Kalau aku masih di sana, aku sendiri tak pasti siapa diri aku sekarang. Forget it.



So, aku blah balik kampung and mohon masuk Form 6. Segala relationship di sana aku putuskan atas alasan takdir. Aku sendiri tak tau betul atau salah. But, aku bahagia dengan jalan sekarang. Tetapi, still berkawan juga dengan kawan-kawan aku.

Well, disebabkan aku seorang yang pemalu. Aku mohon masuk 6 Bawah sebab geng aku 6 Atas. Siap fikir nak pi sekolah lain sebab malu. Hoh2.

Tapi, aku minta pandangan seorang kawan aku. Lastly, aku masuk Upper 6 terus and belajar STPM hanya satu tahun. Aku admit, form 6 tak susah mana pun. 

Aku sendiri tak tau kenapa budak2 lain cakap susah. So, bila diorang cakap, aku hanya mampu berdiam diri. Sebab bertentangan dengan pendapat aku.

Dengan semangat untuk belajar dan mengubah segala-galanya yang aku telah buat dulu, aku pun meneruskan pelajaran ke sini. STPM aku dapat 2.92. Hah2. Ok, aku admit pelajaran dia senang. Tapi, exam PA sangat susah tahun tu. Aku tak tau kena lukis graf apa ntah.



Now, aku in UUM. Dengan kos yang tak sebati dengan diri aku. And aku masih anggap ini adalah takdir Yang Esa. So, I go for it. But I still learn walaupun aku tak minat. Go2!!!!!

Note : Tak tau nanti aku jadi apa. Hu2.

As Salam.

Monday, April 25, 2011

Masa gaduh-gaduh

In The Name Of Allah.

As Salam.

Anda semua terasa marah anda hilang bila agaknya? Semestinya masa yang menetukannya kan. Ya. Aku memang selalu rasa. Cuma nak bagi anda semua sedar ja. Hoh2.

Selepas 2, 3 minggu rasa ok. Tapi, maybe kemarahan tertinggi mengambil masa sikit.



Tak kena dekat batang hidung sendiri memang aku rasa ok. Time kena batang hidung sendiri, terlebih bom nuklear rasanya.

Yang tu aku pantang. Tetiba ada orang cari pasal kan?

Selama ni aku dengar orang marah tapi aku tak rasa apa-apa. Tetapi, ada plak masalah tetiba yang melibatkan aku. Aku pun sarung stokin merah sekali.

Tetiba plak orang yang kami marah tu, nak jilat ludah sendiri. Korang nak?? Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Geli aku.

Tak malu plak tu, tetiba jilat lidah sendiri. Huh. Tolong lar. Itulah orang tua kata, sebelum cakap apa-apa fikir dulu. Lepas tu baru nak gegeh. Ingat aku teringin.

Lantak lah. Sapa suruh lebih-lebih. Salah siapa sekarang? Aku?? Tak kisah aku.

Okeh. Malas dah aku tengok semua ni.

As Salam.

Sunday, April 24, 2011

Luasnya Neraka

In The Name Of Allah

As Salam.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:
 "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:
 "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


As Salam.

Tuesday, April 12, 2011

Shooting ma.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Tadi aku pergi buat assignment BPCM dengan group aku. Ni ada sedikit gambar disebalik tabir. Hah2... Yang lain jangan marah. Ho2.

Ni dah habis shooting

Halaman



Aku konfius gambar ada berapa sebenarnya sebab tak nampak dalam dashboard new post nih. Takpa2. That all. I have something to do.

As Salam.

Monday, April 11, 2011

Add/drop

In The Name Of Allah.

As Salam.

Ntah kenapa aku perlu rasa sedih. Bukankah seharusnya aku gembira. Hmmm. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan hati aku sendiri. Takpo2. Tak dinamakan manusia sekiranya tiada masalah.

Okeh.

Hari ini ada add/drop kos untuk UUM. Dan semester inilah aku dapat katakan yang UUM boleh dikatakan sebagai universiti pengurusan terbaik.

Semester-semester lepas takda cenggini. Bangun pukul 7 nak add/drop pukul 10 baru boleh add. Hari bangun pukul 7, pukul 8.30 pagi dah siap semua.

Sangat seronok.

Lapar plak. Nak gi makan jap.

As Salam.

And terima kasih kerana sudi membaca, komen, and jengok blog ni. Tq again. 

Sunday, April 10, 2011

Amarahku

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku rasa sangat menyampah dan marah nih. Mula lar nih. Dah lama aku tak rasa cenggini. Lebih daripada anak harun.

Sakit hati dah ni. Ish. Malas betul aku. FINE!!!! Dia nak start? Aku pun start jugak. Nak kata bengong ke tak? Ish tak boleh aku.

