Pages

:: MUTIARA KATA ::

IslamSpeaks I Love Islam

Mornings are reminders that Allah loves you! You're not just given another day to live but a chance to right the wrong of yesterday

Saturday, August 28, 2010

Produk untuk dijual tahun ini.



Probac Mouthwash :

Probac ni macam listerine tapi dia berasaskan herba 100%. Bahan dia adalah pokok Streblus Asper. Kalau korang rajin boleh cari kat google. Kelebihan utama pokok ni mengubati kanser. 

So, kelebihan mouthwash ni boleh mengurangkan semua penyakit mulut. Contoh : kanser, ulser, tonsil, bau mulut daripada rokok, sakit gigi pun boleh, mulut kering dll.

Probac mouthwash ni tiada alkohol, tiada toksik, dan anti bakteria. Kalau listerine tu ada keburukan yang tersendiri. Kalau korang pernah pakai mesti tau. Walaupun best tapi dia punya kesan tu kuat sangat. Kesan jangka masa yang lama boleh memberi kesan kepada peti suara kita. Kalau tak percaya boleh test daripada sekarang.

: : > RM 9.90 sahaja (Tidak termasuk kos penghantaran)


* * *


Aura Energy Perfume :

Setiap warna mempunyai aura dan maksud yang tersendiri.




1 - Men Exclusive
-> putih : Inspired by Eternity CK
-> hijau : Inspired by Paco Rabbane Million
-> biru : Inspired by Power Flower Kenzo
-> merah : Inspired by Dunhill Desire Red



2 - Women Elegant
-> putih : Inspired by Curious Britney Spear
-> hijau : Inspired by Guest Pink
-> biru : Inspired by Insider Trussardi
-> merah : Inspired by Lancome Miracle




3 - Women Exclusive
-> putih : Inspired by 5th Avenue Night Elizabeth
-> hijau : Inspired by Cool Water Women
-> biru : Inspired by GLO De Chn
-> merah : Inspired by Be Delicious Fresh Blossom


: : > Harga sebotol : RM 7.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)
: : > Harga sekotak : RM 25.00 (Tidak termasuk kos penghantaran)

Sekiranya anda berminat, boleh meletakkan komen anda di sini. Seterusnya kita akan berbincang. Rugi sekiranya anda tidak mencuba. He2..

Tak perlu risau kerana setiap hari saya buka blog saya.

Salam.

Dunia artis

In The Name Of Allah.

Salam. Saya muncul lagi.

Baru lepas tengok video artis, mungkin tanpa dia sedari, dia sendiri yang menghina Islam. Saya just nak kongsi kepada semua.

Kalau komen daripada otak saya ni. Ntah apa-apa ja diorang ni. Tapi biar Allah SWT yang menentukan segalanya. Saya pun masih lemah dalam bab sebegini.

Kalau anda rasa agak biadap saya meletakkan video ini, sila bagitau saya. Saya akan delete entry ini. Harap maaf.

Hanya untuk pedoman semua. Antara sedar atau tidak, kita pernah melihat mereka berkata sedemikian di kaca tv. Tetapi, mungkin masa itu kita terlalu naif untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah.




Harap semua umat Islam menitik berat akan hal ini.


Kadang kala diam lebih baik daripada bersuara.
Diam bukan bermakna kita lemah.

Waktu kosong dan Produk jualan.

In The Name Of Allah.

Salam.

Selamat pagi semua. Sekarang saya dalam mood balik kampung untuk beraya. Maknanya, mood study saya hilang ntah ke mana. 24 buka laptop. Kalau tak online pun ada je benda lain yang nak dibuat dengan laptop ni. Biasalah, buzy women katakan. Hak2.

Kalau tak online, saya selalu tengok movie, dengar lagu sambil study ckit, adobe photoshop, atau menaip apa-apa. Yang adobe photoshop tu, saya baru je berjinak-jinak. Susah jugak lar nak belajar. Daripada semester 2 sampai sekarang, sikit ja saya tau pasal photoshop ni. Tapi saya suka. Ketagih lar jugak.

Dah nak raya ni, saya tengah mencipta kad raya yang ntah papa. Lukis-lukis masjid. Saya rasa ada peningkatan sikit. Yang tutorial sekarang semua ada dalam bentuk video. Kalau ada yang dalam gambar pun, dia punya explanation tak lengkap. Kita dah lar budak baru belajar. Diorang letak macam kita expert plak.

Selain tu, aktiviti atas katil lar kan. Baring-baring sambil pejam mata. Tak pun, tengan berfikir. Hah2.. Boring plak bulan-bulan puasa ni. Buka blog, sama ja. Nak baca entry orang lain, tapi semua tak terupdate lagi. So, tak tau nak wat apa lagi.

A'ah. Semester ni saya ada masuk kelas jualan. So ada tugasan pasal jual-jual barang ni. Kitaorang ada minyak wangi aura dan probac mouthwash. 

Minyak wangi ni ada dalam botol kecil-kecil macam one-drop tu tapi kelebihannya dia ada aura. Ada warna putih, hijau, merah, dan biru. Setiap botol ada maksudnya yang tersendiri. Ada untuk lelaki dan perempuan. Dia punya bau pun best. Saya tak tipu ya.

Probac tu plak macam listerine tapi dia berasaskan herba 100%. Bahan dia adalah pokok Streblus Asper. Kalau korang rajin boleh cari kat google. Kelebihan utama pokok ni mengubati kanser. 

So, kelebihan mouthwash ni boleh mengurangkan semua penyakit mulut. Contoh : kanser, ulser, tonsil, bau mulut daripada rokok, sakit gigi pun boleh, mulut kering dll.

Probac mouthwash ni tiada alkohol, tiada toksik, dan anti bakteria. Kalau listerine tu ada keburukan yang tersendiri. Kalau korang pernah pakai mesti tau. Walaupun best tapi dia punya kesan tu kuat sangat. Kesan jangka masa yang lama boleh memberi kesan kepada peti suara kita. Kalau tak percaya boleh test daripada sekarang. He2.

Nanti saya upload gambarnya. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Harga saya akan cakap lepas upload gambar ya.

Salam.

Thursday, August 26, 2010

Letih plak.

In The Name Of Allah.

Salam.

Maaf sebab dah lama tak buat entry. Nak kata sibuk tak juga. Sebab sempat ja saya online. Agak letih beberapa hari ni, tak dak tenaga lagi sebab selalu je air hilang daripada tekakku ini. Ha2... Tambahan plak google crome saya buat hal plak. Tak boleh nak masuk blog. Nak guna mozilla plak lembap nak mampus. Gengblogger pun tak dapat masuk menyebabkan saya tidak dapat mengepingkan entry saya. So, campuran ini membuatkan saya menjadi agak malas nak menaip entry baru.

Tiba-tiba tak dak mood plak.

