Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Sunday, December 18, 2011

Just One Week.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Terasa sangat seronok berada pada minggu ini. Why??? Hah2. Today is Sunday. And for the next for day is my last day to study. I am very excited.

Tak sabarnya tunggu. Balik kampung sekejap. And then datang exam final. Entah bila plak nak datang UUM.

Lepas tu nak gi daftar Universiti. Tak pasti lagi nak ambil kos apa. Nak kena buat persiapan cepat-cepat. Bukan senang nak lanjut pelajaran kat negara luar.

For your information, I will further my study in Harvard University.



Just in my dream only. Kah2..

Malas dah nak belajar ni. Kena cari duit untuk family plak. Masa mengaji bazirkan duit mak bapak. So, sekarang kena kumpul bagi balik.

Insyaallah, Allah SWT akan mempermudahkan segalanya kalau niat kita betul kan?

Tu je lah. Yang pasal Harvard tu, yang itu memang impian. Impian ketika berumur 23 tahun. Hih2. Tetapi impian yang tak mungkin tercapai. Tengok laman web diorang pun jadi lah kan.

Okeh. Bye. As Salam.

Friday, December 16, 2011

UUM

In The Name Of Allah.

As Salam.

Memandangkan semester ini adalah semester akhir aku di sini. So, banyaklah adegan tangkap-tangkap gambar nih.

The main point di sini adalah nak tunjuk gambar-gambar tu. Hah3!!!

Nak kata sekeliling UUM tak juga lar. Tapi sesetengah tempat ja. And aku pun tak sangka UUM ni cantik jugak. Kih2.. Hutan bukan sebarang hutan tau..

Pokok yang paling aku suka sebab susunannya.

 Macam dekat oversea kan.. Hah2

Tempat yang pertama kali aku pergi.

 Ini aku sendiri tak pasti sama ada belakang atau depan Canselori.


Tu ja lah. Gambar yang aku edit tak berapa comel r.. Ki2.. Line plak menyusahkan. Susah nak upload.

Nanti aku ambil yang betul UUM punya. Kena tunggu jap lah yang tu. Keh.

As Salam.

Saturday, December 10, 2011

Buzy

In The Name Of Allah.

As Salam.

Today is Saturday. I wake up early morning today because i want to finish my assignment. I don't know how to start it. Erm, actually this morning my group-mate want to make Stat Gun assignment. But, it is cancel for today.

And now, I planning to do my SM assignment. Before that, I write my blog for a minute. Kih2

I don't know, suddenly I want to write in broken English. Hah2.. I don't know my writing is broken or not. This semester i felt that i'm very busy than last year. A lot of assignment I need to do.

Huh..but it's OK. I'm still breathing until now. I'm still rational until now also. So, I CAN DO IT.

You know, now I realized that. Why I want to typing in English? Because before this, I see many writing or typing in English. It is in Twitter.

Finished already. Bye2..

As Salam.

Friday, November 25, 2011

Aku tak tau apa tajuknya.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sebenarnya tak ada idea pun nak menaip nih. Tapi, blogwalking jap tadi. Rasa rindu plak nak taip dalam blog. Sayangnya blog aku yang come nih.

Tak sampai 100 hari ja lagi aku nak dok kat UUM. Best ka?? Ntahlah. Tak rasa apa-apa pun sekarang. Kitaran hidup manusia kan.

Ni aku tengah menaip sambil tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus. Boleh tahan jugak Ustaz ni. Menarik. Lagi satu Ustaz Kazim.

Tetiba ja kan keluar pasal ni.

Keh.. Aku teramat-amat tak tau apa nak taip. Nak gi study jap. EXAM nih..

As Salam.

Tuesday, November 15, 2011

ABC Gunung Jerai!!!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Bertemu kembali kita pada hari ini. Sabtu hari tu baru balik UUM balik. Walaupun assignment banyak and exam midterm dah dekat, aku tetap enjoy cuti aku. Hah2... Ini adalah salah satu ciri-ciri pelajar yang berjaya ok.

Aku bukan tak bawa balik segala maklumat yang diperlukan. Tapi macam tu aku bawa balik, macam tu juga masa datang UUM. Terlipat dengan eloknya.