Kang kalau aku cerita, semua aku bedal. Semua salah dia. Kalau tak bedal aku rasa macam, nak jumpa pelempang lagi. Ada aku kira?? Nak start sangat.

STUPID!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Orang kata diam tak bermakna menerima. Ye tak?? "Tak pa, mungkin silap aku. Aku manusia biasa tak lepas daripada kesalahan'. Taik kucing hang. 

Dah berapa kesalahan manusia biasa. Setahun sekali tetapi benda yang berlainan tak pa gak.

Nak baca blog aku???? Baca lar. Ada aku kisah. Berdiam diri konon. Penuh wall FB dia sorang. Itu cara berdiam.

Nak berdoa pun dalam FB. Itu lar manusia zaman sekarang. Tak reti-reti hampaq sejadah. Ni berdoa kat FB. Gamak nak bagi Tuhan tengok ke orang tengok. Lepas tu boleh pandang orang lain sebelah mata. Ye dak?

Mind set macam  lain, mulut macam lain, hati pun macam lain. Aku tak faham betul manusia sekarang.

Nak tulis Fb. Tulis lah. Hah, aku taip dalam blog ni hah. Nak tersentap??? Sentap lah. Nak mula sangat. Ingat aku tak boleh nak taip dalam fb tu. Kalau aku nak dah lama aku taip.

Baik aku taip dalam blog aku. Huh. Kawan-kawan, korang dah lama kenal aku. Macam mana perangai aku?? Baik tak? Kalau ada buruk bagitau ja. Aku tak kisah. Jangan simpan-simpan.

Okeh. Aku pergi bertenang dulu.

As Salam.

Saturday, April 9, 2011

Kopek VS Dompet

In The Name Of Allah.

As Salam.

Bersama saya Farina Redzuan di sini. Bukan di radio ya. Okeh, yang tu pembuka kata. Hah2. Okeh, kawan aku tengah merekod suaranya sekarang untuk iklan Integrated Marketing Communication.

Kalau berpeluang nanti aku upload semuanya masuk ke blog aku. Just untuk tatapan anda. Gelak ketawa pun boleh. Hak2.

Tak tahan aku dengar tadi. Okeh. Fullstop. Aku buat enrty ni nak cerita pasal kejadian semasa aku pergi makan tadi.

Bukan pergi makan. Pergi beli makanan, balik makan dalam bilik. Dompet aku just dompet kecil macam pencil box yang jala2 tu. Tak tau?? Buat-buat tau jelah. Malas aku nak snap.

Aku memang pemalas nak pakai dompet2 besar ni. So, aku guna yang tu ja. Mudah, berkesan, jimat etc.

Yang pasal tengah hari tadi. Kawan aku yang Terengganu ni bawa bekas dompet dia sekali boleh masukkan handset dalam tu. Roomate aku bersahaja hari ini.

Aku yang agak pemalas tadi cakap, 'dompet aku berat lar, tolong bawak jap'. Diorang tak moh. Soh cuba pegang berat ke tak pun tak mau jugak.


Ini contoh sahaja : Bayangkan macam jala keras tanpa corak warna hitam.


Last-last sekali aku kepit tepi ketiak.  Dan aku pun berkata 'Besaq tak kopek aku'. Lepas tu aku baru perasan. So, aku gelak tanpa berhenti menyebabkan air mataku yang berharga ini mengalir.

Aku cakap dengan orang Terengganu. So, musnahlah aku di situ.

Aku cakap gitu sebab nak bagitau yang dompet aku kecil, dompet dia besar. Ceh, terkena kat aku sendiri.

Tu je lar aku nak bagitau. Hah2. Saja nak update blog. Aku boring. Keseorangan hari ini. Malam ni nak keluar buat assignment jap kat tepi blok nih. Jauhnya rasa.

Okeh. As Salam.

Friday, April 8, 2011

SIFE : Kodiang

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sorry ya. Yang bawah tu aku just testing dekat ping. Tetiba keluar dekat sini. Aku bukan tau sangat ping.fm. GengBlogger boleh tahan lagi. So, tak reti aku nak padam balik. Biar je lah kat situ.

Sekarang pengetua aku yang rajin tengah meronda-ronda paras. Huh. Dok depan bilik aku. takut aku kalau tetiba dia ketuk pintu. Dah lar sengsorang dalam bilik ni. Takpa2.

Kita update blog dulu. Petang tadi aku dan roomate aku pergi Kodiang. Untuk SIFE yang aku cerita pada entry yang lepas tu. Termasuk ni dah dua kali aku pergi.



Aku tak tau ini sawah padi sapa. Tapi, tuan punya sawah padi harus bersyukur. Popular ni. Bukan senang nak masuk world wide. Nasib baik aku yang baik hati ni tangkap gambar. Kalau tak, tak da popular gini.