Aik tetiba ja ada mood. Hah2.. Kalo korang tau mesti jeles. Tetiba room-mate saya bagi KFC. Hak2.. Sedapnya. Free plak tu.

Saya selalu campur aduk ek?? Ni lar menyebabkan saya tak tau nak letak tajuk apa. Saya taip ikut suka hati kepala saya je ni. Apa yang terfikir, saya belasah ja.

Dekat UUM ni, sekarang berlangsungnya ceramah Jihad Ilmu. Saya pun tak tau sebenarnya apa isi kandungannya. Tapi, menurut kawan saya yang tak comel tu. Dia cakap sesuatu yang akan berlaku pada masa hadapan kalau kita masih berada pada tahap sekarang.

Tau tak maksud ja. Tengok daripada luar memang kita nombor satu kat Malaysia. Tapi, bila selidik. Kita nombor berapa agaknya??

Agak sensitif nak berbicara hal ini di sini. Semua dah besar, boleh fikir kot. Kalau tak boleh, buat-buat boleh. Saya pun tak tau banyak sangat sebab saya tak kena ceramah ni lagi.

Sekarang pun dah tengok. Ada buktinya. Cuma masa yang akan merungkai segalanya.

Salam.

Nasib seseorang tidak akan berubah jika beliau sendiri tidak mengubahnya.

Tuesday, August 24, 2010

Room-mate pertama

In The Name Of Allah.

Salam.

Selamat pagi Malaysia dan geng-geng blog. Hari ni tetiba teringat nak bercerita pasal room-mate2ku. Banyak kan room-mate2ku ini. He2. Saya ada berapa eh, jap nak kira. A'ah, 4 room-mate termasuk yang sekarang. Maybe tak ada cerita kot, dah tetiba teringat. So, saya nak berkongsi sikit. Mereka semua harus bersyukur kerana mereka telah dipopularkan oleh saya. Kih2.

Wokeh. Room-mate pertama saya orang Johor. Namanya Peah ( bukan nama sebenar ). Jangan marah ya kalau salah satu room-mateku yang membacanya. Sharing is caring. Ye dak??? Hu2.

First impression saya, dia macam berlagak sedikit , anak manja (pernah menangis sebab rindu kat keluarga, kih2..lawak plak), waktu tidur yang pelik, dan berusaha untuk turunkan berat badan (makan megi jugak). Tu je kot yang saya dapat ingat.

Saya dan Peah ni selalu gak bergaduh. Tak serasi lah katakan. Tapi saya berani menyatakan, Peah adalah seorang room-mate yang best. Saya tak terasa berat ketika tinggal bersamanya kecuali masa gaduh-gaduh. He2.

Peah berkawan baik dengan seorang budak daripada Johor gak, dan saya rasa saya telah terpinggir. Huk2. Sedih. Lepas tu, budak tu selalu datang bilik saya dan kami pun berkenalan. Ramai orang cakap saya berlagak. Berlagak ke?? Mana ada. Huh. Saya susah nak dekat ja, kalau dah rapat, ok lah. Masa ja yang saya perlukan.

Masa semester 2, iaitu semester akhir kami bersama. Memang gaduh teruk. Sebabnya perlu dirahsiakan. Salah siapa, maybe saya dan maybe Peah. Dua-dua salah.

Tapi yang saya tak boleh tahan sekali orang yang ganggu masa tidur saya. Sebab saya rasa masa tidur paling penting. Tak payah lah bercerita di sini.

Kes ni saya paling tak tahan. Saya tak tau nak buat apa masa tu. Amat konfius. Hanya Tuhan yang tahu masa tu. Masa kami bergaduh, salah satu harinya adalah Hari Lahir Peah. Ramai orang nak sambut. Siap kek lagi.

Saya sebagai room-mate nak buat apa???

Kalau saya tak ada kat bilik masa tu, mesti diorang cakap yang saya ni ntah apa-apa ja. Orang sambut birthday room-mate tapi saya tak dak.

Saya pun plan awal-awal untuk tidur awal malam tu sebab tu je kot cara terbaik. Saya pun buat-buatlah tidur walaupun tak. Susah betul nak berlakon. Salah seorang budak cina tu plak asyik gerak saya. Tension2. Terpaksa buat tak tau ja. Heh2.

Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Sekarang dia bahagia dengan cara dia, dan saya bahagia lar jugak dengan jalan saya. Kami pun masih berkawan baik sehingga sekarang walaupun saya rasa dia dah jauh.

Saya harap dia berjaya dalam semua hal yang dia nak dan semoga Allah SWT sentiasa bersamanya. Amin.

Salam.

P/S : Yang lain saya cerita kemudian. Terpanjang plak. Lihat cerita ini dengan pandangan mata pedoman untuk anda. Setiap perkara mematangkan kita.


Jagalah hubungan anda sesama manusia. Masa di dunia terlalu singkat untuk segalanya. 
Hargailah ia sebelum tiada. Gunakanlah masa sebaik mungkin dalam meraih keredhaan daripada-Nya.
Semoga kita kuat dalam menghadapi segalanya. Amin.

Sunday, August 22, 2010

Tak mungkin kembali

In The Name Of Allah.

Salam.

Wah tajuk. Macam gempak plak. Sori lah ye. Tak ada tajuk yang sesuai. Sesuai sikit-sikit dengan entry kira ok lar ni kan.  >_<

Kalau tak, saya tak mau pos entry hari ni sebab tak ada idea. Selepas menyelongkar satu kotak sebab nak ambil nota untuk kawan, tetiba otak saya yang pintar ni memberi satu idea. Hah2. Bukan jumpa apa-apa pun. Just gambar-gambar lama ja.

Bila tengok gambar masa muda-muda dulu nak tergelak plak. Muda tak lar muda sangat. Masa sekolah menengah. Otak macam budak-budak lagi. Kih2.

Macam ustazah saya tengok masa muda-muda. Dah lar seorang yang pemalu. Hu2. Duduk dalam kelas sopan santun ja. Bising pun tak. Heh2.

Ingatkan sama ja dari dulu sampai sekarang. Rupanya tidak. Cepat betul masa berlalu. Masa kecil-kecil dulu sibuk sangat nak membesar. Tapi dah besar, nak kecil balik plak. Apa lar.. Ni diri sendiri ya.

* * *

Akhir-akhir nak balik untuk cuti midsem ni sibuk plak. He2. Sebab banyak benda nak buat. Biasalah, cuti kena enjoy betul-betul. Tak boleh buat benda lain ni. So, ada ja nak kena habiskan sebelum balik. Sibuk sikit lah ya. Ha2. Mood pun sibuk je lalu. Tak pasal-pasal ada orang kena marah dengan saya. Kesian plak kat dia. Hi2.

Itu sahaja untuk entry kali ini.

Salam.