Tapi, dah hilang segala stress masa kat rumah. So, datang sini dengan mood yang baik walaupun aku tak mau balik UUM.

Masa balik kampung hari tu aku pergi Pantai Merdeka. Pi makan ABC Gunung Jerai. RM 5.00 ja. Sedap!!! Kalau korang gi. Pergi gerai nombor 13 tu ya. Dua orang makan pun tak larat habiskan.

Meh aku nak tayang sikit ABC nya. Jap eh. Nak pi edit sat.



Orang dah lama tak pergi pantai macam ni lar.


Pulau Sayak

Pulau Sayak saja ja aku pergi. Kat sini boleh nampak Pulau Pinang tau. Kalau korang tak tau lar kan.

Okeh, bertemu lain kali plak.

As Salam.

Sunday, October 23, 2011

Balik Kampung TEMA Sebenarnya.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Heh2.. Saja ja aku post.. Esok dah nak balik kampung... Kih2.. Post sekejap sebelum balik. Banyak benda nak cerita ni sebab dah lama tak menaip.

Bukan disengajakan. Banyak assignment + kerja-kerja lain.

Nak tanya satu soalan lar??? Kenapa manusia ada sifat mementingkan diri. Aku sedih lar dengan sifat tu. Sebab sifat itu dilakukan tanpa sedar. Maksudnya, orang tak sedar pun yang mereka sedang berkelakuan sebegitu. Begitulah huraiannya.

Sedih...and sedih...and sangat sedih... Why????

Sakit hati rasanya. Okeh. Aku pun jahat. Diorang buat lar balik. Padan muka aku kan?? Jahat dibalas jahat. Wau.... Layang-layang.... Matching yang sangat bagus.

Dah.. Malas nak bincang. Sehingga itu sahaja. Yang penting aku nak balik kampung. Esok!! Ye yeh.. Mak ayah aku rindu aku. Ayam aku pun rindu aku, pokok-pokok, dan sebagainya.




Dah merapu dah aku..

Okeh. Nak pergi copy cerita jap. Bye.

As Salam. Jumpa lepas cuti plak. Daaaa.....

Monday, October 10, 2011

"Kawan tak tolong kawan"

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sementara menanti waktu Isyak, aku nak post sesuatu dulu nih. Benda yang membuatkan aku berada dalam dilema.

Ada orang kata aku kawan tak tolong kawan. Haish!!!!! Tension betul. Nak berkawan pun susah. Lagi susah nak jaga hati kawan-kawan.

Kawan ni macam lain, kawan tu macam lain. Aku sendiri tak tau macam mana dah. HISH!!!! Aku benci... Aku benci... Aku benci...

Haish! Jadi jahat kan senang. Tak payah dah nak jaga diorang nih. Lantak lar nak hidup ke tak. Kurang ajarnya ayat aku. Maaflah. Orang tengah marah kan. Yang ni medium aku sekarang. Tak tau nak ngadu dekat sesapa dah.

Nak selesai masalah aku yang tersiksa.

Dah lar, semakin geram plak. Keh, nak pi semayang = sembahyang. Nak minta petunjuk. Hah2. Daa...

As Salam.

Thursday, October 6, 2011

Love My Blog!

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hari ini ada idea sikit nak share. Just nak bagitau aku suka blog aku. Aku cinta blog aku. Bukan sebab blog ni sememangnya cantik.

Aku suka sebab blog ni dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Apa yang aku tak mampu share dengan kawan-kawan, semua aku diluahkan di sini. Maybe ada yang tak terluah sebab ia terlalu private, takut orang terasa kan.

Korang tau tak?? Tak tau?? Bagus. Meh sini aku bagitau. Meluahkan perasaan merupakan benda yang paling penting sebagai manusia.

Korang tengok lah orang yang asyik memendam perasaan dia sendiri. Mesti tak gembira kan. Rasa macam orang lain tak faham diri kita.



So, don't be sad. Ciptalah blog anda sendiri. Hah3!!!

Takda lah. Ikut suka hati korang lar nak buat apa pun. Aku tak boleh memaksa.