Ini roomate beta. Takpa2. Tak payah stress. Beta comel lagi. Hok2. Ok2... Beta admit, dia comel lagi daripada beta. Tapi, beta lagi comel banyak daripada dia. Huk2.

Itu dia tengah menunjukkan bakat lakonan untuk bergelar seorang pelakon tambahan untuk watak dekat kantin sekolah. Maybe dia dapat. Sungguh berbakat tuh.



Ini extra edition. Saja-saja menggedik di situ. Boring sangat tengok kawan aku tak da kerja nak buat. So, suruh tangkap gambar sekeping. Heh2. Itu Kak Bah ya.



Tengok lah tu. Ca tengok. Hampa tengok lah roomate aku tu. Menikmati sungguh. Takpa2. Biarkan dia di situ.



Dah lupa gua apa tadi. Tapi kat depan rumah Kak bah ni lah.



Ni lah tempat-tempat terdekatnya. Ni tempat untuk hantar group lain. Kami kat Kodiang ja.

Itu saja. Beta rasa mengantok plak.

As Salam.

http://farinamohamadredzuan.blogspot.com/

Lagu Aizdean
testing...

Thursday, April 7, 2011

Terleka akan dunia

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku menjelma lagi. Hah2. Sangat boring selepas habis exam tadi. Entah apa dijawabnya. Takpa2. There is another way than one way.

* * *

Okeh, entry ni aku nak postkan sebab aku nak cerita yang aku ni muslim yang tak berapa baik. Aku sering kali terlupa tatacara seorang muslim. Sangat susah dengan dunia zaman sekarang.

Alhamdulillah. Disebabkan masih ada insan-insan yang sentiasa meletakkan Allah S.W.T ditempat yang tertinggi, aku tersedar kembali. Terima kasih untuk mereka.

Tadi aku buka Facebook yang tak berapa best sebab semua jenis ada dalam tu. Setiap kali masuk Fb mesti rasa tak best sebab masing-masing nak luah dalam Fb.

Aku pun boleh luahkan segalanya di sana. Tapi, aku tak tau. Kenapa aku fikirkan hati dan perasaan orang lain. Sebab tu tak pernah terlintas dalam hati aku nak letak.

Itu bukan menunjukkan aku seorang yang baik ya. Jangan anda tergoda oleh ayat itu.

Okeh. Aku suka tengok page fb nih => freeourmind. Diorang pun ada blog. So, try and see. 



Lagi satu, aku terklik Fb Wardina Safiyyah tadi. Em. Dia sangat baik.

Segala fikirannya hanya untuk Allah S.W.T.. Kan best kalau aku macam tu. Rasa sedih plak baca nota fb dia. 

Aku rasa betapa kerdilnya. Betapa jahatnya aku. Aku sentiasa terleka akan dunia yang fana ni.

Dah berhenti, nanti buat balik. Macam mana nak berubah kalau macam ni. Tak tu (tak tau) lah.

Aku doakan semoga semua Hamba-hamba yang terpilih untuk menyebar ajaran-Nya bernafas lebih lama daripada hamba-hamba Allah yang sentiasa melakukan kekhilafan.

Dengan adanya mereka, aku rasa dunia yang aku kenal lebih berada dalam dunia yang suci.

Okeh, Bye-bye.

Semoga Umat Islam sentiasa di bawah Rahmat dan Hidayah-Nya sepanjang masa dan di mana jua. Amin.

As Salam.

Lagu Aizdean

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku ada jumpa lagu Aizdean. Just ambil dekat 4shared. terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi. Hah2.

Yell-Won't Let You Go



Don't Go Away



My Hero



Yang lain anda boleh ke site 4shared ya. Anda pemalas??? Ya saya tahu. Nah linknya => aizdean

Ok lah.

Jumpa lain kali.

As Salam.

Monday, April 4, 2011

Kesalahfahaman

In The Name Of Allah.

As Salam.

Saja bagi tajuk comel sikit. Hek2. Aku tak tau lar kenapa wireless UUM ni sekarang. Kejap ada kejap tak da. Nak online pun susah.

Nak cari maklumat, nak taip-taip dekat nih... tuh... alah... kat blog nih. Tu pun susah. So, segala assignment akan tergendala sebentar disebabkan ketidaksambungan wireless ini.

Pasal tajuk tu. Hmmm. Ni lah yang beta nak ulaskan sekarang.

Sekarang dah banyak tahun berkawan. Semua orang dah bosan. Semua orang dah menyampah. Semua orang dah lain daripada yang dulu.

Gitu lah yang daku terfikir di kepala otakku setakat ini.

Dah lama berkawan, biasa lar kan. Kita lebih mengetahui segala-galanya daripada zaman dulu-dulu. Semua yang elok dah jadi tak elok.