Saturday, August 21, 2010

Entah lar..Macam2 letak.

In The Name Of Allah.

Salam.

Walaupun tak sampai setengah bulan kita berpuasa, dah banyak orang pasang lagu raya dekat sini. Semangat betul diorang ni. Tambah-tambah jiran sebelah bilik, buka lagu sampai boleh dengar satu blok. Malu plak saya sebagai jiran. Ha2. Dah lar puasa tak penuh diorang ni, sibuk nak raya plak. Kih2.

Dekat sebelah blok ni siap pasang mercun lagi. Bestnya. Semakin bersemangat walaupun semakin meningkat umur semakin tak best ja Hari Raya. Entah kenapa?? Sebab tak dapat duit raya kot. Hu2. Siapalah nak menderma dekat saya agaknya.

Lagi satu kad raya. Walaupun sms menjadi wadah utama pada masa ini. Ceh, ayat Melayu paling mantap tuh. Ha2. Saya paling suka kad raya daripada sms. Terasa dia punya perasaan yang tidak berapa membuak ni. Masalahnya orang dekat-dekat ja bagi kad raya. Tak best langsung. Orang jauh-jauh, setahun tak jumpa bagi baru lar best. Ye tak?

Tetiba ja mengeluarkan entry ni. Tak ada idea dah saya. Otak tengah kering sebab puasa.

Dah 2 hari berturut-turut saya buka nasyid. Demam kot. Entah, tapi macam best plak dengar nasyid nih. Sebab lama tak dengar. Nasyid zaman sekarang dah tak best. Tak feel lah. Yang lama best. Menusuk ke dalam kalbu.

A'ah... Semalam saya dan beberapa orang kawan berbuka dekat...apa namanya tu...adus...r...yang jeti ke Langkawi tu...apa eh...tak ingat plak. Nanti lah kalau ingat.

Makan-makan biasa ja. Boleh tahan. Hu2.

Ok. Saya sebenarnya nak upload gambar. Tapi line lembab nak mampus sebab saya tengah download lagu Maher Zain yang sedap nih. So saya cancel je lah. Insyaallah kalau saya ingat, lain kali saya letak. Kalau tak letak bermaknanya saya tak ingat lah tu. Hu2.

Tu ja. Jumpa lagi kalau saya idea nak mengepos.

Salam.

Friday, August 20, 2010

Lagu untuk Jumaat

In The Name Of Allah.

Salam.

Selamat hari Jumaat. Disebabkan hari ini penghulu segala hari, saya nak sajikan anda dengan sebuah lagu daripada Maher Zain. Saya tau ramai yang sudah mengenalinya. Tetapi, mungkin ada yang tidak. Coverage tak cukup kuat untuk mereka ketahui, mungkin.

Pertama kali saya mengenali Maher Zain ni dalam FB. Masa tu lagu Hold My Hand. Pertama kali dengar terus jatuh cinta. Ha2. Sedap suaranya. Lagu yang saya nak kongsi ni plak pertama kali saya dengar dalam bas. Best juga telinga saya mendengarnya.

Saya tak tau nak ambil yang ada subtitle atau yang original punya. Saya letak yang ada subtitle lah ya. Sesiapa yang nak original punya, boleh masuk ke Utube sendiri. >_<





Banyak lagi koleksi lagu beliau dalam Utube. Sesiapa nak, jemput je masuk Utube tanpa segan silu ya.

By the way. Selamat berpuasa untuk hari ini.

>Sekiranya kamu rasa ujian untuk dirimu terlalu berat, ketahuilah bahawa mereka di luar sana ternyata menanggung ujian yang lebih berat daripada anda. So, jangan mengeluh. Hadapinya dengan tenang. Insyaallah, semuanya akan berakhir dengan izin Allah S.W.T.. Amin. <

May God Bless Us.

Salam.

Thursday, August 19, 2010

Air di Rumahku

In The Name Of Allah.

Salam.

Sementara tunggu untuk berbuka ni, saya update blog dulu. Hu2. Nak memasak pun tak boleh sebab duduk dalam ni, bakat saya sebagai chef tidak dapat dicungkilkan. Ha2.

Ok lah. Malas nak pot pet lagi. Tujuan utama nak upload gambar. Meh tengok boleh upload ke tak. Kalo boleh baru saya mula bercerita.


Seksanya nak upload. Tak pe lah.

Kenal tak apa tu. Itu air air pasang dan boleh juga dipanggil air sungai. Ha2. Ngarot je kan saya cerita pasal ni. Nak cakap je, tepi rumah saya ada sungai. Dapat bermandi-manda. Jernih kan airnya. Ni saya ambil masa balik hari tu. Kebetulan air pasang. Snap je lah. Nak mandi puasa plak kan. Hu2.

Cute tak air pasang kat rumah saya. Cute macam orang yang snapnya. Amin.


Jangan cakap ini rumah saya ya. Itu sebahagian daripada rumah-rumah ayam keluarga saya. Hah2. Ayat bajet hebat tu.


Yang buah tu kenal tak anak-anak? Itu buah nipah ya bagi sapa yang tak kenal. Yang berdaun tu plak, pokok nipah. Kot-kot tak tau plak. Saya cakap awal-awal.

Pernah makan nira nipah. Sedap tau. Tambah-tambah yang tak masak. Lagi sedap. Hu2. Promote2.


Ok. Inilah rumah saya. Daif kan? Siapa yang nak menghulurkan bantuan tolonglah hubungi saya. Sedih2..

Boleh masuk Bersamamu nih. Ha2.. Tengok tu. Pintu pun tak ada. Kesiannya admin blog ni. Bantuan anda amat dihargai. Khi2.


Ni plak anak orang asli daripada mana ntah datangnya. Ha2. Sibuk ja suruh saya ambil gambar dia. Nak buat demonstrasi berenang lar katakan.

Tipu semata-mata. Itu anak jiran saya a.k.a anak kepada abang ayah saya.


Dah alang-alang menyeluk pekasam yang tak berapa masam. Saya letak lah pic ni sekali. Ni kolam bapa saya. Bukan saya ya. Nampak tak ada apa dalam tu?? Siapa tak nampak orang tu rabun. Saya nampak. Saya nampak ada air dalam tu. Harap maaf. Terlebih gurau senda plak.

Dalam ni ada ikan siakap. Lepas raya ni besar lar kot. Nih kecik lagi rasanya. Makan pun tak puas. Sedap tau ikan dalam kolam ni. Lain daripada yang lain. Apa yang lainnya??? Sebab dia selalu tengok muka saya yang cantik nih. Ha2.

Nanti kalau sesiapa datang around sini bleh bawa pancing sekali. Free of charge. Dah dapat ikan nak bawa balik rumah tu pepandai lar bayar. Tak banyak. RM 1000 ja. Hah2. Tipu-tipu.