Walaupun orang tak baca blog aku pun, aku still rasa seseorang sedang mendengar luahan hati aku. So, ini adalah cara yang terbaik mengurangkan tekanan di dada manusia yang serba kekurangan ini.

Aku bukan baik sangat pun untuk merima segalanya. Kadang-kadang ada juga perkara yang aku tak puas hati. Then, i perlu teman untuk berborak. Aku hanya ada blog aku. <- ??? macam ayat sedih lah. Hah2

Kawan memang ada, tapi kadang-kala tak sesuai kan cakap dengan kawan sendiri tentang perkara yang ntah apa-apa.

Okeh, bye then.

As Salam.

Wednesday, October 5, 2011

Jangan Menyerah

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hi, already be an October. The time pass like the waterfall. Hah2... Okey, this time I would like to share one lyric. This lyric very wonderfull lah.

Geli r speaking. Korang pernah tengok cerita Amanah Dalam Cinta. Aku suka sangat dia punya lirik lagi. Terbaik!!!

Nah aku bagi walaupun kalau korang google, keluar beribu-ribu. Tapi, aku nak taip gak. The title song is Jangan Menyerah.

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaab yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi


*
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

* *
Tuhan pastikan menunjukkan
Kebenaran dan kuasa-Nya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Sangat bagus kan ayat dia. Walaupun kita dah tau, kadang-kadang manusia ni alpa dengan dunia. Just Same like me. Hanya untuk peringatan sahaja.

Just stand up and GOOOOOOOOOO!!!!!

Bye then.

As Salam.

Friday, September 30, 2011

Gelora Jiwa??

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku agak jeles tengok blog orang lain comel. Blog aku cuma sedap mata memandang ja.

Haish!!! Kalau nak update segala benda dalam ni mengambil masa yang agak lama. Masa tu tak berapa ada. Dah lar baloq liat = pemalas.

Teringin nak update blog jadi yang baru. Tapi tak tau lar plak bila. Dengan artikel atas meja tu ha yang nak kena baca. Malas betul. Eh...Rajin betul. Farina Redzuan sangat rajin.

Dalam FB tu plak, dah ramai orang konvo. Macam best ja. Hih2..

Tapi aku masih tak sampai hati nak masuk alam kerjaya. Hah2.. Aku rasa aku masih kecil lar..



Saja nak letak gambar. Hah2.. Nak menceriakan blog ku yang cute ni. Come tak?? Kih2

K,bye2.

As Salam.

Saturday, September 24, 2011

Kejujuran

In The Name Of Allah.

As Salam.

Korang rasa jujur ni penting tak? Bagi aku sangat penting dalam sesebuah hubungan. Tak kira lah hubungan tu jenis apa. Songsang pun termasuk kalau nak.

Menjaga hubungan antara kawan-kawan sememangnya penting. Biasalah. Tak mau bagi kawan sakit hati dengan kita. And just nak suruh kawan tau yang kita ni sebenarnya baik and nak jaga hati kengkawan. Sahabat sejati katakan.

Dalam kepala otak aku, aku tak mau semua tu. Tak kisah korang bagi atau tak. Just bagitau ja. Tu ja yang penting.

Kalau bagi tapi mengata kat belakang baik tak payah rasanya. Aku rasa macam diri sendiri membebankan orang.

Tapi, kadang-kadang benda tu tak terucap. Semua orang pernah alami and also me. Cara mengatasi, hanya ikhlaskan segalanya. So, muka jadi ceria.

Lepas ni, aku dah malas menyusahkan orang. Susahkan diri sendiri lebih baik. Kalau tak boleh buat, lupakan ja. Asal orang lain tak buat dalam terpaksa.

Okeh. Penulisan macam tak berapa elok. I want to out first.

As Salam.

Friday, September 23, 2011

Kenangan lalu

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sekarang masing-masing tengah cari tempat praktikal. Sedang aku sibuk mencari aku ingat satu kisah lama. Masa tu kalau tak silap aku dalam tingkatan 5.

Kalau nak ingatkan memang malu. Masa tu salah satu pakar motivasi datang sekolah.

So, ada lar sesetengah orang dipanggil ke dalam surau untuk kasi motivasi diri lebih sikit. Aku pun termasuk sekali. Dah dalam surau tu, dia suruh kami semua berdiri.