Kalau yang lebih mendalam => Kalau kita dah mula terasa hati sedikit, semua perjalanan lain akan terganggu.

So, bila dah simpan bebanyak. Dia mula lar nak meletup macam apa ntah.

Aku lapar lar plak. Jap gi aku sambung. Sat noh.

* * *

Okeh. Air tengah rebus. Kita sambung sekejap. Sekarang pun line tak clear. Hish.

Okeh. Sementara  tunggu wireless ok. Aku pun dah kenyang. Mengarut semua ini. Okeh, kita sambung balik.

* * *

So, masa bersama-sama. Kalau kita buat apa-apa sikit. Ada orang yang terasa dan ada orang biasa-biasa ja. Gitulah peristiwanya.

Kita manusia sikap lain-lain. Bak pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada orang anggap benda tu just perkara biasa, tapi ada yang rasa luar biasa.

So, aku sendiri tak tau jalan penyelesaiannya. Korang fikirlah sendiri. Nak pergi buat kerja lain plak. Dah lar minggu ni ada midterm Mandarin dan Pemasaran Elektronik.

Takpa2. Small matter. I go first.

As Salam.

Sunday, April 3, 2011

Aku belajar origami

In The Name Of Allah.

As Salam.

How are you today? I'm fine. Thank you. Hak2. Cuma angau ja.

Okeh, em. Apa nak diceritakan yek? Dimulakan cerita pada hari Jumaat lepas ya.

Hari Jumaat lepas, beta dan beberapa orang dayang beta pergi Jitra. Ingatkan nak tengok wayang Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi tak dak plak waktu tu.

So, kami tengok cerita Scream Of The Ghost. Nak kata menarik tu, entahlah. Tak dapat nak digambarkan. Memang agak menakutkan, tetapi pelakon dia tak best. Macam tak reti berlakon pun ada.

Ceh, mengata orang plak. Macam lar aku reti. Aku cakap betul-betul. Aku memang tak reti. Bukan setakat kayu. Tetapi dah tunggul kayu dah. Memang lingkup dah.

Tetapi aku pandai buat origami. Hah2. Baru belajar semalam. Dulu pernah buat masa PLKN. Tetapi, dah lupa. So, sekarnag belaja lagi.


Yang besar tu ikut tunjuk ajar cikgu. Yang atas, kecil, and comel tuh?? Heh2. Malu lar. Kih2. Beta lar yang membuatnya. Apa? Cantik macam tuan punya blog. Amin. Hak2, memang pun. Terima kasih.

Lepas tu, diorang ada buat untuk nama blok. Silap plak. Nama aku and roomate aku untuk dilekatkan di pintu. Comel and hijau macam aku.


Korang nampak tak apa yang aku nampak? Tak kan?? Okeh2. Kena padam sikit nombor tuh. Kang dijejaki plak.

Tu ja. Len kali plak update. 

Hah. Malam ni ABPBH 2011. Kih2. Ada Aizdean deh. Ho2. Nak tengok, tak boleh plak. Yelah, dalam hutan. Biasa lah kan.

As Salam.

Friday, April 1, 2011

Susahnya aku

In The Name Of Allah.

As Salam.

Baru sekarang aku terasa susah menjadi manusia. Zaman dulu-dulu, kalau susah pun rasa boleh hidup lagi.

Macam tak patut kan aku??? Astafirullahhalazim. Tolong set otak, hati, dan perasaan aku balik. Tergila sikit rasanya.

Nak kena terus bin terang ka? Aku ni susah sikit. Apa sangat lar yang susah untuk berterus-terang ni. Aku pun tak tau. Mulut aku tak kan tergerak untuk berterus terang. Dan rasanya dalam menaip sekalipun.

Kecualilah aku betul-betul nekad. Entah kenapa, rasa hati tersangat berat, lebih daripada bata. Bukan2. Itu ringan ja. Entahlah, memang amat berat ketika nak berterus-terang. Plus plak aku seorang yang pemalu. Hak2.



Aku tinggal korang dengan tanda tanya macam ni je lah. Kalo nak berterus-terang jugak, mesti air mataku akan bergenang. Tak tau kenapa. Dulu dan sekarang dah tak sama. Hati aku semakin lama semakin lembut.

Dulu sangat keras. Yang ini hanya Tuhan yang tahu. Sebab orang lain tak dapat merasa konflik dalaman aku. Hanya Dia saja.

Okeh. Aku rasa malas dah nak fikir masalah tu. Aku tinggalkan ia di sini walaupun aku tak taip pun pasal tu. Tapi aku takut.Aku takut sebab aku tak mampu.

Mak!!! Kurang kemampuan lah. Takpa2. Aku akan mencuba.

Aku tinggalkan semua di sini. (







                                                                                                                                                          )

You see. Aku tinggalkan disini.

As salam.