Maaf sekali lagi. Terlebih plak.

Dah berbuka pun. Selamat berbuka ya. Saya pun nak gi makan. Sambung lain kali.

Salam.

Wednesday, August 18, 2010

Dunia Hari Ini

In The Name of Allah.

Salam.

Nak update tiap-tiap hari, tak tau plak nak letak entry apa. Ada idea tetapi kena letak gambar plak. Nak upload gambar tu pun satu masalah. Tension saya menguploadkannya. Dah 2 kali nak buat entry. 

Tapi disebabkan line yang kuat sehingga menyebabkan gambar tidak boleh diupload membuatkan saya membatalkan hasrat. Hi2. Faham tak??? Kadang-kadang sesetengah orang tak faham yang kita selalu mengalihkan bahasa. Nak tergelak plak bila diorang buat muka blur. Ha2. 

Ok. Maknanya line ciput. Tak laju. Menyampah je. Sabar je lah.

Dah tak tau nak letak entry apa, saya akan membacakan berita hari ini. Hua2.

Hari ini Ustazah Farina ingin menerangkan sesuatu yang benar, sah, pasti dll.

Sekarang banyak cerita pasal buang anak, anak luar nikah, orang Islam hina Islam, bangsa lain hina Islam. Lagi apa ek?? A'ah. Kes tetak-tetak, bunuh, asid dll. Em. Saya tak tau nak jadi apa dengan Malaysia sekarang. Nak kata tak Islam, Islam orang Melayu kita ni. Sayangnya iman terlalu nipis.

Kadang-kadang saya sendiri pun takut duduk kat negara sendiri. Takut sekiranya bangsa-bangsa kat Malaysia ni berbalah lagi. Sekarang pun kerajaan dan pembangkang tengah berbalah. Kata demokrasi. Sepatutnya bertolak-ansur. Apa nak jadi nih??? Harap-harap tak lah ye. 

Negara kita kekurangan sesuatu yang amat bernilai dari sedi akidah. Ustazah tak dapat nak kupas ya. Hu2. Tak bertauliah lagi.

Harap sangat semua ni akan beransur hilang kelak. Semoga mereka mendapat hidayah daripada ALLAH SWT. Amin.

Dah tak ada apa yang nak dibincangkan kot. Bersua lagi nanti. Insyaallah.

Salam.

Tuesday, August 17, 2010

Sahur dan Kilang Dosa & FB

In The Name Of Allah.

Salam semua.

Saya baru lepas balik bersahur dekat nasi kandar hari ini. Ha2. Sedapnya. Tapi ada yang kata tak sedap. Makanan apa yang sedap bagi mereka agaknya??? Macam-macam gelagat manusia.

Tetapi, bangun awal plak. Leceh betul. Penat tunggu dia buka. Pergi pukul 2.30. Pukul 4.30 baru siap penyediaan segala nasi, ayam, kuah dll. Ha2. Semangat tak?? Semangat kan. Hmm. dah lama nak makan. Sekarang baru boleh. Memang puas hati.

Kenapa saya pergi awal sangat? Hamba Allah tu nak pergi awal. Orang dah cakap buka pukul 3.30 pagi. Tapi, biasalah manusia ni. Semua nak ada menang-menang. Tak pe lah. Dah selesai pun. 

Oh, tadi saya on FB. Dekat Zaharuddin.net punya page ada video. 'Kilang Dosa & FB '. Gitulah tajuknya. Kejap eh, saya cuba upload bawak masuk.

Tak boleh saya sorang je tau. Kena share kan. Tak nak tengok pun tak apa. Tiada paksaan.

Nampaknya tidak boleh diupload kerana saya tiada akaun U-tube. Minta maaf lah ye. Tapi, anda semua boleh tengok dalam blog ni, salafus-sholih Semoga kita semua mendapat manfaat. Amin.

Salam.

Sunday, August 15, 2010

Terasa

In The Name Of Allah.

Maaf. Hari ini saya menggunakan perkataan 'aku'. Kata ganti nama juga kan. Hu2. Kadang-kadang nak taip 'saya' tapi tertaip 'aku' plak. Dah terbiasa.

Wokeh. Saya mulakan tarbiah saya hari ini.


1


2


3


Aku sedih. Aku baru balik daripada bilik salah seorang kawan rapat aku. Kenapa aku sedih? Mesti lar sedih. Benci pun ada!!! Cis. Berani betul diorang nih??

Aku pergi bilik dia nak bagi pendrive sebab dia nak lagu raya. Malangnya apa yang aku nampak. Dia makan makanan ketupat dan apa lagi ntah dengan kawan aku lagi. Agak baik juga hubungan kami. 



Tapi sayang, anak harun tak ingat aku. Makan tak ajak aku. Takpe2. Aku baru nak ajak makan kek yang aku bawa sebab semalam aku suruh datang bilik aku tak sampai pun. Sesat kot.

Hah. Sabar itu separuh daripada iman. Tapi aku terasa juga. r... Aku sensitif juga orangnya. Harap anda faham. Hi2. Sedihnya. Maybe aku yang jahat kot. Sebab tu diorang tak ingat aku. Hah2.

Aku cari gambar kat google. Ni ja yang aku dapat. Macam tu lah perasaan aku. Waa... Sedih. Tapi dua ekor kucing tu tak nangis r. Marah rasanya. Eh, sekarang picture google dah baru ek. Macam best je tengok. Sorry, lari tajuk sekejap.

Ini bukan satu aduan. Ini hanyalah untuk luahan rasa dengan matlamat perasaan itu akan hilang selepas entry ini dipos. He2. Minta-minta hilang. Amin.

Sekarang nak pujuk-pujuk. Tidak ku layan pujukan mu. Blah lar. Kan terlebih sudah. Ha2. Minta maaf lar ye. Tempias sikit.

So, pembaca-pembaca semua. Jangan buat perangai macam ni ya. Nanti kawan-kawan korang sedih. Ajak-ajak ayam pun jadi lah. Tak mau ajak-ajak ayam, ajak-ajak itik pun boleh juga. Ajak-ajak angsa ke. Kan2.

Jagalah hati kawan-kawan anda. Kih2. Entah apa-apa ja kan.

Ok. Moga hari-hari esok lebih baik daripada semalam. Amin.

Salam.

Saturday, August 14, 2010

Balik Sudah

In The Name Of Allah.

Salam.

Entah kenapa akhir-akhir ni malas nak update blog. Tak tau lah kenapa. Macam tak ada mood ja rasanya. Tambah-tambah berjauhan dengan keluarga lagi lah tak ada mood. Hah2. Biasalah, saya nak nasihat orang je pandai supaya jangan sedih-sedih kepada sesiapa yang tak balik rumah. Diri sendiri yang tak ikut nasihat. Hu2. Adat kan. Sedihnya.