Kemudian fikirkan satu perkara yang kita nak capai. Dalam otak aku, aku nak membayangkan yang aku ni tengah pegang satu sijil. Alah. Macam kat drama tu. Mahasiswa/i sekarang kata konvo.  Masa tu aku budak hingusan lagi. So....

Malangnya, otak aku tak berfungsi. Aku pejam mata dalam-dalam sebab nak bayang benda tu. Tapi tak boleh. 

Kemudian aku dengar pakar motivasi tu cakap 'orang yang dah habis boleh duduk'. Masa tu aku tak dapat bayang lagi. Aku takut, so aku buka mata sikit sebab nak tengok ada orang duduk tak lagi.

Aku tengok masih ramai orang berdiri. Aku pejam mata balik. Tapi tak boleh. 

Pakar motivasi tu cakap lagi sekali siapa dah habis boleh duduk. Sampai satu ketika aku rasa macam ada orang tengah tarik kain aku.

Aku buka mata. Rupanya kawan aku yang tarik sebab aku sorang ja yang berdiri kat situ. So, aku dengan muka selamba pun duduk padahal malu nak mampus sebab semua orang tengah tengok aku.

Lepas duduk, aku pun bagitau kawan aku kenapa tak bagitau awal-awal. Then, dia jawab apa ntah. Dia tarik kain aku pun sebab dah lama aku berdiri sorang-sorang kat situ. Yang dia announce suruh duduk tu, khas untuk aku ja. Sebab aku sorang ja ketinggalan.

Aku masih ingat sampai sekarang sebab aku ingat lagi cara budak-budak lain tengok aku. Ceh!!!!!!!

Nak tau apa yang aku bayangkan masa aku tengah pejam tu. Sebenarnya aku sendiri tak mau benda tu, sebab aku tak mau pergi jauh. Dekat-dekat pun jadi.

Aku terbayang yang aku sendiri pun tak pernah sangka. Aku tengah berdiri dekat tangga kapal terbang. Dekat ya. Bukan atas. Jangan salah faham. Aku sendiri tak tau what the meaning is.

Mungkin kalau ada jodoh aku akan tahu maknanya, kalau takda, tak tau lah.

Tempat praktikal yang aku cari ni plak tempat jual jagung mas. So...ntah lah. Aku hanya menunggu.........

Tunggu nak makan KFC nih. Lambat sungguh..Haish!!!

Bye2.. As salam.

Sunday, September 11, 2011

Semester Baru

In The Name Of Allah.

As Salam.

Pejam celik pejam celik dah masuk belajar balik. Haish!!! Rasa macam kejap ja cuti. Semester ni kena tukar blog yang tak cantik. Tak best langsung.

Tu je lah taipanku. Malas lah. Oh Lupa... Happy Besday to me Today. >_<

As Salam.

Thursday, June 23, 2011

YESSSSS!!!!

In The Name Of Allah.

As Salam semua.

Dah lama aku tak keluarkan entry baru. Biasalah kalau dah balik kampung nih. Sangat terseksa nak buka internet walaupun aku tengok dalam peta kampung aku ni tak lar hulu sangat pun.

Aku masih tidak dapat mengenal pasti kenapa pencawang-pencawang maxis, celcom, dan yang lain tak berapa nak sampai kat rumah aku. Menyakitkan hati kalau nak online.

Hari selasa lepas aku gi bukit dengan keluarga aku. Pergi kait buah manggis and asam gelugor. Buah durian tak berapa ada masa aku pergi.

Hah!!! Aku dah lulus test JPJ. Heh2. Kereta ambil 3 kali and motosikal sekali. Alhamdulillah lepas. Aku ingat tak lepas lagi. Maybe berkat aku bernazar kot. Hu2. Apa-apa pun, aku sangat seronok. Senyum sampai ke telinga.

Aku rasa sangat bahagia. Keputusan exam pun dah keluar. Alhamdulillah baik. Keputusan subjek BPCM yang kumpulan aku berhempas pulas buat pun baik. Nanti aku muat naik. Kumpulan aku iklankan Aizdean untuk projek ni.

Tapi bukan dalam masa terdekat ya. Line kat kampung tak laju sangat. Tu yang kerajinan aku semakin menurun tu. Okeh. Beta keluar dulu.

As salam.

Sunday, May 15, 2011

Otakku Ligat

In The Name Of Allah.

As Salam.

Sekarang musim exam. Nak kata tension tak juga. Tapi, selalu yang menggangu fikiran ku ini adalah lesen.

Aku nak kata menyesal boleh tak?? Ish3... Ni lah manusia. Penyesalan yang tak berguna.

Ternyata lebih susah daripada nak ambil exam. Benci aku.

Tapi bak kata Jep Sepah "Barang Yang Lepas Jangan Dikenang". Tapi, otakku ligat berfikir. Takda benda lain dah nak fikir. Gi mana ini???

Aku sedang menanti hikmah disebalik semua ini. Adakah hikmah itu. Aku pun tak pasti. Biar masa dan Allah SWT yang menentukan segalanya.

Aku hanya mampu bertawakkal.

Okeh.

As Salam.

Friday, May 6, 2011

Cara Study Yang Berkesan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Okeh. Heh2.. Tajuk yang baik rasanya untuk entry aku pada malam sabtu hari jumaat ini. Jangan marah bagi sesiapa yang betul-betul nak cari tip untuk study. Keh2..



Ni lah cara aku study untuk semester ni. Amat mengarut. Sila lar korang...tolong...tolong...and tolong jangan tiru macam aku kalau korang nak berjaya.

Kat situ ada slide power point, ada google translate, ada site iluvislam, ada blog aku, and ada sembang kosong punya blog. Dan tak lupa kepada UUM TV di situ. TV3 tu, cerita English tajuk apa ntah. Tak sempat tengok tajuk. Sibuk study kan. Hah2.

Aku pemalas tahap apa ntah lar ni. Kalau korang nak semangat study. Pergi lar call adik ka, kengkawan yang korang rasa betul-betul rapat. Tak pun mesej ja.

Minta nasihat diorang. Memang berkesan. Tambah-tambah plak adik aku yang gegeh bagi nasihat. Hatiku terus terusik. Sebut plak pasal mak bapak. Aku simpan lagi mesej tu untuk tatapan masa hadapan.

Kat blog aku ada ruangan motivasi punya label. Kalau teringin nak baca, baca lar. Aku hanya berkongsi. Yang lain letak kat tangan korang sendiri. Anda penentu masa depan negara, bangsa, dan nusa. Hoh2.

Hah2... Study2... Nak exam final dah ni. Go2...

As Salam.

Nota : Study tu kena fokus... Macam mana nak masuk otak kalau tak fokus. Syuh2... Kuar cepat, and study. 
Good Luck!!!

Thursday, May 5, 2011

Kampungku menarik???

In The Name Of Allah.

As Salam.

Ini ja kerja aku sekarang kalau aku tak study. Malasnya. Hish! Benci betul aku dengan sikap ni. Takpa2. Kita update blog kejap.

Ni ja picture yang aku ada masa balik kampung.



Sapa tau ini kat mana? Hah2... Mengarut ja aku ni. Okeh. Ni Pantai Merdeka. Tak sempat nak tangkap gambar bebanyak sebab banyak orang. Almaklumlah cuti umum. So, ramai orang. Mana lagi yang tengah memancing. Menyibuk ja lepa semua ni. Time aku nak mandi-manda, time tu jugak lepa nak adakan pertandingan memancing ni semua. Huh.



Ni sedikit tentang persekitarannya. Heh2.



Ha... Ini persekitaran Pulau Sayak. Yang ni restoran untuk makan Mee Udang. Tak power sangat sebab aku pernah makan lagi sedap daripada yang ni. Sayangnya dah ditutup.



Ini Mee Udangnya. Terliurkah??? Hah2.. Gi cari sendiri. Aku just nak menunjuk ja.




Yang ni mak aku cari belakang rumah. Aku just balik kampung tolong kopek and masak ja. Aku tak tau nama komersial apa. Kami panggil Lokan ja.