Semalam sebelum balik sini, ada lar buat kek coklat sebiji.So, sekarang dah ada dekat U. Anak menakan saya yang 4 tahun kot. He2. Tak ingat plak berapa umurnya. Sanggup tunggu saya buat daripada pukul 9.30 malam rasanya sampai pukul 11 sebab nak makan kek tu. Amat excited plak saya tengok. Sedih pun ada.

Maklumlah, keesokannya nak balik. Orang suruh masuk tidur tak mau plak. Saya pun apa lagi. Ambil kesempatan di tengah hujan malam-malam ni tengok cerita. Kilat tak banyak pun. Sikit ja. Baru amaran. Tak sambar lagi kot. Hi2.

Tak tengok plak tajuknya. Tapi cerita pasal gunung berapi.

Sori-sori. Terlari tajuk plak. Ter...saya tak sengaja. Tapi, cerita tu best juga.

Apa-apa pun. Tak best lar duduk kat tempat lain. Nak duduk rumah yang tersergam bak istana tu gak. Tapi dah takdir kan. Terpaksa juga diterima.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 5 hari umat Islam berpuasa eh. Kejap ja. Nanti tengok-tengok saya dah balik bercuti. Bestnya. Tak sabar rasanya. Kih2.

Sementara nak balik tu lar, terseksa sikit. Pape pun saya ada pepatah baru.

Ada dekat signboard masa naik bas balik kampung. Amat berguna juga. Just nak kongsi sikit. Macam bagus ja ayatnya.

Kekuatan sebenar ada di dalam hati

Lebih kurang macam tu lah. Ayat elok terlupa plak. Ni ja ayat yang paling diingati oleh admin blog yang cantik ni. Amin.

Terima kasih kerana telah memuji saya yang sememangnya cantik ni. Bukan senang orang nak puji. Bukan hakikatnya tak cantik. Tetapi, diorang ni pemalu orangnya. So, malu lar nak puji saya. Hak2. Apa diorang ni. Nak puji pun malu ke?

Wokeh. Saya dah lari tajuk rasanya. Saya minta diri dulu sebelum ada orang yang hentam saya.

Salam.

Thursday, August 12, 2010

Contest First Ramadhan Experience

In The Name Of Allah.

Ha2..Terlebih dahulu jangan terkejut. Tetiba je terasa nak letak tajuk contest. Entah kenapa?? Maybe banyak sangat contest sekarang ni kot. Gi blog ni, jumpa contest. Gi blog tu, jumpa contest.

Bukan saya nak anjurkan contest ya. Tak ada experience lagi lar. Hah2.

Ok. Hari ini first day semua orang puasa untuk tahun ni. Semua ada pengalaman masing-masing hari ini. Sama ja macam saya. Ha2. Kalo tak sama, jangan risau. Korang buat-buat je sama.

Hari ini saya balik kampung yang dekat tapi ambil masa yang terlalu lama sebab bas. Itulah punca utamanya. Malas bergerak betul bas ni. Letih saya tunggu. Penat-penat. Dah lar puasa. Dahaga air ais merah. Emm, sedapnya.




Bas penuh sangat hari ni. Tak pernah seumur hidup saya duduk atas palang tepi pemandu bas. Apa da pak cik tu. Tak patut suruh saya panjat situ. Terpaksa deh. Darah tak berjalan rasanya. Disebabkan saya yang amat sopan. Terpaksa bertahan sebab orang memang penuh nak mampus. Tension-tension.

Sampai Alor Setar, nasib baik bas gi Sungai Petani tak jalan lagi. Baru ja nak jalan. Amat bernasib baik. Alhamdulillah.

Ingatkan nak tidur dalam perjalanan ke Alor Setar atau Sungai Petani sebab semalam tidur lambat. Tapi mata tak reti-reti nak pejam plak. Kenapa ntah. Nak kata ada lelaki hensem around tu, saya rasa tak dak pun. Selain saya je yang come. Hah2.

Malangnya, sampai ja Sungai Petani. Orang kat situ cakap, bus yang perlu saya naik tu, baru ja bertolak. Kena tunggu lagi 1 jam setengah. Letih saya dibuatnya. So, gi lar menilau kat around stesen tu dulu sementara nak menunggu bas yang tak come tuh. Cuci-cuci mata jap dengan persekitaran kat situ. He2.

Masa naik bas tu. Entah kenapa saya rasa tiba-tiba bas yang saya naik tu berjalan. Tapi pemandu bas tak dak. Orang lain relax ja. Saya dah terketar dibuatnya. Bila tengok betul-betul dan dengan otak yang waras, rupa-rupanya bas sebelah uang berjalan. Mesti saya letih sangat kot. Hih2. Nasib baik tak sempat menjerit lagi. Kalau tak wat malu je.

Saat yang ditunggu, bas pun sampai...

Selepas itu, saya dengan gembira dan letihnya menyatakan. 'Aku dah sampai rumah'. Bestnya. Tetapi, tiba-tiba je rindu dengan suasana kolej. Rindu kat kengkawan pun ada. Dah gila agaknya saya ni. Tetiba ja buat pernyataan yang selama ini tak pernah dibuat oleh beta. Hah2...

Ada kengkawan saya yang sedih sebab tak dapat berpuasa first day kat rumah. Saya pun tumpang bersimpati. Siapa yang tak sedih kan. Kalau saya pun sedih. Tapi, tu lar kehidupan seorang pelajar, terpaksa berkorban sikit.

Masa kat rumah plak. Entah kenapa rasa macam dah lama puasa. Kak saya tanya nak makan kat mana. Kat depan atau dapur. Saya plak kata " ikut suka r, selalu makan kat mana?"

Kak saya jawap " mana pernah makan lagi, hari ni baru start posa". Tetiba saya kembali ke dunia nyata. Entah kenapa hari ni. Mesti betul-betul letih. Kuang3.

Itu je kot pengalaman saya hari ini.

Sebelum tu saya nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan semoga amalan kita bertambah baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Amin.

Yang tengah bersedih sebab tak dapat berpuasa dengan keluarga, kuatkan semangat anda. Apapun, Allah SWT sentiasa bersama hamba-hamba-Nya. Sentiasalah berdoa kepada-Nya agar kita kuat untuk menempuh segalanya.

Itu saja tarbiah saya hari ini. Jumpa lagi pada lembaran yang lain.

Salam.

Tuesday, August 10, 2010

Cancel Class

In The Name Of Allah.

Semua budak-budak kat sini dah balik kampung dan ada juga yang dah nak balik. Rasa macam tinggal sorang-sorang je kat blok ni walaupun banyak lagi orang yang tak balik.



Yang tak balik mesti ada sebab. Macam saya..hu2..waaaa... ada kelas. Tak sukanya. Nak balik gak. Kejam betul. Tapi sesuatu yang tak dirancang telah berlaku. Tapi tidak membawa kesan yang baik kepadaku sebagai salah seorang pelajar.

Tiba-tiba hari ini ada mesej masuk dan ia dengan lancangnya dan amat berkesan telah mengatakan 

"PLEASE INFORM YOUR TEAM THAT SALES MEETING CLASS IS CANCELLED DUE TO FIRST RAMADHAN"

Sakitnya hatiku ini. I'm very sad. Sepatutnya, saya presentation hari Khamis ni. So wajib lar hadir. Saya memang tak balik sebab kelas ni ja. Tetiba dah batal. Kalau bagitau awal-awal kan senang. Mesti dah lama saya naik bas balik kampung. Hari tu lecturer sendiri yang pesan kata TAK CUTI. But now??? What happened???

Terpaksalah saya tunggu dalam blok ni sampai esok sebab malam ni ada kelas. Tapi kelas ni boleh ganti hari Ahad kalau saya tau akan jadi begini.

Hah.. Mengeluh seketika. Takdir... Terpaksa terima jugak lar nampaknya.

Orang lain dah seronok bersama keluarga sekarang ni. Saya ja terkapai-kapai menaip entry ni dengan perasaan tak puas hati. Nak mengadu lar katakan. Bencinya... Benci... dan BENCI!!!



Room-mate saya malam ni dah hilang daripada pandangan. Bukan yang tu ya. Balik kampung da. So, tidur bertemankan unggas malam lar nampaknya malam ni.

Dah lar sikit-sikit mengadu. Tak dak mood plak. Oh... a'a. My broadband dah sampai limit. Kih-kih. So, terpaksa online jarang-jarang sekarang ni. Wokeh. See you all later.

Salam.

Sunday, August 8, 2010

Dunia Blogger

In The Name Of Allah.

Salam.

Ok.. Today is Sunday... Heh2... Ok, kita start forum agama kita hari ini.

Mulakan dengan Bismillah.

Bila ye??? Saya baru mula daftar gengblogger. Tapi hari-hari lepas lar kan. Sebelum masuk GB (gengblogger) ni, saya rasa dunia blogger saya hanya tertumpu dekat kawan-kawan je. Lepas tu ada lar sikit-sikit kenalan lain. Ingatkan dunia blogger ni sikit je orangnya. Macam lebih kurang bawah 5000 macam tu.



Tapi, ternyata saya silap. Wah-wah. Kenapa saya mengakuinya. Yelah. Saya kan baik hati orangnya. So, kena lar cakap hal yang sebenar. Heh2.

Saya teruskan dengan hujah yang seterusnya.

Em... Lepas saya daftar dengan GB ni, baru saya tahu dunia blogger terlalu dan amat-amat luas. Yang tu pun 2-3 hari baru agak terrer sikit.

Saya ja tenggelam dalam dunia sendiri selama ini. Almaklumlah, kanta spek saya dalam dunia IT ni agak kurang power. Tetapi, dengan ini saya mengumumkan...

Setelah saya dengan jayanya mendaftarkan diri dalam GB ni, saya rasa, sayalah orang yang paling handal dalam dunia IT ni. Hah3...       ( Gelak Jin Baik Hati )

Biasalah. Dah tak ada orang nak puji. Kenalah puji diri sendiri. Ye tak???

Saya pun baru je masuk dunia blogger-blogger ni semua. Tak silap saya 2-4 bulan yang lepas kot. Saya buat ni pun sebab saya hairan, kenapa banyak sangat orang buat blog ni?? Em... Hairan-hairan...     ( Sambil menggaru kaki yang gatal sebab kena ketit dengan binatang kecik dan hijau tu).

Dengan perasaan yang membuak-buak macam air nira tengah mendidih tu. Saya pun mula start buat blog semasa tengah exam akhir. Gila betul. Nak buat macam mana kan?? Dah gian nak mampus dah. Nak buat tu pun amatlah seksa. Dah banyak jenis blog dah cipta dan padam. Cipta dan padam lagi... dan seterusnya.



So sebab tu lar, url saya panjang semacam je. Hih2. Seksa juga nak tekan.

Kita tinggalkan tajuk kuliah agama itu, dan masuk part yang baru plak.

Subhanallah, Walhamdulillah, Wala'illah Haillallah... Allahhuakbar.

Bagus2. Dapat juga pahala.

Hari ni plak saya mendaftar dengan bloggeraktif. Heh2. Tengah mencuba sekarang. Baru nak belajar merangkak. Bukan tau sangat pun. Esok lusa baru nak teroka dunia bloggeraktif. Nak start ni susah sikit bagi saya. Almaklumlah, susah lar mula-mula ni. Lepas 2-3 jam atau 2-3 hari ok lah tu.

Cukuplah kuliah agama kita pada hari ini. Insyaallah akan bersambung di lain masa sekiranya ada permintaan daripada pelanggan. Hi2.

Salam ukhwah semua. Bagus-bagus. Dapat juga pahala secara tak langsung. Alhamdulillah.

Saturday, August 7, 2010

" Contest Saya Mahu Template COmel ! ! !"

In The Name Of Allah.

Salam

Hu2... Saya join contest lagi. Marilah kita bersama-sama mengimarahkannya.. Go2!!


http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png


Blog Budak Nakal Akan mengadakan contest " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! " di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro.Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan.Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini:-

http://kozumiro.blogspot.com/2010/08/contest-saya-mahu-template-comel.html


-:> Letakkan banner contest di bahagian sidebar blog korang.


Hadiah Untuk Pemenang

1)Akan mendapat template yang koz sedang pakai ini,dan design header dan sidebar akan koz ikut keinginan si pemenang...

2)Akan mendapat ruangan iklan selama 2 bulan iklan tersebut akan di design koz sendiri dan akan di letak di bawah header blog ini...

Tarikh tutup penyertaan adalah pada tanggal 31 ogos 2010 pada pukul 12 tengah hari.Selepas tarikh tersebut jika ada sebarang penyertaan ia tidak akan di layan...

Cara untuk mendapatkan pemenang koz akan meminta adik kesayangan koz untuk membuat cabutan...

*koz : Tuan pemilik blog contest.


Salam.

Cabutan Bertuah 5 Hari!!

In The Name Of Allah.


Salam.


Little Colour Shop telah buat Lucky Draw selama 5 hari sempena bulan Ramadhan. Bermula pada 6hb ogos jam 1.00 pagi sehingga 10hb ogos jam 1.00 petang (tamat).

Hanya 4 orang pemenang saja akan dipilih sebab hadiah ada 4 sahaja.

Setiap seorang akan menerima hadiah berupa "seketol" kartun budak perempuan kiut yang montel dan chubby ni.




Comel kan. Dengan sebab itulah, saya akan menjadi pemenangnya. Jangan marah. Kalau ada nasib je ye.. Ha2..