Okeh. Teringat satu cerita lawak. Hah2. Kan kawan aku ikut pergi rumah. Korang tau kan asal usul asam keping. Ayah aku bawa balik buah ni daripada bukit and kawan aku pun tengok.


Bantuan Google

Ni buah Asam Gelugor untuk buat asam keping. Heh2.. Kawan aku ingat asam keping tu memang ada atas pokok and petik ja. Hah2. Okeh2. Mesti dia marah kalo baca nih. Kah5... Takpa. Selagi hidup selagi tu kita belajar. Ya tak.

Nanti kalau aku jenjalan kat kampung aku letak lagi. Sebab dah biasa tinggal dekat situ, so semua macam biasa. Tak de yang menarik. Kawan datang, baru tau kata tempat aku menarik. He2. Tapi, tak sempat round sampai habis.

Ada lagi yang nak ditunjuk. Takpa2. Insyaallah lain kali deh.

Okeh. As Salam.

Wednesday, May 4, 2011

Just lepaskan rindu

In The Name Of Allah.

As Salam.

Cuti study week ni balik rumah kejap. So, blog aku tidak dapat diupdate. Terima kasih sesapa yang sudi jadi follower blog aku yang cantik ni. Hah2... Nanti aku free aku buka blog korang and follow balik ya. Kalau aku tak da, kemungkinan aku tersesat.

Ye lah kan. Dunia siber sangat luas. Aku dah beberapa kali tersesat pergi laman web lain. Hu2.

Aku balik bercuti kat kampung 3 hari 2 malam. Nanti aku uploadkan gambar-gambar yang ada. Bukan aku gedik ya. Nak balik kampung pun nak tangkap gambar.

Takda lah. Kawan aku ikut aku balik. So, aku melancong round-round kampung. Tapi, tak lar buat pusingan sampai habis. Tak sempat.

Kami pergi beberapa tempat ja.

Aku off dulu. Heh2.. Nak gi tengok cita Marimar jap.

Zaijian.

As Salam.

Tuesday, April 26, 2011

Notis Google : Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan

In The Name Of Allah.

As Salam.

Hah2. Bertemu lagi. Biasa. Aku bosan. Ni ja qeja aku ada sekarang ni. Ada berita. Tetapi, maybe korang dah tau. Blog akan didelete oleh google bagi sesiapa yang menggunakan email selain google, bulan jun kalau aku tak silap.

Segala informasi boleh ambil di sini =>> kujie2

Dalam tu dia cakap kalau kita tukar email google, follower akan hilang. So, aku tak cuba lar tutorial dia.

Aku secara menggediknya pergi blog ceera. Dalam otaknya, nak tanya cara yang baik lar. So, i sent one email. Pada masa yang sama godek-godek dia punya blog. Then jumpa cara-caranya.

Korang boleh ikut tutorial ni =>> c33ram00n

Lepas aku baiki segalanya. Balik ke email aku. Aik???? Kak Ceera dah balas. Heh2. Gembiranya hatiku. So fast.

I just thanked to her. So, pi cuba cepat siapa yang tak tukar lagi. Kang kena delete plak.

As Salam.

Imbasan sejenak masa lalu

In The Name Of Allah.

As Salam.

Dah habis kelas ni, boring plak. Nak balik kampung ada kerja plak menanti. Takdir nampaknya. Okeh.

Tetiba teringin cerita sesuatu. Orang selalu tanya aku. Kenapa aku tak sedih atau menangis kalau ada sesuatu yang menimpa.

Eleh. Tak nangis lar sangat. Hanya Tuhan yang tahu.

First time aku ingat lagi. Masa tu aku belajar kat UTM lagi. Hoh2. Aku dapat pointer tak sampai target. Masa tu baru semester 1. Target UTM 2.00 ke atas. Tetapi untuk nyawa-nyawa ikan 1.75.

Nak dijadikan cerita aku dapat 1.45 ja. Kih2. Aku ambil kos Pengurusan Teknologi dulu. Susah ke??? Entah. Masa tu aku kecik lagi, so mana reti belajar tahap universiti ni. Hoh2.

Lepas tu kena lar tendang. Masa tu aku tak tau lagi aku kena tendang, so aku pergi lar UTM balik. Lepas tu baru tengok result. Cek-cek kena tendang. Masa tu muka selamber ja. Buat2 tak sedih sebab ada kawan aku sebab aku suruh dia tolong buat sesuatu.