Yang bawah ni plak adalah contoh kad Hari Raya... Eh..tersilap da.. Kad ramadhan. Pertama kali dalam sejarah saya menjadi manusia ada kad ramadhan. So tunggu apa lagi klik lah link ni   -> littlecolourshop


Slogannya, 'saya suka kambing sebab saya nak menang hadiah ni walaupun pada hakikatnya saya tak suka kambing yang busuk dan tak mandi kecuali yang betul-betul wangi dan kelihatan agak kacak sahaja.'
Ha2..that all. Thank you!!

Tolonglah vote untuk saya. Vote For ME... :)  Hantarkan mesej bernilai anda kepada littlecolourshop

Kalau saya menang, saya belanja anda...

jeng3... 

Lolipop.. 

Bukan 1... 

Bukan 2... 

Tapi 3...

Hadiah yang paling menarik tu. So, sokonglah saya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

 Ok, saya tipu ja. Tuan dia yang pilih sendiri. Kalau ada sesiapa berkenan di hati, silalah masuk. Jangan malu-malu macam saya.

Saya terlupa lagi satu... Dengan ini saya mengetag mishungu , jue-girlz, dan hadi.
Jangan marah kerana saya tag anda. Tiada calon.. hu2. Kasihan sama saya. Tq.

Salam ukhwah.

Friday, August 6, 2010

New Advertisement

In The Name Of Allah.
Salam

Menaip sambil tengah fikir entry apa yang nak dihebahkan. A’ah. Tetiba otak saya yang mempunyai IQ yang agak tinggi seperti Eistein ini pun terfikir sesuatu. Ha2.. Saya tak perasan ya. Just teringin ja...

Ok... Ada sumber advertisement yang terbaru untuk blog. Mungkin dah lama kot. Saya ja yang baru tau akan hal sebegini agaknya. Selain daripada googlenuffnang, dan adbrite setahu saya lar kan. Erm, yang terbaru mangga. Dengar cerita iklan yang terbaru ni agak menguntungkan. Sesiapa yang tiada sumber tajaan lagi boleh cuba. Saya pun tak tau sangat kelebihan dan kekurangannya. Tetapi daripada sumber entah boleh percaya atau tidak. Mereka kata agak lumayan dan sokong Bahasa Melayu, tetapi permulaannya memakan masa sedikit. Kalau sesiapa nak mencuba dipersilakan. Lepas tu, boleh kongsi sikit apakah kehebatannya.

Wokeh. Kes diatas telah ditutup secara rasminya oleh saya. New case open now.

Tinggal dalam suasana yang serba hijau ni, ada banyak benda juga yang mengganggu. Tambahan pula dengan hiruk pikuk haiwan-haiwan di sini. Ceh. Macam banyak sangat haiwan dalam ni. Selain daripada monyet-monyet yang berlagak cute dah tiada haiwan lain agaknya..He2.

Tetapi ada haiwan lain yang saya tak suka. Binatang yang paling saya tak suka dan menyampah adalah... Saya tak tau lar makhluk Allah SWT ni nama apa. Masih belum dikenal pasti. Berwarna hijau dan ada juga berwarna coklat. Tengok je kecil tapi tak padan dengan serangannya yang bertalu-talu.  Dan satu lagi sifatnya, tidak hidup lama. Bagus tu. Adakah pernyataan itu sangat jahat??? Geramnya. Dia gigit sakit dan gatal. Habis satu badan. Gigitan nyamuk lagi ok saya rasa.

Itu je kot. Dah tiada idea lar. Einstein pun kena berehat juga.

Salam.

Thursday, August 5, 2010

Percaya

In The Name Of Allah.

Saya minta maaf sekiranya saya selalu tukar muka blog saya. He2. Saya tengah mencari warna hijau yang paling menarik hati. Setiap kali jumpa warna hijau, saya secara automatiknya nak menukar wajah yang baru. Takdir yang menentukan segala-galanya. Hu2. Topik yang nak dikupas oleh saya pada hari ini adalah KEPERCAYAAN.

Why this topic?

Saya baru sahaja melalui satu fenomena yang tidak asing sejak zaman dahulu kala lagi. Amat susah dan susah dan susah dan betul2 susah menjadi seorang manusia. Teringat plak kata2 saya yang lepas, Tak dinamakan hidup kalau tak ada masalah. Saya...............tak tau nak kata apa lagi.

Kepercayaan adalah amat penting bagi sesorang manusia. Tak kira lah kawan ke? Lawan ke? Haiwan ke?
Semua sudut penting. Satu masalah dalam hidup saya. Saya tidak dan sesekali mempercayai orang yang pernah menipu saya pada kali pertama. Entah kenapa. Perasaan itu memang dah lama wujud. Masalahnya di sini, saya mudah kasihan pada orang itu walaupun pada hakikatnya daripada penampilan saya agak lar kurang ajar kot. Merendah dirinya. Tak lah. Saya baik sebenarnya, cuma bukan untuk sesetengah orang yang belum mengenali saya sepenuhnya. Tapi ada unsur jahat juga. Erm, tak kisahlah. Konfius deh.

Hubungan yang baik akan terbina melalui kepercayaan. So, saya ingin tekankan di sini. Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan seseorang kepada anda walaupun keluarga terdekat.

Masalah saya tak perlu dibincangkan di sini kot. Privasi agaknya. Kang ada yang nangis plak. Tapi saya agak konfius sekarang adakah kata2nya harus dipercayai.

Saya amat kasihan. Tapi pada masa yang sama tak boleh dipercayai. Konfius...Konfius... dan saya terus konfius dan terus konfius sehingga saat dan ketika ini. Tak tau yang mana jalan terbaik. Tetapi tiada masalah yang dapat diselesaikan.

Ingin bercerita,
tetapi tidak terluah dengan kata2,
Ingin mempercayai segala kata,
tetapi semua hanyalah dusta.

Lilin itu amat bercahaya,
Jagalah cahayanya sebelum hilang dimata,
Semoga kelak anda tidak berada dalam bahaya,
Walaupun ia di alam nyata.


Ntah pape pantunnya. Harap Maaf. Sastera dapat A je kot.
Eh..bukanlah.. Upgrade lagi sikit... Dapat 3B lah.
Tengok...betapa rajinnya saya berjalan pergi tengok result dalam fail yang berada dalam almari. Jauh tu. Penat saya berjalan..
Bagusnya perempuan ni...
Berkenan dihati??? Hah2.. 

Salam.

Tuesday, August 3, 2010

Ini Punya Ketika

In The Name Of Allah.
Salam.

Mulakan hari ini dengan senyuman. Hu2.. I'm very fine today. Yang lepas biarkan lepas. Kita mulakan hidup baru. Tidak dinamakan hidup jika tiada masalah. Hebatnya aku. Boleh jadi pakar motivasi ni. Asyik2 motivate diri sendiri. Kadang bosan juga saya rasa.

It's ok. Allah S.W.T sentiasa bersama hamba2-Nya. Semoga kita sentiasa mengetahuinya di mana saja kita berada. Amin. Sebab sebagai manusia, kadang2 saya terlupa. Jahat juga saya ni ek?? Ingatkan dah cukup baik!!! Huh!

Ok, pagi2 ni semestinya nak menceriakan minda. So, saya terbuka Amazing Nara ni. Nak tau apa tajuk dia. Mesti anda agak terkejut sedikit. Sikit ja.

Kejamnya!!! Dirogol Beramai2 Di Parking Kereta.


So, saya pun klik lah sebab saya tau yang ni karut punya. Ingatkan sapalah yang kena rogol. Rupa2nya kucing. Kesian dia. mesti kucing tu trauma sekarang ni.

Ini linknya :  http://amazingnara.com/kejamnya-dirogol-beramai-ramai-di-parking-kereta

Banyak cerita yang best2. Kadang tak larat nak gelak plak. Sesuai untuk menceriakan sesiapa sahaja yang pandai membaca. Ha2.. Semoga blog amazingnara ni selalu update ya.. Hu2...

Salam

Monday, August 2, 2010

MooD TerBanG


In The Name Of Allah.

Ketika aku memerlukan seseorang meluahkan rasa,
Tiada siapa ingin mendengarnya,
Ketika aku memerlukan sokongan seorang hamba,
Tiada siapa ingin memberinya,
Ketika aku memerlukan pertolongan seorang teman biasa,
Tiada siapa yang ingin membantunya.

Tapi ketika aku ingin bersuka ria,
Setiap saat mereka bersama,
Ketika aku gelak ketawa,
Mereka sentiasa menjadi penghuninya.

Ketika air mata mulai gugur,
Gugur jualah mereka satu persatu,
Tiada siapa mampu menghulurkan tangan,
Tangan untuk menyambut ketika aku lemah,
Tangan untuk menyambut ketika aku mula rebah,
Tangan untuk menyambut ketika aku jatuh,
Jatuh ketika menongkah badai,
Ketika aku bergelar seorang hamba Allah.

Adalah fakta Allah SWT sentiasa disisi,
Tetapi aku manusia biasa,
Yang memerlukan.......

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Keadaan mental saya agak teruk kebelakangan ini. Bukan mentallah, lebih kepada mood maybe. Rasa sedih, tak best. Macam tak bermakna je hidup saya ni. Tension betul. Tiada kata2 semangat daripada seorang teman. Semangat yang masih bersisa dah hilang semuanya ketika sokongan moral yang diperlukan tetapi something bad yang diberi sebagai tindak balas.

Memang agak susah mencari teman sejati ketika hati mula membawa diri. Madah plak. Silap. Hakikat saya sedih. Nak balik rasanya. Persekitaran tidak memberikan ruang terbaik untuk bernafas.

Maaflah, semua campur aduk sekarang ni.

Saya nak cerita mengenai seorang hamba Allah SWT. Dia dikenali sebagai saudara kita semua juga. He2.

Sedih bila kita tiada, apabila hakikatnya ada. Faham tak?? Maknanya, dia buat macam saya tak wujud ja. Tapi salah saya ke? Saya just mintak jangan letakkan gambar saya on FB. Itu pun susah ke? I have my own reason why I have to do that. Sori, terspeaking.

Siapa yang tidak terasa agaknya. Dah lama juga simpan semua2 masalah ini tapi tak ada plak tempat meluah rasa. So, luah jelah kat sini sama ada korang suka ke tak. Saya nak cerita juga. Just memerlukan...entah lar...kasih sayang kot... ha2..



Ok, kita mulakan dengan bacaan basmalah supaya saya tak lebih2 nanti. Saya dan dia dah lama berkawan. Baik juga perangan dia, tapi untuk beberapa sudut belum cukup. Seperti saya juga pada pandangan dia. Huraian terpanjang, minta maaf sekali lagi.

Dia selalu macam tu. Kalau dia marah dengan seseorang, dia buat macam orang tu betul2 tak wujud. Kadang2 aku rasa sedih bagi pihak kawan dia. Yelah kan. Orang yang rapat dengan dia boleh buat macam tu. Apa plak kita yang setahun jagung ni??

Adakah saya melalut sorang2 dekat sini. Tak pe lah. Then, i full stop.

Salam.

Sunday, August 1, 2010

Cuti2 di Utara

In The Name Of Allah.

Semalam bersamaan dengan hari Sabtu  19 Syaaban tahun 1431, saya dan kawan2 saya telah keluar merehatkan diri daripada hutan yang setengah konkrit ni. Hu2..

Konfius...Saya atau aku??? Yang mana lebih elok??heh2..

Ok, semalam kami semua pergi jalan2 sekeliling Alor Setar dan Jitra sikit. Ada banyak kali juga lar, kami semua sesat. Letih betul nak mencari jalan yang benar. Nasib baik jumpa. Hu2..

Tambah2 masa dekat SP Plaza. Cukup benci masuk dalam tu. Banyak sangat tangga, yang mana satu jalan keluar pun tak tau. Banyak kali juga kami semua tawaf bangunan tu untuk cari jalan keluar. Buang masa betul.
Lepas tu aku dengan kawan2 aku pergi apa tu nama dia..a’ah, Muzium Jelapang Padi. Nak pergi situ pun sesat  juga kerana dapat penunjuk arah yang tak berapa nak berkaliber. Ha2.. aku jangan cakap lar. Aku tau jalan kampung aku ja. Sini punya jalan aku tak tau lar. Ni pun nasib baik aku dapat belajar dekat UUM. Kalau tak, belum tentu aku kenal Changlun ni tau. Aku pun tak tau, Kedah ada tempat nama Changlun, Sintok, dll yang aku sendiri pun tak tau lagi.

Lepas daripada muzium tu, aku pergi Jitra jap. Jalan2 and beli KFC. He2.. memang dah tak ada ayam lain yang lebih sedap dah kecuali KFC. Ada pun kalau mak aku yang buatkan.

Ni aku tunjukkan sikit apa yang ada dalam muzium tu. Ikut suka hati nak tengok ke tak. First time aku pergi ni...






Lambat betul line nak upload. Aku dah penat menunggu. So, aku letak 2 pic ni dulu.. Malam kang kalo rajin aku letak lain. wokeh..

Salam.

P/s: Kalo ada tempat menarik sekeliling Kedah ni boleh bagitau saya. Saya tak tau lar. Boleh kita kenal2 Kedah dengan lebih mendalam. Heh2.. Sem depan aku nak bawa kawan2 aku pergi Pantai Merdeka plak. Dekat kampung aku. Sapa nak ikut jom lar..