Naik atas bilik baru teriak bagai nak rak. Tapi, bila fikir-fikir balik. Semua ini adalah Takdir, ada hikmah atas segala kejadian. I stop crying. Then roomate aku balik dan tanya result aku. Aku bagitau yang sebenar. Dia tanya kenapa tak nampak aku nangis pun. Aku bagitau dah teriak pun tadi.

Bila fikir-fikir balik. Aku berterima kasih atas segala takdir ini. Kalau aku masih di sana, aku sendiri tak pasti siapa diri aku sekarang. Forget it.



So, aku blah balik kampung and mohon masuk Form 6. Segala relationship di sana aku putuskan atas alasan takdir. Aku sendiri tak tau betul atau salah. But, aku bahagia dengan jalan sekarang. Tetapi, still berkawan juga dengan kawan-kawan aku.

Well, disebabkan aku seorang yang pemalu. Aku mohon masuk 6 Bawah sebab geng aku 6 Atas. Siap fikir nak pi sekolah lain sebab malu. Hoh2.

Tapi, aku minta pandangan seorang kawan aku. Lastly, aku masuk Upper 6 terus and belajar STPM hanya satu tahun. Aku admit, form 6 tak susah mana pun. 

Aku sendiri tak tau kenapa budak2 lain cakap susah. So, bila diorang cakap, aku hanya mampu berdiam diri. Sebab bertentangan dengan pendapat aku.

Dengan semangat untuk belajar dan mengubah segala-galanya yang aku telah buat dulu, aku pun meneruskan pelajaran ke sini. STPM aku dapat 2.92. Hah2. Ok, aku admit pelajaran dia senang. Tapi, exam PA sangat susah tahun tu. Aku tak tau kena lukis graf apa ntah.



Now, aku in UUM. Dengan kos yang tak sebati dengan diri aku. And aku masih anggap ini adalah takdir Yang Esa. So, I go for it. But I still learn walaupun aku tak minat. Go2!!!!!

Note : Tak tau nanti aku jadi apa. Hu2.

As Salam.

Monday, April 25, 2011

Masa gaduh-gaduh

In The Name Of Allah.

As Salam.

Anda semua terasa marah anda hilang bila agaknya? Semestinya masa yang menetukannya kan. Ya. Aku memang selalu rasa. Cuma nak bagi anda semua sedar ja. Hoh2.

Selepas 2, 3 minggu rasa ok. Tapi, maybe kemarahan tertinggi mengambil masa sikit.



Tak kena dekat batang hidung sendiri memang aku rasa ok. Time kena batang hidung sendiri, terlebih bom nuklear rasanya.

Yang tu aku pantang. Tetiba ada orang cari pasal kan?

Selama ni aku dengar orang marah tapi aku tak rasa apa-apa. Tetapi, ada plak masalah tetiba yang melibatkan aku. Aku pun sarung stokin merah sekali.

Tetiba plak orang yang kami marah tu, nak jilat ludah sendiri. Korang nak?? Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Geli aku.

Tak malu plak tu, tetiba jilat lidah sendiri. Huh. Tolong lar. Itulah orang tua kata, sebelum cakap apa-apa fikir dulu. Lepas tu baru nak gegeh. Ingat aku teringin.

Lantak lah. Sapa suruh lebih-lebih. Salah siapa sekarang? Aku?? Tak kisah aku.

Okeh. Malas dah aku tengok semua ni.

As Salam.

Sunday, April 24, 2011

Luasnya Neraka

In The Name Of Allah

As Salam.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:
 "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:
 "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


As Salam.

Tuesday, April 12, 2011

Shooting ma.

In The Name Of Allah.

As Salam.

Tadi aku pergi buat assignment BPCM dengan group aku. Ni ada sedikit gambar disebalik tabir. Hah2... Yang lain jangan marah. Ho2.

Ni dah habis shooting

Halaman



Aku konfius gambar ada berapa sebenarnya sebab tak nampak dalam dashboard new post nih. Takpa2. That all. I have something to do.

As Salam.